Untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari bukanlah senang. Ada segelintir daripada kita yang minum bergelas-gelas kopi dan bertin-tin minuman bertenaga seperti redbull untuk tidak letih sewaktu bekerja. Kesuntukan waktu juga menyebabkan ada segelintir yang mengambil pelbagai ubat dan jamu yang bukan-bukan yang kononnya mampu memberi kekuatan dan tenaga tambahan.

Seperti yang diajar sejak di bangku sekolah, rahsia untuk kekal sihat semuanya bermula daripada pemakanan. Sebab itulah dalam islam, kita diwajib untuk makan makanan yang suci, bersih dan halal.

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa minggu. Sekiranya azam tahun baru anda adalah untuk menjadi lebih sihat dan kuat, mungkin anda boleh mencuba dan berazam untuk mencuba amalan pemakanan dibawah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Makanan Superfood.

makanan super foods

Makanan superfood ialah makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh badan kita. Setiap makanan yang tergolong dalam keluarga superfood kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, antioxidant dan pelbagai lagi khasiat yang boleh memelihara badan kita.

Selain daripada itu, superfood juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti barah, menguatkan ketahanan badan daripada sakit ringan seperti demam, mampu memanjangkan umur dan memelihara ingatan daripada nyanyuk dan juga sesuai untuk mengurangkan berat badan.

Yang lebih menarik, superfood sebenarnya sangat murah dan dijual di merata-rata. Antara contoh superfood yang mesti kita pernah makan ialah tomato, telur, tauhu, pisang, betik dan oats. Anda boleh juga rujuk Google mengenai senarai makanan superfood yang wujud atas muka bumi ini.

Elakkan Fast food.

fast food fact

Semua orang tahu yang Fast food merupakan musuh utama bagi orang yang ingin menguruskan badan. Tetapi tahukah anda sebab-sebab lain yang menyebabkan fast food ini patut dielak sama sekali?

Bahan-bahan yang digunakan untuk masak fast food (dan juga makanan ringan) mempunyai kandungan karbohidrat, gula, lemak dan garam yang terlalu tinggi yang boleh merosakkan tubuh badan kita dalam jangka masa yang panjang.

Orang yang gemar makan fast food juga sebenarnya mempunyai risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit kronik yang berkaitan dengan sistem penghadaman, sistem pembiakan, sistem pernafasan dan juga jantung. Kulit mereka juga mudah untuk tumbuh jerawat dan mereka juga berisiko untuk menghadapi penyakit mental seperti kemurungan.

Tidak salah sekiranya sesekali anda ingin makan makanan segera ataupun makanan ringan, namun adalah lebih baik sekiranya kita elak sama sekali.

makanan segera makanan yang telah diprosed

Makan makanan local

fresh vegetables pasar tani mega taman melawati

Sumber gambar: Backpacking Malaysia

Makanan local yang dimaksudkan disini ialah makanan yang ditanam dan diternak di Malaysia. Tahukah anda bahawa sayur-sayuran yang kita beli di pasar raya besar sesetengah diimport daripada luar negara?

Tidak salah untuk makan sawi yang diimport dari Indonesia misalnya, namun makanan yang diimport kebiasaannya kurang segar dan mencermarkan alam sekitar.

Sebagai contoh, untuk mengimport sawi segar daripada Indonesia, sawi tersebut perlu segera dipetik dan dibawa ke lapangan terbang. Penerbangan sawi daripada Indonesia ke Malaysia juga berbeza dengan penerbangan yang lain. Suhu dan pelbagai lagi faktor perlu diambil kira sepanjang penerbangan. Setiap proses untuk mengimport sawi daripada ladang ke lapangan terbang di Indonesia, penerbangan, lapangan terbang di Malaysia dan akhir sekali di pasar raya tidak menjamin kesegaran dan khasiat yang dimiliki oleh sawi import. Selain daripada itu, proses mengimport sayur ini juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Jadi, untuk mengurangkan pencemaran dan untuk sihat, anda digalakkan untuk beli sayur-sayuran ataupun daging tempatan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayuran-sayuran mengikut musim.

Jadi vegetarian beberapa kali dalam seminggu.

vegetarian

Sumber gambar: thebonelesschicken.com

Rasa seperti mustahil untuk jadi vegetarian dua kali dalam seminggu. Macam mana hendak hidup tanpa sumber protein seperti ayam dan daging?

Sebenarnya, menukar diet pemakanan kita kepada sayur semata-mata beberapa kali dalam seminggu sangat mudah dan bagus untuk kesihatan dan alam sekitar. Sumber protein boleh digantikan dengan kekacang, tauhu ataupun tempe, dan anda hanya perlu makan sayur sedikit lebih daripada kebiasaan.

Lagi bagus sekiranya sayur-sayuran yang anda makan sepanjang jadi vegetarian itu merupakan superfood. Bayangkan betapa banyaknya khasiat tambahan yang anda boleh dapat sekiranya anda jadi vegetarian selama 2 kali seminggu.

Elakkan makanan yang telah diproses.

processed food tak bagus untuk kesihatan

Makanan yang telah diproses seperti sosej misalnya mempunyai kandungan daging yang sangat sedikit. Mengikut kajian, kandungan daging dalam sosej kurang daripada 50 peratus. Jadi, bahan apakah yang selebihnya?

Bahan-bahan yang selebihnya merupakan bahagian daging yang telah tak boleh dijual seperti lemak, tulang lembut dan sebagainya. Tidak lupa juga bahan perasa dan bahan pengawet. Ini baru contoh sosej. Cuba bayangkan pula makanan yang telah diproses yang lain seperti yogurt berperisa, bijirin sarapan pagi dan lain-lain.

Bukankah lebih baik sekiranya kita dan keluarga kita makan daging lembu daripada sosej daging yang mengandungi pelbagai bahan yang kita sendiri tahu berbahaya kepada tubuh kita dalam jangka masa yang panjang?

Sebab utama kita makan adalah untuk hidup dan kekal sihat. Jadi, sekiranya amalan pemakanan kita amalkan hari ini hanya menyebabkan badan kita letih, sakit dan tidak bertenaga, bukankah sudah tiba masanya untuk kita beralih angin. Apakah azam tahun 2018 anda?

Sumber:

  1. Healthline
  2. Ecowatch
  3. Eatingwell



Hakcipta iluminasi.com (2017)