awie dedah punca terlantar di hospital

Sumber foto asal: Instagram.com/awieofficial & Yusof Mat Isa / Malay Mail Online

Penyanyi rock, Datuk Awie kini dilaporkan berada di sebuah hospital swasta bagi menjalani rawatan untuk sakit tulang di bahagian tangannya.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Ahmad Azhar Othman yang berusia 48 tahun itu sudah berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat.

Saya sudah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu. Tidak ada apa, hanya betulkan bahagian tulang di tangan.

Jika tiada apa mungkin petang ini akan keluar.

Mengulas lanjut berhubung keadaan kesihatannya, Awie memohon supaya para peminat tidak bimbang akan perkara tersebut.

Tidak ada apa, semuanya sudah okay. Tidak ada apa yang membimbangkan.

Menerusi sebuah foto yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram @botakpm_zaidimatzin, Awie kelihatan terbaring di atas katil sambil ditemani isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin serta dua orang kawan.

awie dedah punca terlantar di hospital 1

Sumber berita: Utusan Online


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)