Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Selebriti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim, 39, bersemangat menceritakan pengalamannya apabila mendapat peluang menyaksikan aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt di hadapan mata.

Mendedahkan kisah itu di laman Instagram, @azrinazmazharhakim, Azrinaz berkata, ketika itu pelakon berkenaan sedang menjayakan penggambaran sebuah filem terbaru di lokasi berdekatan apartmen tempat dia tinggal iaitu di Hollywood Boulevard, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

azrinaz mazhar hakim jadi pelakon ekstra filem terbaru brad pitt 2

Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Azrinaz yang berada di sana untuk bercuti berkata, dia juga teruja apabila mendapat 'flying kiss' daripada pelakon filem War Machine itu.

Selain itu, kiriman tersebut disertai video dan beberapa keping foto memperlihatkan Pitt sedang tekun menyertai penggambaran dalam babak yang menuntutnya memandu sebuah kereta klasik.

Sementara itu, secara berjenaka, Azrinaz mengatakan dirinya juga sedang terlibat sama menjayakan penggambaran tetapi sebagai pelakon ektra kerana menyibuk di tepi jalan.

Menerusi perkembangan bintang antarabangsa itu, sebagaimana dilaporkan media antarabangsa, dia kini sedang membintangi penggambaran filem berjudul ‘Once Upon A Time In Hollywood’ arahan Quentin Tarantino yang mengangkat kisah jenayah pada tahun 1969.




Hakcipta iluminasi.com (2017)