awie akui dia nampak saja garang tapi

Kredit foto: BH Online

Vokalis kumpulan rock Wings, Awie, 49, mendedahkan dirinya digeruni artis muda hanya kerana mempunyai raut wajah yang garang.

Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman bagaimanapun menjelaskan, situasi bertukar sebaliknya apabila mereka mula berbual bersama.

"Ramai juga yang memberitahu bahawa mereka takut untuk menegur saya kerana raut wajah saya nampak garang dan tegas.

"Namun apabila sudah berbual dan kenal baru mereka tahu bahawa saya merupakan seorang yang kelakar serta tidak seperti yang mereka jangkakan," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Awie membuat kenyataan tersebut di sesi penggambaran Hantu Kak Limah yang berlangsung di Taiping, baru-baru ini.

awie akui dia nampak saja garang tapi 2

Kredit foto: Instagram Infinitus Films MY

Selepas tujuh tahun, filem itu bakal kembali menggegarkan pawagam, hasil usahasama Infinitus Productions dan Astro Shaw.

Hantu Kak Limah versi kali ini turut dibintangi pelakon Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Menyambung cerita, Awie berkata, dia mengambil inisiatif mendekati sendiri penyanyi muda yang segan dengannya itu.

Penyanyi lagenda yang kembali meledak dengan lagu Ingatkan Dia, ini menegaskan dirinya yang sebenar adalah berbeza sama sekali dengan raut wajah yang terlihat di luar.

"Jadi disebabkan itu saya mengambil langkah untuk mula menegur mereka dahulu kerana saya faham mungkin ada yang malu dan takut nak tegur.

"Jangan risau untuk menegur saya kerana muka sahaja nampak garang tetapi dalam hati ini sebenarnya ada taman," katanya.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)