makcik fotografi nasa

Jean Dean dan teleskop miliknya. Credit : swns

Selama lima malam berturut-turut, langit di atas kediaman Jean Dean begitu gelap dan jelas sekali. Di halaman belakang rumahnya di Pulau Channel of Guernsey (kepulauan bawah jajahan British) yang terpencil inilah, nenek berusia 60 tahun yang juga seorang jurugambar lautan yang telah bersara ini mengambil gambar bintang-bintang di langit.

Apa sahaja yang dilihatnya cantik dan indah, pasti Jean tidak melepaskan peluang untuk diambil gambarnya. Melalui pemerhatiannya selama 13 jam, ahli astronomi amatur ini berjaya mengambil gambar Rosette Nebula.

jean dean 2

Credit : yahoonews

Rosette Nebula adalah rantau sfera besar H II (pekeliling dalam penampilan) yang terletak berhampiran satu hujung awan molekular gergasi di kawasan Monoceros di Galaksi Bima Sakti.

Jarak Rosette Nebula dengan Bumi adalah kira-kira sejauh 5,000 tahun cahaya (Tahun Cahaya adalah satu unit ukuran panjang yang digunakan untuk mengesan jarak dan ukuran astronomi sekitar 9.46 trillion kilometer).

andromeda galaxy

Galaksi Andromeda oleh Jean Dean. Credit : swns

Nebula ini mengandungi terlalu banyak gas di dalamnya sehinggakan ia menghasilkan sekitar 10,000 bintang-bintang yang begitu terang dan kuat seperti Matahari dalam sistem solar kita.

Kini, gambar yang diambil oleh Jean Dean itu telah diketengahkan oleh NASA sebagai sebahagian daripada koleksi gambar-gambar astrofotografi terbaik. Selain itu, Jean juga mempunyai koleksi gambar seperti Galaksi Andromeda, California Nebula dan beberapa lagi yang lain.

apod

Astronomy Picture of the Day (APOD) adalah satu sumber harian yang dikendalikan oleh NASA dan Universiti Teknologi Michigan. Ia menyediakan imej harian mengenai gambar angkasa lepas yang menarik, bersama-sama dengan sebilangan kecil ahli astronomi.

Selepas diberi galakan oleh rakan-rakannya, Jean Dean telah menyerahkan koleksi yang dimilikinya kepada NASA. Beberapa jam sebelum gambarnya muncul di laman web APOD itu, dia menerima satu email bahawa hasil kerjanya itu terpilih dan akan dipaparkan untuk tontonan seluruh dunia.

Jean memberitahu sebuah akhbar tempatan, Press Guernsey, ia adalah satu penghormatan hebat dan kejutan luar biasa bagi seorang yang masih amatur apabila gambar-gambar yang diambilnya terpilih untuk dipaparkan oleh APOD. 

pacman nebula

Pacman Nebula oleh Jean Dean. Credit : swns

Jean Dean yang juga merupakan salah seorang ahli Persatuan Astronomi Guernsey adalah seorang yang mempunyai semangat dan minat untuk memerhatikan angkasa lepas sejak dia masih kecil lagi.

Selain itu, dia juga dibesarkan dan tinggal di kawasan terpencil dan agak gelap pada waktu malam berbanding bandar-bandar besar lain. Ia adalah tempat yang sempurna untuk Jean mengambil gambar-gambar yang akhirnya terpilih sebagai antara yang terbaik.

Gambar Rosette Nebula adalah kira-kira lima kali saiz Bulan Penuh pada waktu malam. Ia adalah satu pemandangan yang begitu indah. Rosette Nebula sering dikaitkan dengan imej tengkorak, kadang-kala dikaitkan juga dengan imej sekuntum mawar merah.

formasi bintang rosette nebula 731

Formasi Bintang Rosette Nebula oleh Jean Dean. Credit : swns

Di laman web APOD, penulis memberi keterangan bersebelahan dengan gambar bahawa "kelopak bunga kosmik" ini adalah tapak semaian bintang yang sangat besar dan menempatkan beribu-ribu bintang muda yang hanya berusia beberapa juta tahun sahaja.

Pistil (bahagian bunga betina yang mengeluarkan benih) di tengah-tengahnya adalah hasil daripada beberapa bindang muda yang sangat panas, masing-masing memberikan suhu yang sangat tinggi sehingga ia membuatkan debu-debu angkasa lepas yang lain berada di tepian.

Jean Dean menjelaskan lagi, kawasan ini dipanggil awan molekul gergasi dan ia amatlah penting kerana merupakan tempat kelahiran bintang-bintang baru yang membawa kepada penciptaan sistem solar.

iris nebula

Iris Nebula oleh Jean Dean. Credit : swns

Jean menambah lagi, dengan adanya sistem yang dilengkapi dengan planet-planet dan bulan-bulan ini, ia juga merupakan kebangkalian adanya hidupan lain. Dia juga menyeru sesiapa sahaja yang berminat untuk datang ke pulau yang didiaminya untuk melihat sendiri keindahan langit.

Dia dan rakan-rakannya cuba untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang untuk mempunyai minat dan memerhati ruangan angkasa yang berada di langit pada waktu malam.

Jean Dean mendedikasikan salah satu daripada imej yang terpilih itu kepada rakannya yang baru sahaja meninggal dunia. Rakannya itu jugalah antara salah seorang yang memberikan dorongan untuk dia mengenengahkan imej itu kepada NASA.

Rujukan :

1. Daily Mail

2. Independent

3. Metro UK



Hakcipta iluminasi.com (2017)