awie ingin bina muzium

Kredit foto: Mstar

Awie dalam kenyataan terkininya mendedahkan hasrat untuk membina sebuah muzium khas bagi menghargai penggiat seni tanah air. 

Menurut Awie, idea tersebut timbul selepas mengenangkan ramai penggiat seni yang telah pergi dan banyak berjasa, namun tiada tempat yang memberikan rujukan sejarah dan kenangan mereka semasa hayat. 

Perancangan untuk mewujudkan muzium khas ini adalah bagi memberi informasi mengenai penggiat seni tempatan. Ramai seniman dan seniwati negara yang sudah meninggal dunia, namun tiada penghargaan buat mereka. Muzium seni ini bukan saja menjadi tanda penghargaan, malah untuk memartabatkan lagi artis tempatan. Pusat informasi itu nanti turut berperanan sebagai tempat rujukan bagi mendalami dunia seni. Kalau dilihat di negara luar, muzium atau tempat khas untuk menghargai selebriti mereka banyak disediakan. Justeru, Malaysia seharusnya tampil dengan idea sama sebagai rujukan untuk masa hadapan.

Sumber: BH Online 
Tambah Awie lagi, meskipun muzium itu mungkin tidak dapat menyediakan info sepenuhnya, namun beliau masih berasa puas asalkan dapat memartabatkan jasa-jasa penggiat seni negara ke mata umum. 

Dalam perkembangan lain, Awie bakal muncul dalam sebuah konsert berdurasi dua jam di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April ini. Konsert yang diberi nama 'Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama' itu bakal menampilkan beberapa nama besar sebagai artis jemputan. 

Beliau mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada pencinta muzik tempatan untuk sama-sama hadir memeriahkan konsert. 
Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan ketika ini, kami memerlukan sokongan daripada penggemar muzik untuk sama-sama datang memeriahkan persembahan. Selain berhibur, peminat juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Sumber: BH Online 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)