Boleh dikatakan semua daripada kita pernah ke stesen minyak untuk mengisi minyak kenderaan, namun pernah kah anda mengalami situasi di mana stesen minyak tidak mempunyai minyak?

Jarang bukan? Ini bermakna stesen minyak sentiasa mempunyai minyak tidak mengira waktu.

Apakah rahsia bekalan bahan api seperti tidak habis ini dan adakah bahan api mempunyai jangka hayat seperti produk domestik lain?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun tiada tempat penyimpanan kelihatan, bekalan bahan api yang banyak disimpan di bawah tanah di dalam tangki simpanan yang besar.

Tangki simpanan ini telah direka bentuk untuk menyimpan bahan api yang mudah tersejat pada suhu biasa ini dengan cara yang paling selamat.

Stesen pendispensan boleh diprogramkan terlebih dahulu untuk menghantar kuantiti bahan api tertentu. Memandangkan sifat petrol yang mudah terbakar, adalah penting untuk kita memahami bagaimana tangki ini direka bentuk.

Pembinaan tangki simpanan bahan api bawah tanah

tangki minyak bawah tanah

Disebabkan sifat bahan api yang berbahaya, pelbagai ciri pemeriksaan keselamatan dibina ke dalam sistem penyimpanan bahan api untuk mengelakkan bahan api daripada bersentuhan dengan persekitaran seboleh mungkin.

Secara tradisinya, tangki simpanan petroleum diperbuat daripada keluli berstruktur, seperti keluli lembut dan keluli tahan karat.

Walau bagaimanapun, kelemahan kedua-dua bahan ini adalah kos pembuatan yang tinggi yang dirumitkan lagi oleh kecenderungan untuk berkarat.

Oleh itu, kebanyakan tangki logam akan menggunakan teknik perencatan pengaratan fizikal dan kimia.

Teknik fizikal biasanya melibatkan penggunaan salutan khas manakala teknik kimia melibatkan pemasangan plat korban pada badan tangki. Plat ini membekalkan elektron bebas yang menyebabkan berlakunya pengaratan dan pengaratan ini digunakan dalam proses ini.

tangki minyak karat

Ini menghalang sebarang perubahan dalam komposisi kimia badan tangki tersebut dan dikenali sebagai perlindungan katodik.

Tangki-tangki terkini biasanya diperbuat daripada polimer, seperti seperti HDPE (polietilena berketumpatan tinggi) malah ada yang menggunakan gentian kaca. 

Sifat lengai kimia polimer ini memastikan bahawa tangki tidak akan mencemarkan bahan api mahupun terkesan akibat tekanan luar.

Perlindungan jika terlebih isi

minyak disimpan di bawah tanah

Sifat bahan api yang mudah meruap pada suhu biasa sangat mengehadkan jumlah yang boleh disimpan dalam tangki pada satu-satu masa.

Memandangkan bahan api dan wapnya wujud secara serentak di dalam tangki, pengisian yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan persekitaran dalam tangki menjadi tersangat tinggi yang boleh menyebabkan berlakunya letupan.

Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang dibina pada bahagian dalam tangki bahan api untuk memantau kuantiti bahan api yang disimpan di dalamnya.

1. Injap pengepak

injap pengepak mengelakkan minyak terlebih isi

Ini adalah injap sehala berbentuk cakera yang berfungsi untuk memotong aliran bahan api ke dalam tangki apabila tahap bahan api yang dikehendaki diisi.

2. Injap apungan bola

injap apungan bola

Sama seperti injap pengepak yang memberikan perhatian kepada bahan api yang memasuki tangki, injap apungan bebola bertanggungjawab untuk mengawal jumlah wap bahan api yang keluar dari tangki.

Injap apungan bola menyekat aliran keluar asap sebaik sahaja ambang telah dicapai dengan menyekat paip yang terdapat dalam tangki bahan api.

3. Sensor apungan

sensor apungan

Sensor elektronik ini menyampaikan status masa nyata paras bahan api yang terdapat dalam tangki.

Kadar di mana bahan api disalurkan boleh dibandingkan dengan mana-mana aliran bahan api yang tidak normal untuk menentukan kemungkinan berlakunya kebocoran.

Pengesanan kebocoran

cara minyak disimpan di stesen minyak

Pencegahan dan pengesanan kebocoran adalah aktiviti berterusan di semua tangki minyak bawah tanah.

Kebocoran biasanya dikesan dengan memasang sensor pada kedua-dua tangki dan paras paip untuk memastikan pemantauan lengkap bahan api diisi dan dikeluarkan.

Bersama-sama dengan langkah-langkah ini, tangki bahan api kini direka bentuk sebagai struktur berdinding dua dan kawasan berongga dipenuhi dengan air garam. Dengan memantau tekanan air garam, integriti keseluruhan struktur tangki boleh ditentukan.

Bolehkah bahan api rosak?

bolehkah minyak mereput

Bahan api memang mempunyai jangka hayat, selepas itu ia kehilangan sifat mudah terbakarnya. Petrol mempunyai hayat kira-kira 6 bulan apabila disimpan dalam keadaan yang paling sesuai.

Walau bagaimanapun, diesel boleh bertahan sehingga 12 bulan dan selepas itu ia mula merosakkan bahagian dalaman mesin di mana ia digunakan.

Biasanya, penyimpanan bahan api pada suhu yang lebih tinggi dapat mempercepatkan kemerosotan bahan tersebut.

Terdapat juga risiko bekas rosak, yang mana sisanya boleh mencemarkan bahan api dan menjadikannya tidak sesuai lagi untuk digunakan.

Menggunakan bahan api seperti ini boleh memudaratkan peralatan dan kenderaan anda.

Oleh itu, secara amnya anda dinasihatkan untuk menukar bahan api dalam kenderaan anda jika ia tidak digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

Walau bagaimanapun, teknik penyimpanan yang betul iaitu menggunakan bekas yang betul, suhu yang betul dan bahan tambahan yang betul boleh meningkatkan hayat bahan api dengan ketara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)