kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 1

Pada tahun 1980, ketika Robert Shafran berusia 19 tahun, beliau mendaftar masuk ke Sullivan County Community College di New York. Pada hari pertamanya, beliau berasakan sesuatu yang sangat pelik.

Robert berasa pelik akan tindakan pelajar-pelajar di situ seolah-olah mengenalinya, padahal beliau baru sehari mendaftar. Ada yang menepuk belakangnya, ada yang memeluk dan menciumnya.

Dan apa yang lebih pelik, semua orang memanggilnya dengan nama "Eddy". Ia sehinggalah muncul seorang pelajar bernama Michael Domnitz menyelesaikan misteri tersebut.

Michael merupakan rakan karib Eddy Galland yang baru sahaja berpindah ke kolej lain. Ketika Michael bertemu dengan Robert, beliau serta-merta mengetahui bahawa Robert adalah kembar kepada Eddy.

Tanpa berlengah Michael bertanyakan kepada Robert adakah beliau merupakan seorang anak angkat. Dan jika ia benar, adakah tarikh lahir Robert adalah 12 Julai 1961?

Kedua-dua soalan tersebut dijawab dengan jawapan "Ya" yang memberikan keputusan tepat, iaitu Robert Shafran dan Eddy Galland adalah kembar seiras.

Pertemuan pertama Robert dan Eddy

robert dan eddy ketika pertama kali bertemu selepas 19 tahun 830

Mengetahui cerita itu, Robert terus menghubungi Eddy dan satu pertemuan diatur. Ketika berjumpa, persamaan antara kedua-dua pasangan kembar ini sangatlah serupa. Bukan wajah mereka sahaja yang sama, tetapi juga perkara lain seperti cara ketawa dan juga IQ mereka.

Cerita ini kemudiannya mendapat liputan pihak media dan terpapar di muka depan surat khabar.

Dan ketika berita tersebut tersebar, seorang lagi pelajar di kolej di New York, David Kellman, terlihat kedua-dua wajah di akhbar tersebut. Wajah-wajah tersebut membuatkan David tersentak dan terkejut, kerana serupa dengan wajahnya.

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 7

David kemudiannya mencari cara untuk menghubungi kembar-kembar tersebut. Setelah berjaya, David menelefon Robert dan Eddy, dan berkata "Pasti kau tak akan percaya apa yang aku nak cerita...".

Rupa-rupanya ketiga-tiga jejaka ini adalah kembar seiras, yang terpisah dan diasingkan sejak lahir. Mereka mula menyedari mempunyai persamaan. Ketiga-tiga mereka menyukai makanan Itali walaupun dibesarkan dalam keluarga Yahudi.

Mereka menghisap rokok jenama yang sama dan tertarik dengan wanita lebih berusia daripada mereka.

Dipisahkan sejak lahir untuk tujuan kajian

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 853

Dalam kegembiraan bertemu semula selepas 19 tahun, apa yang tidak diketahui adalah mereka sebenarnya merupakan subjek kepada sebuah kajian jangka masa panjang.

Tujuan kajian tersebut adalah mendapatkan jawapan kepada "nature vs nurture", iaitu melihatkan perbezaan antara sifat semulajadi dan dengan cara dibesarkan.

Ketika dilahirkan, ketiga-tiga bayi ini diberikan kepada 3 pasangan ibu bapa, yang mana tidak tahu bahawa anak yang dijadikan anak angkat itu mempunyai adik-beradik kembar.

Dan tiada satu pasangan ibu bapa ini pun ditanyakan jika mahu mengambil lebih daripada satu anak angkat.

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 3 122

Ibu bapa David Kellman diberitahu bahawa anak mereka merupakan sebahagian daripada kajian pembangunan kanak-kanak, namun tidak diberitahu tujuan sebenarnya.

Tiada di antara pasangan ini diberitahu bahawa anak-anak mereka mempunyai pasangan kembar yang tinggal di bandar yang sama.

Ketiga-tiga beradik ini dan keluarga mereka dijadikan bahan uji kaji sepanjang zaman kanak-kanak mereka. Ahli psikologi ditugaskan untuk melawat mereka, menguji dan juga rakaman video diambil.

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 5

Ia dilakukan setiap beberapa bulan sehinggalah mereka berusia 12 atau 13.

Tinggal dan hidup bersama

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 6

Setelah bertemu semula, mereka seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Mereka tinggal bersama dan belajar di kolej dan kursus yang sama. Tak cukup dengan itu, ketiga-tiganya bekerja di restoran yang sama.

Mula berpecah dan kematian

Ketika di usia pertengahan 20-an, Eddy, Robert dan David membuka restoran sendiri yang diberi nama Triplets. Restoran itu sangat berjaya namun disebabkan tekanan kerja, mereka mula bergaduh.

kembar 3 yang dipisahkan sejak kecil untuk tujuan kajian eddy david dan robert 4 152

Ia membuatkan Robert berhenti daripada bekerjasama dan menjadi seorang peguam. Setelah 15 tahun ditemukan semula, ketiga-tiga kembar ini berpecah dan kali ini buat selamanya.

Eddy Galland telah mengambil nyawanya sendiri di rumahnya, meninggalkan seorang isteri dan anak kecil.

david dan robert ketika dewasa

Pada tahun 1997, Robert Shafran dan David Kellman bercakap mengenai kesedihan yang mereka rasai kerana dipisahkan untuk tempoh yang sangat lama. David meluahkan rasa sedih dengan berkata 20 tahun mereka dirompak.

Bagaimana anda boleh lakukan perkara ini kepada kanak-kanak yang tak bersalah, dipisahkan sejak kecil? - Robert Shafran

Namun, Dr Peter Neubauer, ahli analisa jiwa yang menyelia kajian ini mempertahankan kajian mereka. Beliau berkata pasangan kembar tersebut akan dipisahkan juga kerana ia merupakan polisi agensi anak angkat ketika itu iaitu Louise Wise Services.

"Apabila kami mengetahui mengenai polisi itu, kami membuat keputusan untuk menjalankan kajian yang luar biasa," - Dr Peter.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui sebahagian besar daripada kajian tersebut tidak diterbitkan.

David Kellman sekali lagi meluahkan perasaan kesalnya dengan berkata :"

"Mereka merujuk kami sebagai peserta. Kami bukan peserta, kami adalah mangsa,".

Kisah menarik dan menyedihkan ini didokumentarikan dalam "Three Identical Strangers".

Kalau terjadi kepada anda, apa anda akan rasa? Apa anda akan lakukan?

Rujukan :

1. Mamamia

2. News

3. Washington Post


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)