Tomboy atau tomboi, menggambarkan imej seorang gadis yang berpenampilan dan berperwatakan seperti seorang lelaki. Istilah ini digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Ketika istilah "tomboy" pertama kali muncul, iaitu pada pertengahan abad ke-16, ia sebenarnya merupakan nama bagi seorang kanak-kanak lelaki yang kasar dan anak-anak lelaki yang biadab dan kasar.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, pada tahun 1590-an, perkataan itu telah berubah ke arah penggunaan feminin yang digunakan pada hari ini bagi menggambarkan seorang gadis liar dan kasar, yang berkelakuan seperti seorang lelaki.
Dan sudah tentunya ramai kanak-kanak perempuan yang mempamerkan kedua-dua ciri-ciri gadis dan tomboy, dan bayangan di antara kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, tomboy adalah kumpulan yang diabaikan tentang bagaimana masyarakat Amerika memahami jantina, bangsa, kelas, dan seksualiti.
Dan apabila pandangan terhadap semua kategori ini berubah dan berkembang, maka kesesuaian pelabelan "tomboy" tidak lagi relevan.
Tomboy dan pergerakan pembebasan wanita di Amerika Syarikat
Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, tomboy digunakan di merata tempat, diikuti dengan kedua-dua hak mengundi bagi wanita dan gelombang feminisme wanita yang pertama di dunia.
Tetapi populariti tomboy adalah terhad kepada demografi tertentu, iaitu wanita berkulit putih kelas pertengahan dan kelas atasan.
Tomboyisme semakin meluas di Amerika Syarikat pada pertengahan hingga akhir tahun 1800-an.
Dalam buku Tomboys: Sejarah Sastera dan Budaya, yang ditulis oleh Michelle Ann Abate, dia menjelaskan bahawa tomboy adalah kiasan sastera yang meluas ketika zaman itu.
(Michelle Ann Abate)
Ketika tahun 1840-an dan 50-an, apabila penghapusan perhambaan bermula di United Kingdom diikuti oleh Amerika Syarikat pada tahun 1860-an, golongan elit sosial menjadi prihatin terhadap kesihatan fizikal wanita kulit putih akibat pakaian yang ketat dan kekurangan senaman.
Di tengah-tengah ketakutan bahawa orang kulit putih akan menjadi minoriti apabila lebih ramai pendatang tiba dan penghapusan yang menghampiri, wanita kulit putih digalakkan untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif.
Dan "tomboy" telah menjadi penawar yang sempurna untuk "penyakit" wanita kulit putih ini.
Secara teori, mereka beranggapan adalah lebih baik mempersiapkan wanita muda kulit putih "terhadap tuntutan fizikal dan psikologi untuk perkahwinan dan keibuan", seperti yang ditulis Michelle Ann, dan bagi memastikan bahawa bangsa kulit putih tidak akan pupus.
Kemudian, tomboi muncul di mana-mana dalam budaya popular pada tahun-tahun yang akan datang. Dalam sesetengah kes, ia mengesahkan semula idea-idea supremasi kulit putih.
(Novel The Hidden Hand)
Michelle Ann memetik Capitola, watak utama tomboy dalam novel The Hidden Hand karya E.D. E. N. Southworth pada tahun 1859, sebagai contoh.
Dalam novel itu, Capitola, yang berkulit putih, memotong rambut dan berpakaian seperti seorang lelaki untuk melepaskan diri dari kemiskinan yang mengerikan.
Kehidupannya menjadi lebih mudah selepas berubah, tetapi Capitola terus melayan orang kulit hitam dengan teruk sebagaimana dia berpenampilan seperti seorang wanita satu ketika dahulu.
Michelle Ann menggambarkan adegan di mana Capitola mengancam untuk memukul hamba bapa saudaranya jika mereka tidak mengikut arahannya dan sering menghina rakannya yang berkulit hitam, secara tak sengaja menunjukkan tomboyisma adalah gaya hidup yang akan memberi manfaat kepada wanita kulit putih dan orang kulit hitam terpaksa menanggung segala keperitan akibatnya.
