Semakin hari semakin ramai orang menggunakan teknologi Facebook Live yang mampu memuatnaik video pada kadar kelajuan tinggi untuk kita berkongsi perkara yang kita suka. Walau bagaimanapun, dengan wujudnya teknologi yang dapat diakses dengan begitu mudah, pasti akan wujud pihak yang menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan peribadi atau tujuan lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 tragedi yang berlaku di seluruh dunia yang dimuatnaik secara langsung melalui Facebook Live.

1. Kematian Georgina Magali Vega

iluminasi tragedi facebook live

Pada 18 Mei 2017, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun sedang bermain-main di rumahnya bersama-sama beberapa orang kawannya di pekan Santa Rosa de Clachines, Argentina.

Mereka yang menonton dapat melihat budak lelaki tersebut memegang senapang shotgun sambil bergurau-gurau dengan rakannya. Sambil mengacukan senjata pada rakannya yang bernama Georgina Magali Vega, budak lelaki tersebut yang tidak dinamakan, menarik picu senapang sambil berkata "kalau awak bunuh saya, saya bunuh awak" dan satu tembakan tepat ke arah muka Georgina dilepaskan.

Georgina disahkan meninggal dunia di situ dan kes itu dianggap sebagai kes kemalangan.

2. Steve Stephens

iluminasi tragedi facebook live2

Steve Stephens atau The Cleveland Killer memuat naik videonya melalui Facebook Live menceritakan tentang niatnya mahu membunuh seseorang, tetapi amarannya tidak mendapat perhatian ramai. Pada ketika itu, teman wanita Stephens baru saja memutuskan hubungan mereka.

Tidak berapa lama kemudian, dia memuatnaik video dia sedang turun dari kereta mendekati seorang warga tua bernama Robert Godwin, 74 yang sedang berjalan keseorangan mencari tin kosong.

Stephens mendekati Godwin dan bertanya tentang masalah hubungannya dengan bekas teman wanitanya, kemudian bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mati Godwin yang langsung tidak dikenalinya.

Dua hari kemudian, seorang pekerja pandu lalu McDonalds yang mengenali Stephen, menelefon polis ketika Stephens memesan nuget ayam. Polis berjaya mengejar kereta Stephens. Namun Stephens sempat menembak dirinya sebelum diberkas.

3. Erdogan Ceren

iluminasi tragedi facebook live3

Pada 11 Oktober 2016, Erdogan duduk di atas katil sambil memegang senapang. Baharu saja putus cinta dengan teman wanitanya, Erdogan kelihatan sugul dalam video tersebut.

Dengan menggunakan telefon, dia memuatnaik video ke Facebook Live. Dia meminta orang yang menonton supaya teruskan menonton dan kemudian memberitahu kepada penonton yang dia akan membunuh diri. "Tak ada orang percaya yang saya akan bunuh diri - jadi tengok ni," kata dia.

Dia menarik picu tetapi tidak berjaya kerana kunci keselamatan masih tertutup. Kemudian dia kelihatan membuka kunci keselamatan senapang tersebut lalu mengacukan senapang itu ke dadanya dan tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi tembakan lalu telefon yang dipegang Erdogan terjatuh, membuatkan tidak ada apa-apa visual kelihatan.

4. Kes rogol remaja bawah umur di Chicago

iluminasi tragedi facebook live4

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak oleh rakannya ke satu rumah di bahagian barat bandar tersebut. Apabila sampai di rumah tersebut gadis tersebut di halang daripada keluar dan bermulalah tragedi yang sangat menyayat hati.

Seramai 6 orang pelajar lelaki berusia di antara 14 hingga 15 tahun mengambil giliran untuk merogol beliau. Salah seorang daripada mereka merakam video kejadian tersebut sementara seorang lagi membuat siaran langsung insiden itu di Facebook Live.

Ibu kepada remaja tersebut hanya mengetahui di mana anaknya selepas salah seorang jiran kepada anak saudara ibunya memberitahu tentang video tersebut yang dipaparkan di Facebook.

Yang lebih menyedihkan, seramai 40 orang menonton siaran itu secara langsung tanpa membuat laporan kepada pihak berkuasa.

5. Wuttisan Wongtalay dan anaknya

iluminasi tragedi facebook live5 492

Kami akhiri artikel ini dengan insiden paling menyayatkan hati.

Wuttisan Wongtalay, seorang rakyat Thailand menggantung dirinya bersama anaknya terlebih dahulu dan semua yang berlaku dimuatnaik secara langsung melalui Facebook Live. Wuttisan membawa anaknya yang bernama Beta ke sebuah bangunan tinggal di daerah Phuket.

Mereka pun naik ke tingkat atas bangunan tersebut lalu mengikat tali pada leher anaknya yang baru berusia 11 bulan sebelum menurunkan anaknya supaya tergantung di bucu bangunan tersebut. Kemudian, Wuttisan sendiri mengikat lehernya dengan tali dan turun ke bawah di sebelah anaknya.

iluminasi tragedi facebook live4

Wuttisan melakukan tindakan sedemikian selepas mengesyaki isterinya curang dengan lelaki lain. Yang menyayat hati, semua tindakan Wuttisan itu ditonton oleh isteri dan keluarganya melalui Facebook, namun maklumat lokasi tidak diketahui menghalang pihak berkuasa sampai ke tempat itu untuk mencegah perkara itu berlaku.


Saya ingin berpesan, walaupun teknologi itu ada tapi kita perlu senantiasa ingatkan diri kita sempadannya. Teknologi ini dapat banyak membantu kita, tetapi apabila sudah disalah guna, pasti akan membawa kepada binasa. Selain itu, kita juga perlu sentiasa berwaspada jika terlihat sebarang video yang mencurigakan dan janganlah hanya mampu meneruskan tontonan. Hubungi pihak berkuasa secepat mungkin sebelum tragedi menimpa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)