venezuela negara paling banyak rizab minyak

Sepanjang 200 tahun yang lalu, manusia mempunyai satu ketagihan yang sama, iaitu sumber semula jadi bagi pengeluaran tenaga.

Yang paling ketara adalah minyak dan gas, yang telah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan kita, daripada pengangkutan dan industri berat hinggalah kepada penghasilan elektrik dan produk plastik.

Terdapat sebab yang kuat mengapa minyak dipanggil sebagai "emas hitam", iaitu kerana sumber yang terhad ini telah menjadi sesuatu yang mengawal ekonomi dan politik global.

Walaupun ramai yang berasakan bahawa Timur Tengah sebagai pusat pengeluaran minyak dunia, yang mencetuskan kekacauan di rantau itu, namun rizab minyak paling besar di dunia adalah berada di Venezuela.

Mengapa terdapat terlalu banyak minyak di Venezuela?

mengapa venezuela ada banyak minyak

Dari segi loteri global bagi kedudukan geografi kepada sumber minyak, Venezuela pada dasarnya telah memenangi hadiah utama.

Terdapat lima formasi rizab minyak utama di mana jatuh ke dalam kawalan Venezuela, dan sebahagiannya tersangatlah besar. Ia adalah Lembangan Maracaibo, Lembangan Barinas-Apure, Lembangan Falcon, Formasi Oficina dan Orinoco Oil Sand Belt.

Yang paling mendapat perhatian adalah Lembangan Maracaibo kerana ia adalah yang pertama ditemui di negara ini dan kekal sebagai pusat pengeluaran minyak di Venezuela.

Apa yang terdapat di dasar daripada kebanyakan lokasi deposit minyak ini adalah Formasi La Luna, satu sumber batu yang terbentuk pada era Cretaceous pembentukan yang ditemui di benua Venezuela dan beberapa bahagian di Colombia.

Dalam kes  geologi petroleum, "batu sumber" menandakan batu di mana hidrokarbon terbentuk atau mampu dibentuk. Batu sumber La Luna ini sangat kaya dengan hidrokarbon dan organik.

Kebanyakan bahan organik dalam deposit ini dihasilkan melalui alga, plankton, bakteria dan bahan tanaman. Di bawah tekanan dan kedalaman yang melampau, bahan organik ini akan mula mengeluarkan minyak mentah dan gas dalam pelbagai bentuk.

lembangan maracaibo

(Lembangan Maracaibo)

Hidrokarbon ini dapat dikumpulkan kerana beberapa keadaan geologi yang sesuai, termasuklah batu sumber batu, takungan, perangkap, meterai dan laluan penghijrahan.

Batu sumber adalah di mana hidrokarbon terletak, manakala takungan adalah lapisan batu berliang yang dapat memegang hidrokarbon yang telah dikeluarkan.

Perlu ada perangkap di mana minyak dan gas dapat dikumpulkan, serta meterai diperlukan untuk mencegah minyak dan gas dari bocor atau terlepas. Akhirnya, mesti terdapat laluan penghijrahan, iaitu laluan untuk minyak dan gas untuk mengakses takungan.

Kesemua lima faktor ini terdapat di banyak lokasi di seluruh Venezuela, terutamanya di lembangan besar yang disebutkan di atas. Takungan-takungan yang berbeza ini mungkin mengandungi pelbagai jenis gas, bergantung pada jenis batu sumber dan keadaan persekitaran.

Sebagai contoh, Orinoco Oil Sand Belt adalah deposit minyak mentah berat terbesar di dunia dan mengandungi sekitar 1,200 bilion tong, kira-kira setara dengan seluruh rizab minyak dunia.

sumber minyak di venezuela

Bagaimanapun, mengekstrak minyak mentah yang berat dari pasir minyak adalah proses yang mahal dan tidak cekap, manakala pengeluaran minyak di Maracaibo Basin, di mana minyak meresap berhampiran permukaannya, adalah lebih mudah.

Lembangan Maracaibo mengandungi kira-kira 15% rizab minyak Venezuela dan kira-kira 50% daripada eksport minyak mentah dari negara ini berasal dari lembangan ini.

Secara keseluruhan, Venezuela berpotensi untuk menjadi kuasa minyak dunia, dengan lebih daripada 303 bilion tong minyak rizab terbukti, manakala jumlah tong boleh diperoleh semula dari Orinoco Oil Belt dianggarkan sekita 500 tong lagi.

Jika dibandingkan dengan Arab Saudi, yang mempunyai kira-kira 270 bilion tong minyak rizab terbukti, bersama-sama dengan anggaran 90 bilion tong dari takungan yang belum ditemui, rizab keseluruhan minyak di Venezuela adalah lebih daripada dua kali ganda dari Arab Saudi.

