Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan seharian masyarakat kita adalah salah satu perkara yang sudah jadi normal.

Agak sukar kita nak menemui orang yang menggunakan istilah 'sarapan', 'makan tengahari' dan 'makan malam' ketika kita mengajak individu lain makan. Ayat "jom breakfast" atau "jom lunch" selalu diungkapkan, kerana tak dapat dinafikan ramai sudah biasa menggunakan bahasa campuran sebegitu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dah lama menggunakan istilah saduran sebegitu, tahukah anda makna dan sejarah di sebalik perkataan tersebut? Berikut adalah asal-usul perkataan tersebut yang kami kongsikan untuk anda hari ini.

1. Breakfast

sarapan pagi zaman dulu

'Breakfast' atau sarapan pagi merupakan waktu makan yang dikatakan paling penting dalam rutin seharian semua orang. Bagi kita di Malaysia, waktu sarapan kita kebiasaannya jauh lebih berat makanannya berbanding masyarakat-masyarakat lain di dunia, dengan ramai yang sarapan tak banyak bezanya seperti makan tengahari.

Kenapa sarapan digelarkan 'breakfast'?

'Breakfast' adalah gabungan dua frasa berbeza iaitu 'break' dan 'fast', menandakan waktu makan pagi atau sarapan merupakan 'penamat kepada tidak makan (fasting) sepanjang malam' semasa kita tidur. Sebelum istilah 'breakfast' digunakan, istilah 'undernmete' yang datang daripada bahasa Inggeris lama digunakan, membawa makna 'makan pagi' namun perubahan rutin serta jadual memerlukan istilah khas digunakan.

Kedua-dua perkataan 'break' dan 'fast' pula datang daripada perkataan Inggeris lama iaitu 'brecan' dan 'faestan.'

2. Lunch

wanita zaman dulu masak makan tengahari drama

Perkataan 'lunch' pula mewakili aktiviti makan tengahari yang kami rasa majoriti orang akan lakukan. Walaupun begitu sejarah perkataan 'lunch' ini sebenarnya mengalami pertukaran maksud. 'Lunch' mempunyai sejarah panjang dalam pelbagai variasi berbeza.

Apa yang jelas, perkataan 'lunch' adalah singkatan kepada perkataan 'luncheon' yang digunakan pada abad ke 16, bagi merujuk kepada hirisan daging atau roti yang besar. Ketika itu, untuk merujuk kepada makan tengahari pula, masyarakat Inggeris menggunakan perkataan 'nuncheon' yang diambil daripada perkataan Inggeris 'nonechenche'. 'Nonechenche' membawa makna 'makan ringan pada pertengahan waktu siang.

Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku, namun kedua-dua terma itu akhirnya seolah-olah digabungkan dan perkataan 'lunch' yang telah dipendekkan, mula digunakan secara meluas pada pertengahan abad ke 19 bagi mewakili makan tengahari. Pada awal pengenalan istilah lunch dengan makna baru, perkataan itu dianggap kurang sesuai serta tidak formal berbanding perkataan 'luncheon' - bagaimanapun lama-kelamaan mula diterima pakai sehingga jadi satu kebiasaan.

3. Dinner

makan malam kerabat asal usul dinner

Perkataan 'dinner' sebenarnya membawa makna yang sangat berbeza berbanding apa yang kita gunakan sekarang. Percaya tak?

Istilah 'dinner' datang daripada perkataan Perancis lama 'disner' yang membawa makna makan pagi. Jika nak lebih spesifik, aktiviti yang dimakan di antara jam 9 pagi hingga tengahari. Perkataan 'disner' diambil daripada perkataan 'desjunare' yang merujuk kepada aktiviti makan selepas tidak makan dalam tempoh yang lama.

Orang Perancis lama mengamalkan 'disner' pada jam 2 atau 3 tengahari, sebelum waktu 'disner' dianjakkan ke jam 4 atau 5, selepas pemerintah Perancis memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Paris pada Oktober 1789. Waktu 'disner' kemudiannya dianjakkan lagi satu jam lewat, sehingga budaya makan lebih lewat ini diikuti masyarakat-masyarakat lain.

Orang Inggeris mengambil perkataan tersebut, lalu menggabungkannya dengan perkataan mereka 'dine' - jadi lahirlah perkataan 'dinner' yang amat digemari kita sekarang. Jadi yang penting sekarang satu saja - siapa nak ajak penulis 'dinner'?




Hakcipta iluminasi.com (2017)