ia bukan di bawah bidang kuasa kami datuk freddie fernandez luah rasa kecewa dengan benjy

Kredit foto: sinarharian.com.my

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) meluahkan rasa kecewa dengan penahan pelakon tempatan, Benjy berhubung kes dadah di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Datuk Freddie Fernandez selaku presiden KARYAWAN, kes berkenaan ternyata mencalarkan reputasi industri hiburan tanahair.

Saya terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai perkara ini. Difahamkan, ia bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan penyalahgunaan barang terlarang.

Sebagai persatuan, tidak banyak yang kami boleh bantu kerana ia membabitkan undang-undang negara luar.

Dalam hal ini, keluargalah yang seharusnya memberikan sokongan dan menghulurkan bantuan kepada pelakon terbabit kerana mereka lebih berhak.

KARYAWAN tidak mempunyai kuasa untuk ke sana kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kami.

Sumber: Berita Harian

Menurutnya lagi, golongan artis tempatan sepatutnya menjadikan kes tersebut sebagai suatu iktibar supaya tidak sesekali terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sumber: beritamemey.blogspot.com


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)