Mengapa Venezuela tidak menjadi semakin kaya?

krisis di venezuela

Pastinya anda tertanya-tanya, jika Venezuela adalah sebuah negara yang tersangat kaya dengan minyak, mengapa negara ini tidak lebih kaya?

Dalam dunia kapitalis moden kita, ia adalah semula jadi untuk mengaitkan kekayaan dengan minyak, tetapi Venezuela sedang mengalami krisis ekonomi dan berhadapan dengan perubahan radikal serta huru-hara lebih 50 tahun yang lalu membuatkan jumlah minyak ini seperti tiada apa-apa.

Untuk memahami paradoks Venezuela dengan betul, kita perlu menyelami sejarah negara ini. 

Pada awal tahun 1960-an, Venezuela menikmati tempoh kemakmuran yang besar, menghasilkan kira-kira 10% daripada eksport minyak mentah dunia dan membawa masuk berbilion-bilion ringgit untuk mewujudkan ekonomi yang melonjak.

Trend ini bertahan lebih dari satu dekad, membuatkan Venezuela diangkat sebagai ikon kestabilan dan kejayaan di Amerika Selatan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1976, industri minyak seluruh negara telah dinasionalisasikan atau menjadi milik negara, dalam usaha untuk menghalang pengaruh asing dan mengawal sepenuhnya nasib Venezuela dengan sepenuhnya mengawal sumbernya yang paling berharga.

Apabila harga minyak menjunam pada tahun 1980-an, ekonomi Venezuela mula bergelora kerana ia sangat bergantung kepada industri minyak.

hugo chavez presiden venezuela 483

(Hugo Chavez, bekas presiden Venezuela)

Dalam usaha untuk menstabilkan semula ekonomi, syarikat asing sekali lagi dijemput kembali ke Venezuela untuk mengekstrak minyak mentah berat dari Orinoco Oil Sand Belt.

Sedekad kemudian, apabila harga minyak jatuh sekali lagi, Hugo Chavez yang bertindak sebagai presiden pada ketika itu telah menjanjikan untuk mengawal negara dan memacunya kembali ke landasan.

Salah satu cara yang dilakukan olehnya ialah dengan melenyapkan pesaing yang berpotensi atau pemimpin perniagaan, termasuk yang menjalankan industri minyak milik negara dan meletakkan individu yang dilantik secara politik bagi menggantikan mereka.

Salah satu strategi yang dilaksanakan Hugo adalah dengan menggunakan hasil daripada industri minyak negara untuk membiayai program dan inisiatif sosial besar yang dikendalikannya.

Strategi ini juga digunakan untuk memulakan industri-industri lain di negara ini, yang kebanyakannya telah diabaikan dan pada asasnya telah gagal, iaitu pembuatan, pertanian, dan lain-lain.

krisis minyak di venezuela

Menjelang pertengahan 2000-an, harga minyak di seluruh dunia meningkat, mencecah sekitar RM600 setong, dan Venezuela memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menutup kesilapan dan perbelanjaan Hugo.

Selama bertahun-tahun, strategi rangsangan sosial Hugo terus gagal dan pada 2014, kira-kira 95% daripada ekonomi Venezuela bergantung kepada minyak.

Apabila harga jatuh lagi pada tahun 2014 kepada RM120 setong iaitu kurang daripada separuh kos anggaran setiap tong, negara ini menjunam ke dalam kemelesetan yang dahsyat.

Beberapa penyelesaian dan strategi yang digunakan selama bertahun-tahun untuk mengekalkan syarikat itu telah membenamkan Venezuela ke dalam hutang yang besar.

Mereka telah menjual minyak dengan harga yang merugikan untuk kekal kompetitif, mengambil pinjaman besar-besaran dari China dan Rusia dan melihat keupayaan mereka untuk menghasilkan minyak terus jatuh.

venezuela dan china 174

Pada tahun 2018, pengeluaran untuk Venezuela menurun kepada serendah 1.2 juta tong sehari, hanya satu pertiga daripada apa yang dihasilkan sebelum pengambilalihan Hugo ke atas industri minyak Venezuela.

Masa depan minyak Venezuela tidak dapat dipastikan, tetapi pengaruh dan infrastruktur asing yang berat akan diperlukan untuk mengembalikannya ke zaman kegemilangan.

Walaupun idea industri minyak milik negara yang bebas dari pengaruh asing bermula sebagai cara mengawal nasib negara, namun ia sebenarnya adalah penyebab kejatuhan Venezuela. 

Rujukan:

1. Search and Discovery

2. HISTORY

3. Science

4. OnePetro



Hakcipta iluminasi.com (2017)