Oleh pada 04 Jan 2018 kategori

Sejak beratus tahun lamanya, masyarakat bertamadun telah memasang azam untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan diri setiap kali tahun baru menjelang. Ia bermula dari 1894 sebelum Masihi lagi di mana kaum Babylon mula membuat pelbagai janji sebelum masuk tahun baru. Tradisi ini berterusan sehingga ke hari ini. 

Selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian misalnya, memasang azam untuk kurang memegang gajet dan lebih banyak berkomunikasi dengan betul. Meghan Markle pula berikrar untuk menghentikan tabiat menggigit kuku dan mula mempelajari bahasa Perancis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di United Kingdom, satu tinjauan telah dibuat oleh YouGov dan keputusan mendapati rata-rata rakyat Britain berjanji untuk mengubah tabiat pemakanan, ingin bersenam secara konsisten dan berbelanja secara berhemat.

azam jangkaan dan realiti nak kurus

Berikut merupakan 5 azam paling popular daripada tinjauan tersebut:

  1. Menurunkan berat badan - 48%
  2. Lebih banyak bersenam - 41%
  3. Menyimpan wang dan tidak boros - 32%
  4. Mengubah diet dan tabiat pemakanan - 31%
  5. Mencari kerjaya baru - 15%

Jika diperhatikan, azam-azam itu merupakan azam yang klise dan selalu didengari juga di tanah air kita. Ramai orang yang bercita-cita itu dan ini, semangat berkobar-kobar apabila tiba 1 Januari. Namun, setelah beberapa hari berlalu, perasaan itu semakin pudar dan lama-kelamaan, azam hanya tinggal kenangan.

Tahukah anda, menurut statistik, pada tahun 2017, satu dalam setiap 5 orang gagal untuk memenuhi azam hanya dalam minggu pertama tahun baru?

tahun baru azam tidak pernah tercapai cara kekalkan momentum dan capai azam 523

Jadi, apakah kunci utama untuk mengekalkan momentum hingga berjaya?

Menurut Emma Kenny, seorang pakar psikologi, anda boleh ikuti 5 tips tersebut untuk memastikan azam anda dipenuhi:

1. Pilih lima (5) sahaja azam besar yang ingin dipenuhi dan beri keutamaan.

Anda perlu fokus pada satu matlamat sahaja pada satu-satu masa dan benar-benar penuhi azam tersebut sebelum beredar kepada azam yang lain. Anda juga boleh mengecilkan skop dengan memberikan tarikh akhir kepada azam tersebut. Sebagai contoh, elakkan menentukan azam yang tiada jangka hayat atau sasaran seperti "nak kurus".

Sebaliknya, beritahu diri anda yang anda mesti mengurangkan sekurang-kurangnya 2kg sebelum bulan Mac. Azam anda lebih mudah diuruskan dan berpeluang tinggi untuk berjaya jika dikecilkan skop seperti ini.

2. Sesekali tergelincir dari landasan itu adalah perkara biasa

Jika pada suatu hari anda keluar bersama rakan-rakan dan TERmakan terlalu banyak makanan yang menggemukkan, jangan khuatir. Itu bukanlah bermakna dunia anda sudah sampai ke penghujungnya. Namun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk terus berhenti dan mengabaikan azam-azam anda. 

Seharusnya anda perlu set semula minda dan ubah keadaan itu menjadi "situasi kritikal". Tambah 5-10 minit aktiviti berjalan kaki setiap hari atau kurangkan kalori pengambilan makanan pada hari-hari berikutnya.

tahun baru azam tidak pernah tercapai cara kekalkan momentum dan capai azam 2

3. Beri ganjaran pada diri sendiri setelah berjaya

Elakkan memberi tumpuan pada apa yang anda 'lepaskan' sebaliknya fokus kepada kebaikan yang anda terima daripada azam tersebut. Misalnya, jika anda ingin berhenti merokok, anda boleh menyimpan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk membeli rokok itu dan digunakan bagi tujuan lain seperti pergi bercuti pada hujung tahun.

4. Gunakan sistem kawan (buddy)

Lantik seorang ahli keluarga terdekat atau rakan baik untuk memastikan anda sentiasa fokus kepada kejayaan. Mereka inilah yang akan sentiasa memberi peringatan dan dorongan kepada anda jika anda kelihatan tersasar pada bila-bila masa. Peluang untuk berjaya adalah lebih cerah jika ada seseorang yang sentiasa memerhatikan kemajuan anda.

5. Azam bukanlah sentiasa bermakna melepaskan sesuatu

Seringkali kita memasang azam untuk 'melepaskan' sesuatu seperti ingin mengurangkan berat badan, ingin berhenti merokok, ingin kurang berbelanja dan sebagainya. Anda perlu fahami bahawa azam juga boleh menjadi penambahan kemahiran yang baru seperti menghadiri kelas seni atau belajar mengaji Al-Quran.

Pastikan ia merupakan aktiviti yang menarik dan membina, barulah anda sentiasa bersemangat untuk hadiri sepanjang tahun.

Apa azam anda bagi tahun 2018 ini? Sebelum tu nak tanya, azam tahun lepas semuanya sudah tercapaikah?




Hakcipta iluminasi.com (2017)