Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim 

Meskipun tiada dalam dunia penyiaran dalam tempoh masa yang lama, bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim menegaskan minatnya terhadap bidang itu tidak pernah luntur.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk kembali mewarnai bidang kewartawanan kerana rindu yang mendalam terhadap bidang tersebut.

azrinaz mazhar hakim kembali ke bidang kewartawanan 2 738

Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim 

Saya akan kembali semula untuk menulis sebagai kolumnis dalam sebuah akhbar tempatan dalam masa terdekat ini. Cinta saya terhadap bidang kewartawanan dan penulisan tidak pernah luntur jadi mengapa tidak saya berkongsi pandangan dan ilmu penulisan saya dalam surat khabar. Seperti anda (wartawan) semua, saya juga mempunyai minat menulis dan sudah lama tidak melakukannya kerana kekangan masa. Sebelum ini saya tidak mampu memberikan komitmen kerana selalu berada di luar negara dan sekarang saya sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali.

Sumber: Astro Gempak

Azrinaz membuat kenyataan tersebut di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Azrinaz turut menerima beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan televisyen namun dia masih dalam proses mempertimbangkan tawaran-tawaran tersebut.

azrinaz mazhar hakim kembali ke bidang kewartawanan 3

Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim 

Saya belum memberi kata putus untuk menerima tawaran yang diberikan itu kerana perlu melihat terlibat dahulu samada ia bersesuaian dengan karakter dan gaya pengacaraan saya.

Sumber: Astro Gempak  




Hakcipta iluminasi.com (2017)