Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

Wilayah Fukushima, Jepun telah menjadi "ghost town" akibat daripada tragedi pencemaran nuklear yang disebabkan oleh kemalangan di pusat janakuasa nuklear Fukushima Daiichi pada tahun 2011. Dianggarkan seramai 147,000 penduduk telah dipindahkan wilayah bandar itu atas faktor keselamatan. Ia dikatakan tragedi kemalangan nuklear terburuk selepas kejadian Chenobyl pada tahun 1986.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Shigeko Watanabe mempunyai syarikat pencetakan kecil di tengah bandar Namie, dan berkata tidak akan membuka semula bisnesnya. Menurutnya, proses pembersihan bahan radiokatif adalah sia-sia kerana tiada siapa yang akan pulang kembali.

Dua jurugambar warganegara Perancis, Carlos Ayesta dan Guillaume Bression dalam usaha mereka mengdokumentasikan zon pengecualian Fukushima yang tercemar, telah meminta kerjasama bekas penduduk bandar Namie (dalam wilayah Fukushima) untuk pulang ke tempat tinggal mereka sebelum tragedi itu berlaku.

Untuk menghasilkan dokumentari yang diberi nama Retrace Our Steps itu, Carlos Ayesta and Guillaume Bression menghabiskan masa 4 tahun membuat penggambaran di kawasan tersebut.

naoto matsumura 936

Naoto Matsumura, seorang penduduk di bandar Tokioma, merupakan seorang pekerja di syarikat pembinaan sebelum berlakunya kemalangan itu. Beliau juga berpindah keluar daripada zon pengecualian tersebut, yang kemudiannya kembali semula ke Tomioka untuk menjaga haiwan-haiwan yang masih hidup. Beliau merupakan satu-satunya penduduk yang masih tinggal di sini hingga ke hari ini.

Mereka berjaya menghubungi bekas penduduk bandar itu melalui persetujuan bersama, dan apa yang lebih menarik, Carlos Ayesta and Guillaume Bression berjaya menjejaki mereka menggunakan klu yang ditinggalkan di bandar berhantu itu.

katsuyuki yashima

Katsuyuki Yashima dan bengkel miliknya. Beliau dan isteri mempunyai 15 orang pekerja ketika kemalangan itu berlaku. Beliau tidak akan pulang ke sini semula walaupun jika bandar itu dibuka semula. Beliau berkata hanya 20% daripada penduduk Namie yang ingin pulang. Kini Katsuyuki tinggal di Iwaki, bandar yang mempunyai tahap radioaktif yang sangat rendah.

kazuhiro onuki

Kazuhiro Onuki duduk berhadapan piano di dalam rumahnya yang terbiar di Tomioka. Beliau merupakan seorang pengurus kedai buku dan memiliki kedai seramik. Barangan berharga telah dirompak beberapa kali akibat daripada kemalangan itu. Beliau bersama anak perempuannya berpindah ke Tokyo. Beliau kadang-kadang pulang ke rumah ini untuk membersihkannya namun tidak bercadang untuk tinggal semula di situ.

Mereka yang bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam projek ini telah memberikan yang terbaik dan berkongsi mengenai kenangan mereka, impian mereka dan ketakutan mereka, serta kemungkinan untuk kembali tinggal di situ satu hari nanti.

Dalam menghasilkan dokumentari ini, Carlos Ayesta dan Guillaume Bression meminta mereka untuk duduk seperti mana yang dilakukan sebelum berlakunya malapetaka itu. Ia bertujuan untuk mengembalikan kenangan serta menyusun semula kehidupan normal di dalam keadaan yang huru hara.

yasushi ishizuka

Yasushi Ishizuka di dalam sebuah bilik permainan Jepun di bandar Tomioka. Bangunan ini terkesan dengan teruk akibat gempa bumi dan ditinggalkan semenjak itu.

setsuro ito

Setsuro Ito merupakan seorang doktor haiwan dan menjaga haiwan terutamanya lembu yang tinggal di kawasan larangan. Beliau berpindah ke Brazil ketika berusia 30 tahun namun selepas kejadian itu, Setsuro pulang ke Jepun untuk membantu petani-petani di kawasan pengecualian yang tidak mahu menyembelih lembu-lembu mereka. Setsuro kini tinggal di bandar Fukushima.

rieko matsumotoest

Rieko Matsumotoest, seorang kaunselor dan ahli pemakanan berada di sebuah dobi di Namie. Rieko menceritakan pengalaman ketika berlakunya gempa bumi itu, "Pada hari tersebut, saya sedang bekerja bersama seorang klien dari Filipina yang pertama kalinya datang ke Jepun. Ketika saya mahu mengukur bahagian badannya, tanah mula bergegar. Klien saya yang bertutur dalam bahasa Jepun sebelum itu menjerit dalam bahasa Inggeris ketika gempa bumi berlaku,".

Setiap kali bekas penduduk menjejakkan kaki ke rumah lama mereka, mereka seolah-olah tenggelam disebabkan struktur yang rosak disebabkan pelbagai faktor termasuk hujan. Seorang petani yang ditemuramah telah pulang untuk melihat lembu-lembunya yang telah reput meninggalkan tulang.

Mereka yang berjaya dihubungi dan pulang ke bandar itu mempunyai kisah yang tak dapat untuk mereka ceritakan dan 2 jurugambar tersebut amat memahami perasaan itu.

kanoko sato

Kanoko Sato sedang berdiri di dalam gimnasium di sebuah sekolah terletak di daerah Ukedo., yang musnah dan ditinggalkan semenjak kejadian itu. Menurut Kanoko, beliau tidak akan pernah dapat melihat kawasan larangan tersebut jika bukan disebabkan oleh projek ini. "Walaupun saya tinggal di Koriyama yang terletak berdekatan dengan tempat ini, namun saya tidak pernah tahu betapa teruknya kawasan ini sehinggalah hari ini," jelas Kanoko.

hidemasa and michiko otaki

Michiko Otaki sedang berlakon seolah-olah memotong rambut suaminya, Hidemasa Otaki di dalam salon mereka di Tomioka. Beliau adalah seorang pendandan rambut semenjak 40 tahun lalu. Michiko berkata ketika kejadian berlaku, beliau baru sahaja habis menggunting rambut. "Selepas kemalangan itu, kami berpindah dari sebuah rumah ke rumah memotong rambut pelarian-pelarian yang ada,". Beliau diberitahu oleh pelarian lain bahawa terdapat sebuah rumah kosong 40 kilometer dari loji janakuasa nuklear tersebut dan disitulah rumah pasangan ini lebih dari 2 tahun lalu.

midori ito

Midori Ito sedang berada di sebuah pasaraya terbiar di Namie yang tidak berubah semenjak bencana itu. Terdapat tulisan "Hasil segar" dalam bahasa Jepun pada salah satu panel dalam gambar ini. Midori berpindah ke Minami Aizu kerana risiko kesihatan yang dikaitkan dengan radioaktif. Kini beliau kembali tinggal di bandar Koriyama yang terletak 60km dari loji tersebut bersama anak-anaknya.

Kisah Naoto Matsumura, satu-satunya penduduk yang tinggal di Bandar Tokioma yang tercemar oleh bahan radioaktif untuk menjaga haiwan-haiwan terbiar boleh dibaca di sini.

Kredit gambar : Carlos Ayesta dan Guillaume Bression

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)