Planet yang kita tinggal mempunyai pelbagai jenis nama. Gelaran yang paling universal ketika ini adalah 'earth' namun kita memanggilnya sebagai 'bumi.'

Beberapa gelaran lain yang turut popular sebagai istilah yang mewakili bumi dalam bahasa lain adalah 'terra' seperti di beberapa negara Eropah dan Latin, 'ard' yang digunakan dalam bahasa Arab atau 'aarde' dalam bahasa Afrika serta banyak lagi istilah unik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda tertanya-tanya dari mana datangnya istilah ini?

Dari mana datangnya istilah 'Earth'?

planet bumi earth

Walau apa pun istilah yang digunakan, istilah yang selalu digunakan bagi merujuk kepada bumi selalunya akan berpunca daripada istilah yang merujuk kepada tanah.

Penggunaan perkataan 'earth' dikatakan sudah berusia ribuan tahun lamanya, diambil daripada perkataan Inggeris Kuno 'ertha' yang mewakili makna 'tanah.' Perkataan itu sebenarnya dicedok daripada istilah Jermanik, selepas berlakunya migrasi orang Jerman lama ke kawasan sekitar Britain sekarang.

Sebelum perkataan 'ertha' terbentuk, istilah asalnya adalah 'eorthe' atau 'eorde' dalam bahasa Jermanik, sebelum ejaannya diubah-ubah sehinggalah sampai kepada seni ejaan 'earth' yang ada sekarang.

Berbeza dengan nama-nama planet lain yang diambil berdasarkan nama Tuhan orang Greek, 'Earth' menjadi planet yang berkecuali namanya.

Kenapa orang barat menggelarkan bumi 'Mother Earth'?

tellus mater

Tentang isu ini, orang Islam perlu berhati-hati kerana wujudnya elemen kepercayaan agama dalam penggunaan istilah tersebut. Dalam kepercayaan orang Roman zaman dahulu, ada seorang dewi yang bernama Tellus atau Terra, dewi kepada bumi. Makna nama tersebut juga mewakili maksud 'bumi.'

Demi memperingati Dewi tersebut yang dikatakan menjaga bumi, orang Roman menamakan Dewi itu dengan gelaran Tellus Mater atau Terra Mater. Istilah 'mater' merupakan istilah dari bahasa Latin yang bermaksud 'ibu' atau 'mother'.

Ini bermakna, setiap kali mereka menyebutkan Mother Earth - ini sebenarnya datang daripada amalan masyarakat dulu memuja Dewi Tellus sebagai 'ibu dan dewi kepada bumi.'

Dari mana datang perkataan 'dunia'?

orang islam dunia

Selain bumi, kita juga kerap kali menggunakan perkataan dunia bagi merujuk bukan saja kepada bumi, bahkan seluruh kehidupan kita. Bagaimanapun, perkataan 'dunia' juga sudah difahami seakan-akan merujuk kepada bumi - seperti tajuk-tajuk artikel kami yang kerap kali menggunakan ayat seperti '5 ______ dalam dunia!"

Dari mana asalnya perkataan 'dunia'? Bunyinya seakan-akan berasal daripada perkataan Sanskrit kan? Bagaimanapun, perkataan dunia sebenarnya berasal daripada perkataan Arab. Siap disebutkan dalam al-Quran lagi!

'Dunia' sebenarnya melambangkan kehidupan orang Muslim sekarang ini, dengan banyak peringatan diberikan kepada orang Muslim untuk mengerti tujuan hidup di dunia dan juga kehidupan selepas mati di Akhirat. Disebutkan secara terang dalam surah al-A'raf ayat ke 156 dan surah Yusuf ayat ke 101 dengan sebutan 'dunya' - istilah Inggeris yang sama maknanya dengan 'dunia' adalah 'world.'

Perkataan 'world' pula datangnya daripada sumber yang sama untuk perkataan 'earth,' iaitu bahasa Jermanik lama. Perkataan asalnya adalah 'woruld' atau 'worold' yang bermakna kehidupan.

Akhir sekali, apa asal-usul perkataan 'bumi'?

bumi rata 9cs88

Istilah 'bumi' pula datangnya daripada elemen Hindu yang pernah bertapak di negara kita. Diambil daripada perkataan Sanskrit 'bhumi' yang membawa makna tanah.

Perkataan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam bahasa Sanskrit serta agama Hindu, kerana mampu mewakili banyak makna. Dalam kitab Purana milik orang Hindu, Bhumi adalah seorang dewi, anak kepada Brahma dan isteri kepada Maha Visnu. Nama gelarannya adalah 'Bhumi Devi.'

Sekiranya anda perasan, wujud dua format untuk kita menulis perkataan 'bumi' dengan betul. 'Bumi' dengan huruf B besar merujuk kepada planet Bumi sementara sekiranya perkataan 'bumi' digunakan tanpa membesarkan huruf pangkalnya, maksudnya pula merujuk kepada tanah atau tempat kita berpijak.

Seronok kan memahami asal-usul bahasa ni?




Hakcipta iluminasi.com (2017)