Kebangkitan tomboy bertepatan dengan gelombang pertama feminisme, di mana wanita berjuang menentang pendirian patriarka untuk hak mengundi (bagi orang kulit putih).
Tetapi daripada membebaskan wanita dari batas-batas peranan jantina tradisional, tomboi asli dilihatkan lebih kepada satu peranan yang dibina untuk memantapkan semangat ibu-ibu masa depan untuk keturunan kulit putih.
Idea Tomboy dimanfaatkan industri pengiklanan
Ketika pelbagai watak fiksyen tomboy terus mendapat tempat dalam kesusasteraan dan Hollywood, syarikat-syarikat menerapkan tomboy untuk tujuan pengiklanan.
Trend ini menjadi sangat ketara semasa pergerakan pembebasan wanita pada tahun 1970-an, ketika perbatasan jantina datang secara langsung di bawah perhatian politik nasional.
Dengan tujuan untuk menjual produk dengan menggunakan imej tomboy yang bebas, para pengiklan menggambarkan gadis-gadis dan wanita muda yang berpegang teguh pada stereotaip tomboy.
Iklan 1970-an bagi produk tuala wanita Stayfree menunjukkan wanita berambut perang muda yang memakai kasut hiking, seluar pendek khaki dan berkemeja mendaki sebuah bukit sementara seorang lelaki, yang wajahnya beberapa inci dari celah kangkang wanita tersebut, tersenyum di belakangnya.
Ia disusuli dengan dialog: "Hari pertama saya dengan tuala wanita Stayfree. ... Mereka adalah bagaimana wanita aktif kekal aktif."
Pada tahun 1981, iklan LEGO menggambarkan seorang gadis muda dengan berseluar jeans, kasut tenis, dan kemeja-T, memegang ciptaan LEGO, dan berkata "Apa itu cantik".
Iklan Stayfree menjanjikan wanita bahawa mereka boleh melakukan perkara yang dilakukan oleh lelaki walaupun dalam dalam tempoh haid. Iklan LEGO pula menyampaikan mesej bahawa seorang gadis masih boleh kelihatan "cantik" walaupun dia bermain dengan blok bangunan dan bukannya anak patung bayi.
Kedua-dua iklan itu menyokong pergerakan pembebasan wanita, tetapi, seperti yang sering dilakukan iklan, ia kelihatan kosong dan terlalu menyimpang.
Walau bagaimanapun, iklan-iklan ini mendedahkan kerumitan jantina iaitu ia bukan sesuatu yang boleh dibungkus dengan kemas, seperti produk kebersihan atau mainan.
Sebagai simbol, tomboy menawarkan sejarah dahulu untuk perjuangan hari ini bagi perwakilan jantina merentasi spektrum jantina.
(Genderqueer)
Genderqueer (golongan yang mengisytiharkan tak berjantina, atau gabungan kedua-dua jantina) dan transgender yang berpenampilan sebagai maskulin, feminin, atau di tengah-tengah, berjuang untuk mengelakkan diri daripada dilabel sebagai lelaki atau wanita, seperti yang ditetapkan.
Walaupun jantina tomboy biasanya dilihat sebagai wanita secara umum, terdapat kemungkinan bahawa sebahagian daripada lesbian memilih untuk mengenal pasti diri mereka sebagai trans atau genderqueer dan bukan melihat diri mereka sebagai tomboi.
Perbezaan kedua-duanya sudah tentulah tomboy merupakan gaya hidup dan penampilan yang sering terhad kepada zaman kanak-kanak dan remaja, manakala jantina adalah identiti yang tidak terjejas terhadap usia dan minat tertentu.
Adalah tidak bertanggungjawab untuk mengalihkan jantina kepada tomboy, tetapi ia patut diakui bahawa mungkin ada persoalan yang lebih mendalam tentang identiti yang memainkan peranan bagi tomboy, berbanding apa yang dibawa oleh istilah ini.
Hari ini, peningkatan golongan genderqueer dan transgender, merumitkan lagi istilah tomboy. Ada yang merasakan bahawa istilah "tomboy" tidak lagi berguna, memandangkan gadis dan wanita secara progresif lebih bebas untuk meneroka ekspresi jantina mereka menjangkaui kewanitaan tradisional.