National Geographic adalah sebuah syarikat penyiaran televisyen dan digital daripada Amerika Syarikat yang banyak melakukan dokumentari mengenai haiwan dan manusia. Program-program dokumentari yang dipaparkan di kaca televisyen sememangnya sangat menarik dan disajikan dengan pelbagai informasi segar dan kualiti gambar dan video yang menakjubkan.

Bagi syarikat seperti National Geographic, barisan jurugambar dan perakam video profesional merupakan antara aset utama. Mereka inilah yang akan mengambil gambar dan merakam video menakjubkan yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

Bagi menghargai hasil-hasil jurugambar profesional, setiap tahun pihak National Geographic akan menganjurkan pertandingan National Geographic Photo Contest untuk mencari gambar terbaik dalam 3 kategori utama iaitu Wildlife (Haiwan), People (Manusia) dan Places (Tempat).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahun lepas, kami ada berkongsi Koleksi Gambar Terbaik Pemenang National Geographic Contest 2017. Untuk tahun 2018 ini, pihak National Geographic sudahpun mengumumkan koleksi gambar terbaik yang memenangi pertandingan ini bagi edisi tahun 2018.

1. Unreal

Jurugambar: Jason Todorov

Kategori: Places

Gambar ini memaparkan ribuan kereta Volkswagen dan Audi yang tersadai di kawasan padang pasir Mojave, California. Kereta-kereta ini merupakan model keluaran tahun 2009 hingga 2015 yang dicipta untuk menipu ujian pencemaran asap yang diwajibkan oleh pihak U.S. Environmental Protection Agency.

Berikutan pendedahan skandal ini, pihak pengeluar syarikat telah memanggil semula kereta-kereta yang dihasilkan ini. Gambar ini memberi peringatan kepada semua manusia agar lebih peka dalam memelihara keindahan Bumi ini.

2. Thunderbird In The Dust

thunderbird in the dust

Jurugambar: Nicholas Moir

Kategori: Places

Sebuah kereta Ford Thunderbird yang diseliputi debu merah akibat daripada ribut pasir yang melanda Ralls, Texas. Texas Panhandle yang sentiasa kering sememangnya mudah belakunya ribut pasir di mana kelajuan anginnya mampu mencecah 145km/jam dan menerbangkan debu-debu ke kawasan Selatan.

Gambar ini diambil ketika kerja ramalan kaji cuaca dilakukan untuk merakamkan sendiri ribut taufan ini. Gambar ini diambil pada hari terakhir penggambaran.

3. Road to Ruin

road to ruin

Jurugambar: Christian Werner

Kategori: Places

Gambar ini diambil ketika melakukan dokumentasi untuk majalah Der Spiegel ketika melalui Syria. Dokumentari ini dilakukan untuk melihat keadaan bandar-bandar besar pada ketika itu. Gambar ini diambil di bandar Homs, Syria.

Untuk mengambil gambar ini, Christian Werner terlebih dahulu telah meminta kebenaran daripada askar Syria yang bertugas disitu untuk memanjat timbunan bangunan-bangunan yang sudah roboh itu.

4. Snowflakes

snowflakes

Jurugambar: Yucca Y Ito

Kategori: Anugerah Khas, Places

Tasik Biru di Bieo-cho, Hokkaido, Jepun semakin popular dalam kalangan pelancong yang datang dari seluruh dunia. Tasik ini dikelilingi gunung-ganang dan pokok-pokok yang sangat cantik.

Menariknya, ketika musim sejuk, tasik ini dengan sengaja dibekukan untuk mengelakkan pencemaran daripada gunung berapi berdekatan iaitu Gunung Tokachi. Air di tasik ini dikatan mengandungi kepekatan mineral yang tinggi, antaranya aluminium. Pemandangan di tasik ini sangat menakjubkan.

5. Flying at the Crossing

flying at the crossing

Jurugambar: Pim Volkers

Kategori: Wildlife (Tempat Pertama)

Gambar ini diambil pada awal pagi ketika sekumpulan kerbau sedang melintas Sungai Mara, Tanzania. Keadaan ketika itu yang diliputi debu-debu dan bayangan yang terhasil daripada pancaran matahari menghasilkan gambar yang kelihatan sangat mistik ini.

Gambar ini jika dilihat seolah-oleh sebuah lukisan lama. Realitinya, ia adalah gambar yang diambil dengan menggunakan kamera.

6. Deep Snow

deep snow

Jurugambar: Jonas Beyer

Kategori: Wildlife (Tempat Kedua)

Gambar ini diambil beberapa kilometer daripada Qaanaaq, Greenland ketika mana jurugambar ini sedang mencari sekumpulan lembu (spesis musk oxen) yang hidup disini. Gambar ini dirakam ketika haiwan ini sedang berlari menuruni tebing yang tebal dengan salji.

Musk oxen merupakan spesis haiwan yang gagah dan mampu hidup di suhu yang sejuk membeku ini. Gambar ini secara jelas memaparkan keunikan dan kekuatan haiwan ini.

7. A New Look

a new look

Jurugambar: Alison Langevad

Kategori: Wildlife (Tempat Ketiga)

Gambar ini dirakamkan pada lewat malam ketika 2 ekor badak sumbu berwarna putih tiba-tiba muncul untuk minum air di kawasan Rizab Zimanga Game. Kedua haiwan ini membelakangi antara satu sama lain untuk melihat keadaan sekeliling sebelum menundukkan kepala untuk minum.

Kedua haiwan ini telah dibuang tanduknya untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa pemburu haram. Kegiatan pemburuan badak sumbu secara haram ternyata mempunyai kesan emosi terhadap kedua haiwan ini.

8. Sunday Best at Weekend Studio

sunday best at weekend studio

Jurugambar: Mia Collis

Kategori: People (Tempat Pertama)

Gambar ini memaparkan David Muyochokera pada hari terakhir beliau bekerja sebagai jurugambar di Weekend Studio Nairobi, Kenya. David telah bekerja di sini selama 37 tahun tetapi studio ini terpaksa ditutup buat selama-lamanya.

Menurut David, kewujudan kamera pada telefon pintar menyebabkan khidmatnya kurang diperlukan. Beliau bercadang untuk bersara dan kembali ke kampung asalnya.

9. Roadside Motel

roadside motel

Jurugambar: Todd Kennedy

Kategori: People (Tempat Kedua)

Gambar ini diambil ketika Todd Kennedy (jurugambar) ini sedang bercuti dan dalam perjalanan dari Sydney ke Uluru. Gambar diambil ketika mereka menginap di motel yang terletak di sebuah bandar kecil, Nyngan.

Motel ini terletak di kawasan penanaman gandum dan pada ketika ini, suhu sangat panas dianggarkan sekitar 38 darjah selsius dan sangat berdebu. Gambar ini memaparkan anak perempuannya sedang mandi dan bermain di dalam kolam kecil berbentuk itik.

10. Love of Life

love of life

Jurugambar: Avishek Das

Kategori: People (Tempat Ketiga)

Seorang penganut Hindu sedang mencium bayinya ketika festival Charak Puja di Barat Bengal, India. Secara tradisinya, para penganut Hindu akan mencucuk diri mereka dan menggantungkannya pada tali.

Amalan pelik dan menyakitkan ini dikatakan sebagai pengorbanan seorang bapa untuk melindungi anak mereka apabila dewasa kelak.

Kredit:

  1. National Geographic



Hakcipta iluminasi.com (2017)