Oleh pada 11 May 2017 kategori

didakwa menagih simpati ini jawapan panas awie 1

Kredit foto: The Star

Kebelakangan ini, penyanyi rock Awie dilihat sering melaksanakan kerja-kerja amal dan kemanusiaan untuk membela nasib artis-artis veteran negara.

Namun ada pula sesetengah pihak yang melihat usaha Awie itu sebagai sengaja untuk meraih simpati ramai.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan, Awie tampil memberikan penjelasan.

didakwa menagih simpati ini jawapan panas awie 2

Kredit foto: Instagram Awie

Mujur saya seorang yang sangat positif. Saya tak peduli apa yang orang nak cakap. Yang saya tahu kerja-kerja kemanusiaan ini saya lakukan kerana mahu mengembalikan nilai, maruah dan kedudukan anak-anak seni yang suatu masa ketika golongan ini masyhur, mereka dipuja, diangkat dan disayangi tetapi apabila sudah sampai usia senja, mereka diabaikan, dipinggirkan dan nasib mereka saling tidak ubah seperti pampers (lampin pakai buang). Jangan jadikan artis seperti pampers kerana artis bukan pampers.

Sumber: Utusan Online

Tambah Awie lagi, dia tidak segan untuk mengetuk pintu pejabat pihak berkepentingan demi mendapatkan kerjasama dalam projek amal yang dilaksanakannya.

didakwa menagih simpati ini jawapan panas awie 3

Kredit foto: Instagram Awie


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)