Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Gamat sorakan penonton di Baik Punya Concert 4D apabila penyanyi Datuk Awie mengatakan sahabat baiknya, aktor Datuk Hans Isaac sepatutnya menjadikan Erra Fazira sebagai isteri.

Awie mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab soalan diajukan Datuk Afdlin Shauki dalam sebuah segmen konsert.

saya rasa hans patut berkahwin dengan erra awie 2

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

"Dalam ramai bekas teman wanita yang pernah menjalin hubungan dengannya, saya rasa dia patut berkahwin dengan Erra," kata Awie secara selamba sewaktu konsert pembukaan pada Khamis.

Terbabit sama dalam acara yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu, adalah penyanyi dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

Terdahulu, pelakon filem Buli itu pernah digosipkan berhubungan cinta dengan Erra namun jodoh mereka dilaporkan tidak kesampaian.

Selain itu, sepanjang berlangsungnya konsert terbabit, Hans menjadi bahan jenaka tiga rakannya kerana masih terikat dengan status bujang.

Antara lain, Baik Punya Concert 4D menyaksikan persembahan nyanyian termasuk naratif perjalanan hidup empat sahabat baik ini dalam penyampaian menerusi sketsa pendek.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)