ropie benar benar menguji saya awie bongkar kisah ropie buat hal

Kredit foto: themoviedb.org & Beautifulnara

Vokalis kumpulan Wings, Awie mendedahkan pelakon Ropie menjadi halangan terbesar buatnya untuk menjayakan penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Bukan sahaja terhibur dengan telatah lucu pelakon itu, malah riak wajahnya sahaja boleh membuatkan Awie ketawa.

"Ropie benar-benar menguji saya dalam filem Hantu Kak Limah pada kali ini kerana dia tidak habis melakukan jenaka ketika sedang melakonkan babak yang serius.

"Setiap kali nak masuk babak saya bersama dia, pasti saya tidak dapat nak tahan gelak kerana raut wajahnya.

"Walaupun dia hanya berdiri tegak dengan keadaan muka yang serius, itupun dah buat saya sakit perut nak tergelak," kata Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49.

Selebihnya, kata pelantun lagu Ingatkan Dia ini, dia menganggap pelawak itu seorang yang begitu berbakat besar.

"Memang sengsara berlakon dengan dia dan saya memang kagum dengan bakat lawak semulajadi yang ada pada Ropie," tambahnya.

Awie membuat kenyataan tersebut di sesi penggambaran filem Hantu Kak Limah yang berlangsung di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun, filem itu bakal kembali menemui penonton, hasil kerjasama Infinitus Productions dan Astro Shaw.

Hantu Kak Limah versi terbaru ini turut dijayakan pelakon Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)