Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah stesen angkasa modular di orbit Bumi rendah. Ini adalah projek kolaborasi multinasional yang melibatkan lima agensi angkasa yang mengambil bahagian iaitu NASA, Roscosmos, JAXA, ESA dan CSA.

Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa ditentukan oleh perjanjian antara kerajaan agensi yang terlibat. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut mengenai ISS, kami pernah menulisnya dahulu dalam artikel 5 Fakta Menarik Mengenai Stesen Angkasa Antarabangsa

BESARKAN TEKS     A-  A+

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah kawasan yang berisiko tinggi atas banyak sebab dengan usia menjadi salah satu faktor utama. Pada tahun 2020, angkasawan menggunakan uncang teh untuk mengelakkan bencana besar daripada terjadi di stesen angkasa antarabangsa dengan memperbaiki lubang di salah satu modulnya.

tragedi iss

Setelah kebocoran dijumpai di salah satu modul Stesen Angkasa Antarabangsa yang biasanya terbang 400 kilometer di atas Bumi, para rangkasawan terpaksa menggunakan apa sahaja yang ada dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan segera sebelum kejadian bertambah buruk.

Biasanya, ISS akan melepaskan udara dari beberapa modul sepanjang perjalanannya di orbit Bumi yang memakan masa 93 minit setiap orbit. Setiap hari, ISS kehilangan lebih dari 250 gram udara setiap hari sepanjang 15.5 kali orbitnya di sekitar Bumi.

Namun apabila jumlahnya lebih tinggi dari itu, mereka mula mengesyaki mungkin terdapat masalah lain yang sedang berlaku - seperti yang terjadi dalam kes ini. 

Usaha mengesan kebocoran

modul iss

Apabila jumlah udara dalam ISS berkurang melebihi daripada purata biasa yang direkodkan, mereka perlulah mencari sumber kebocoran tersebut dan membaikinya. Selama beberapa hari, ISS mula kehilangan lebih dari satu kilogram setiap hari.

Ketika kes ini berlaku, angkasawan dari pelbagai negara termasuk AS, Jepun, Rusia, Kanada, dan Eropah sedang bekerja dalam ISS. Untuk memastikan sumbernya kebocoran, mereka menutup semua lubang yang ada dan berkumpul bersama di salah satu modul paling hujung Stesen Angkasa Antarabangsa yang dipanggil Zvezda di bahagian stesen Rusia.

Untuk tujuan ini, mereka menguji kebocoran setiap bahagian stesen ISS selama empat hari. Malangnya, percubaan mereka tidak membuahkan hasil. Modul Zvezda yang dilancarkan pada tahun 2000 sangat penting di ISS kerana ia menyokong sistem sokongan hayat stesen sekiranya berlaku kecemasan di stesen angkasa.

Pada awal Oktober 2020, dilaporkan bahawa seorang angkasawan Russia bernama Anatoly Ivanishin telah berjaya menemui kebocoran dengan ini dengan hanya menggunakan uncang teh, satu cara yang tidak disangka-sagka.

Para kru kemudiannya memasang beberapa buah kamera dalam modul Zvezda, memotong uncang teh, menutup pintu modul tersebut dengan perlahan dan menunggu.

Setelah beberapa jam mereka dapat melihat daripada rakaman video beberapa daun teh melayang perlahan-lahan ke arah bahagian calar halus yang tidak tidak dapat dikesan dengan mata kasar pada dinding. 

modul zvezda

Para angkasawan mendapati pada bahagian itulah udara telah keluar dari stesen angkasa yang kemudiannya berjaya ditutup menggunakan pita. Kemudian, angkasawan menutup lubang sepenuhnya menggunakan gerudi dan menggunakan pelekat kedap udara khas seperti yang dilaporkan oleh Roscosmos.

Pelekat pita khas ini juga dikenali sebagai pita "Kapton", stabil pada julat suhu yang sangat luas dari atas sifar mutlak (-269 ° C) hingga + 400 ° C. Itu sudah cukup untuk membaiki kerosakan tersebut buat sementara waktu.

ISS dibina dengan kos setinggi $150 bilion sebelum dilancarkan pada 20 November 1998. Untuk kos susulan, diperlukan sekitar $3 - 4 bilion setiap tahun untuk mengekalkan operasi ISS. Keretakan yang terdapat di stesen ini mungkin disebabkan oleh tekanan pada logam atau perlanggaran meteorit kecil.

Kredit:

  1. ABC News
  2. India Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)