Oleh pada 08 Mar 2017 kategori

Kredit foto: astrogempak.com.my 

Ramai yang mula berteka-teki selepas Cik Pang menerusi sebuah ruangan Harian Metro hujung minggu lalu menyatakan Fattah kini sedang rapat dengan seorang selebriti wanita berstatus VIP. 

Namun semalam teka-teki tersebut seakan terjawab apabila nama Azrinaz Mazhar disebut-sebut sebagai pemegang gelaran tersebut. Benarkah? 

fattah bercinta dengan azharinaz mazhar hakim 2

Sememangnya netizen bukan beromong kosong kerana menguatkan lagi dakwaan, Azrinaz ada memuat naik fotonya bersama Fattah menerusi akaun Instagram pada bulan lalu. 

Foto tersebut semakin mendapat perhatian apabila netizen mula memenuhi ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan tanggapan mereka akan gosip berkenaan. Ada yang memberi reaksi positif dan tak kurang juga yang menyelar kerana kita sedia maklum akan jarak perbezaan umur pasangan ini yang begitu ketara sekali. 

fattah bercinta dengan azharinaz mazhar hakim 3

fattah bercinta dengan azharinaz mazhar hakim 4

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Sehingga kini Fattah masih sedang 'kunci mulut' daripada membuat sebarang kenyataan. Bagi kami jika benar sekalipun dakwaan tersebut tak ada salahnya Fattah akui walaupun mereka masih sekadar kawan. Malah trend artis bercinta dalam jarak usia yang jauh bukan sesuatu yang asing sekarang, asalkan masing-masing serasi dan  bahagia bersama. 

Apa pula kata anda? 

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)