Bagi pengkaji sejarah, muzium pasti menjadi antara tempat paling anda gemari untuk dikunjungi. Selain mendapat peluang mempelajari tentang kisah-kisah lama, muzium juga menempatkan artifak dan bahan bersejarah yang menceritakan berkenaan kehidupan masa lampau.

Sebuah bandar bernama Beichuan yang terletak dalam wilayah Chengdu di China, kini menjadi memorial gergasi - mempamerkan kesan kejadian gempa bumi yang berlaku pada 12 Mei 2008 yang dinamakan sebagai Gempa Bumi Sichuan. Tragedi itu merosakkan lebih 80 peratus keseluruhan bangunan yang ada di bandar itu, berikutan gegarannya yang mencapai pada kadar 7.9 pada skala magnitud.

BESARKAN TEKS     A-  A+

beichuan bandar yang ditinggalkan

90,000 orang kehilangan nyawa dalam insiden itu dengan 8,600 orang penduduk Beichuan. Apa yang lebih menyedihkan 1,300 daripadanya adalah murid sekolah yang mati bersama-sama selepas bangunan sekolah mereka runtuh ditimpa batu-batu gergasi.

Inilah kisah bandar Beichuan, bandar yang kini ditinggalkan penghuninya.

Tragedi gempa bumi paling dahsyat China dalam 30 tahun

beichuan earthquake museum 16 5

Lokasi Beichuan terletak berdekatan dengan titik pusat gempa yang berlaku, menyebabkan penduduk bandar itu langsung tidak mempunyai peluang menyelamatkan diri serta paling kuat merasai gegaran.

Mereka yang melawat bandar tersebut beberapa hari selepas kejadian, menyifatkan keadaan bandar itu sama seperti model skala permainan kampung kampung yang dibakar kanak-kanak nakal, lalu ditimbus dengan pasir. Hanya beberapa bangunan baru yang dibina beberapa tahun sebelum kejadian, selamat daripada tumbang.

Majoriti yang lain tunduk menyembah bumi atau bertukar menjadi batu konkrit yang berlonggok di tanah. Mayat yang tertimbus di bawah runtuhan tidak terkira ramainya. Kerja menyelamat agak sukar dilakukan berikutan lumpur menutupi kawasan yang sudah musnah.

Pengiktirafan sebagai memorial

beichuan insiden tragedi gempa bumi china 6

Kos untuk membersih serta membina semula bandar ini bakal menelan belanja yang terlalu besar untuk ditanggung negara China. Selain itu, risiko untuk kejadian sama berulang lagi menyebabkan kerajaan China mengambil langkah untuk membiarkan saja bandar tersebut sedemikian rupa.

Ekoran keputusan tersebut , kerajaan China mengambil keputusan untuk menukarkan kawasan bandar Beichuan ini sebagai sebuah memorial.

beichuan insiden tragedi gempa bumi china 3

Pengerusi parti pemerintah China, Wen Jiaobao mengumumkan pada 25 Mei 2008 keputusan itu terpaksa diambil disebabkan faktor kos dan risiko. Selain itu, pembukaan memorial juga dapat mengingatkan generasi akan datang tentang tragedi buruk yang pernah menimpa penduduk Beichuan.

Penduduk yang tidak berkemampuan berpindah sendiri, dipindahkan ke bandar bersebelahan, terletak lebih kurang 18 km daripada kawasan asal mereka.

Bandar Beichuan kini

beichuan earthquake museum 9 9

Kerajaan China mengambil langkah menongkah mana-mana bangunan yang hampir runtuh dengan tiang-tiang hidraulik, dalam membantu menyokong struktur bangunan yang hampir rebah.

Pengunjung boleh melawat bandar Beichuan dengan bantuan 20 orang pemandu pelancong yang dilantik, berikutan keadaan bandar yang senantiasa tidak selamat untuk dilawati walaupun usaha melindunginya sudah dijalankan.

Tidak ada sebarang caj masuk dikenakan bagi mengunjungi Beichuan, namun pelancong tidak dibenarkan masuk ke dalam mana-mana bangunan yang ada, bagi mengelakkan risiko kecederaan atau kematian.

bandar beichuan yang sunyi

Selain daripada melawat bandar Beichuan yang ditinggalkan sedemikian rupa, pengunjung juga boleh mengunjungi pusara 3,000 individu yang disemadikan secara beramai-ramai serta sebuah tasik yang terbentuk semasa kejadian, disebabkan perubahan muka bumi yang berlaku. Pastikan anda turut sama mengunjungi lokasi asal Sekolah Tinggi Beichuan, kawasan di mana 1,300 pelajar yang disebutkan di atas meninggal dunia dan saksikan sendiri keadaannya.

Sebahagian bandar Beichuan ketika ini sudah mula ditutupi tumbuhan yang semakin banyak. Pokok sudah mula tumbuh di kawasan-kawasan yang dulunya didiami manusia. Kesan runtuhan mula dihiasi semak yang mengeluarkan bunga-bunga cantik bila tiba musimnya.

Walaupun angka rasmi 8,600 orang disebutkan sebagai jumlah kematian insiden buruk ini, dianggarkan jumlah yang terkorban sebenarnya lebih tinggi.

Kesukaran untuk menyelamatkan atau sekurang-kurangnya mencari semula tubuh penduduk yang terperangkap, menunjukkan besar kemungkinan masih ada yang dihimpit, terperangkap menunggu untuk diselamatkan, walaupun kini pasti mereka sudah tidak bernyawa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)