Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, kerana mempunyai kemudahan hub penerbangan bertaraf dunia. Sebelum kemunculan KLIA, Lapangan Terbang Subang menjadi tumpuan keluar masuk pelancong dari dalam dan luar negara. Kini, lapangan terbang ini tidak lagi sesibuk dulu. Tahukah anda, terdapat banyak lapangan terbang di dunia ini yang terus ditinggalkan tanpa operasi, dan ianya mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ciudad Real Central Airport di Ciudad Real, Sepanyol

ciudad real central airport di ciudad real sepanyol

Lapangan Terbang Pusat Ciudad Real menelan belanja sebanyak $USD1.2 bilion untuk dibina. Dibuka pada tahun 2008, syarikat pengendali lapangan terbang tersebut telah mengalami masalah kewangan dan akhirnya bankrap pada tahun 2012. Menurut laporan BBC, lapangan terbang ini telah dijual dalam sebuah lelongan muflis pada tahun 2015 pada kadar 100,000 kali lebih murah berbanding kos pembinaannya.

2. Gaza International Airport di Rafah, Gaza Strip, Palestin

gaza international airport di rafah gaza strip palestin

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton pernah menaiki pesawat penerbangan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza ketika pembukaannya, dan peristiwa ini dilihat sebagai salah satu langkah ke arah menangani konflik di Timur Tengah. Namun, segalanya hanyalah sementara apabila tentera Israel telah mengebom lapangan terbang berkenaan pada tahun 2001 sebagai tindak balas kepada serangan militan Palesin terhadap Israel ketika intifada ke-2 di Al-Aqsa. 

3. Galeville Military Airport di Shawangunk, New York, AS

galeville military airport di shawangunk new york as

Operasi Lapangan Terbang Tentera Galveille telah diberhentikan pada tahun 1994 apabila Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi kawasan berkenaan. Kawasan tersebut kini menjadi sebahagian daripada Shawangunk Grasslands National Wildlife Refuge. Lapangan tersebut telah dibina pada tahun 1940an, namun kini landasannya dipenuhi dengan puncuk rumput dan ditandakan dengan 'X' bagi menunjukkan bahawa ianya tidak lagi digunakan. 

4. Jaisalmer Airport di Rajasthan, India

jaisalmer airport di rajasthan india

Menurut laporan Reuters, Jaisalmer adalah salah sebuah daripada 200 buah lapangan terbang yang dibina oleh kerajaan India sebelumnya bagi menggalakkan pelancongan dan aliran kewangan di kawasan terpencil di negara tersebut. Tiada seorang penumpang mahupun sebuah kapal terbang pernah melalui Lapangan Terbang Jaisalmer, yang menelan belanja sebanyak $USD17 juta untuk dibina, dan sepatutnya dibuka pada tahun 2013. Sebabnya? Syarikat penerbangan tidak dapat bersaing dengan pusat penerbangan lain di kawasan berkenaan. 

5. Tempelhof Airport di Berlin, Jerman

tempelhof airport di berlin jerman

Lapangan Terbang Tempelhof telah dibina oleh Nazi antara tahun 1936 dan 1941, dan digunakan untuk membina kapal terbang perang dan senjata. Infrastruktur lapangan terbang tidak terjejas ketika Perang Dunia Ke-2 kerana Kuasa Bersekutu mahu menggunakan fasiliti tersebut selepas tamatnya perang, sehingga tahun 1993, sebelum diserahkan semula kepada Berliner Flughafengesellschaft, sebuah pengendali lapangan terbang Jerman. Lapangan terbang ini mungkin tidak lagi aktif, namun ianya kerap kali digunakan sebagai set pengambaran bagi filem seperti The Hunger Games, The Bourne Supremacy dan Bridge of Spies.  

6. W. H. Bramble Airport di Montserrat, British Overseas Territory

w h bramble airport di montserrat british overseas territory

Lapangan Terbang W. H. Bramble dinamakan sempena Ketua Menteri Montserrat iaitu William Henry Bramble. Lapangan ini adalah satu-satunya kemudahan penerbangan untuk masuk dan keluar daripada pulau Carribean tersebut. Akibat daripada letusan gunung berapi pada tahun 1997, lapangan terbang berkenaan telah musnah dan tidak dapat digunakan lagi. Sebuah lapangan terbang baharu telah dibina pada tahun 2005 bagi menggantikan W. H. B. Airport. 

7. Hellenikon International Airport di Athens, Greece

hellenikon international airport di athens greece

Lapangan Terbang Antarabangsa Hellenikon yang dibina pada tahun 1938 pada mulanya adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai pangkalan tentera udara, sebelum dijadikan hub penerbangan komersial selama 60 tahun. Sejak tahun 2001, lapangan terbang ini telah diberhentikan operasinya untuk digantikan dengan sebuah lapangan terbang baharu, iaitu Athens International Airport. 

8. Nicosia International Airport di Nicosia, Cyprus

nicosia international airport di nicosia cyprus

Seperti Hellenikon, Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia juga pada mulanya dibina pada tahun 1930an sebagai pangkalan tentera udara. Lapangan terbang ini ditutup kerana telah menjadi medan peperangan ketika rampasan kuasa tentera oleh para nasionalis Greek. Pada tahun 1974, Nicosia telah dijadikan sebahagian daripada zon bebas perang. 

9. Manston Airport di Manston, England

manston airport di manston england

Lapangan Terbang Manston ditutup pada tahun 2014 apabila pemiliknya menjual fasiliti berkenaan kepada pemaju hartanah, dan beliau turut memperolehi 144 kontrak pembinaan bersamanya. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Kent County Council, lapangan terbang tersebut tidak menghasilkan keuntungan, malah pemiliknya terpaksa menanggung kerugian sebanyak $USD139 juta sepanjang 16 tahun beroperasi di bawah pemilikan persendirian. 

10. Kai Tak International Airport di Hong Kong, China

kai tak international airport di hong kong china

Lapangan Terbang Antarabangsa Kai Tak siap dibina pada tahun 1925, terletak di tengah-tengah antara kawasan pergunungan dan bangunan pencakar langit. Untuk mendarat di landasannya adalah sangat sukar, dan juruterbang menggelar Landasan 13/31 di Victoria Harbour sebagai 'Serangan Jantung Kai Tak'. Selepas banyak kejadian di mana kapal terbang gagal mendarat, dan isu kesesakan kapal terbang di landasan, lapangan terbang ini telah ditutup pada tahun 1998 dan digantikan dengan Hong Kong International Airport (Chep Lap Kok) yang terletak di Lantau Island. 

Rujukan:

  1. thisisinsider.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)