Oleh pada 31 Dec 2017 kategori
isu pakai baju undi bn cari penyakit ini penjelasan awie

Penyanyi, Datuk Awie memberitahu dia sedia maklum dengan penyebaran gambar beliau yang memakai baju bertulis ‘Undi BN Cari Penyakit'.

Awie bagaimanapun menafikan dia mengenakan baju seperti yang kelihatan dalam gambar. 

Beliau berkata, ia adalah hasil suntingan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

“Ya, itu gambar edit,” katanya kepada portal Sinar Harian.

Awie mengulas tentang foto beliau mengenakan baju berwarna biru dengan tulisan yang mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Wings ini enggan menjawab pertanyaan sama ada dia telah membuat laporan polis atau SKMM.

Dipercayai, Awie bakal menyelesaikan isu itu menggunakan khidmat nasihat peguam.

Sumber berita & Kredit foto: Sinar Harian

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)