Perkataan 'left' dan 'right' boleh dikatakan digunakan setiap hari dalam hidup kita, termasuklah juga makna perkataan itu dalam bahasa Melayu iaitu kanan dan kiri.

Bagaimanapun, dari segi bahasa terdapat perbezaan besar di antara makna perkataan tersebut jika dibandingkan daripada makna Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - dengan Inggeris membawa makna yang lebih besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda terfikir mengapa perkataan 'left' dan 'right' digunakan untuk menunjukkan arah dan juga menunjukkan sesuatu yang betul (right) dan juga perbuatan meninggalkan (Left)? Jom kita baca dan fahamkan kenapa dua makna yang berbeza untuk satu perkataan itu sebenarnya berkait.

Asal-usul perkataan 'right'

protes minta hak

Berbeza dengan perkataan 'left', semua makna perkataan 'right' mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Ada tiga makna yang dibawa perkataan 'right' iaitu arah kanan, betul dan juga hak seseorang, kan? Ketiganya saling berkait yang bermula daripada perkataan 'riht.'

'Riht' adalah perkataan Inggeris Lama yang membawa makna 'lurus' dan budaya orang zaman dahulu sering mengaitkan sifat lurus sebagai sesuatu yang betul atau benar. Ini membawa kepada penggunaan 'riht' untuk menggambarkan seseorang yang melakukan sesuatu yang baik daripada segi moral dan faktanya.

Penggunaan perkataan 'riht' itu berkembang lagi. Selepas digunakan sebagai kata ganti untuk perbuatan baik, 'riht' mula digunakan untuk mewakili sesuatu yang sepatutnya betul untuk dilakukan seseorang. Hak seseorang mula dilabelkan sebagai 'riht' atau 'rights', melambangkan tuntutan seseorang ke atas sesuatu yang sudah jelas miliknya.

Ekoran penggunaan 'right' bagi melambangkan sesuatu yang betul atau lurus pada mulanya, kepercayaan itu mula bercampur aduk dengan budaya yang mereka amalkan ketika itu. Sekarang kita lihat mengapa 'right' digunakan sebagai arah pula.

'Right' sebagai penunjuk arah

tunjuk ke arah kanan

Sejak mula perkataan 'right' lebih dikaitkan dengan sesuatu yang lurus daripada segi moral dan etikanya. Perkataan ini kemudiannya diasimilikasikan dalam kepercayaan mereka pada zaman tersebut.

Satu masa dulu, memang wujud tanggapan bahawa individu yang dominan tangan kanan adalah benar dan baik, sementara individu dominan tangan kiri atau kita gelarkan kidal - tidak betul malahan juga dianggap jahat.

Oleh sebab kepercayaan itu, masyarakat Inggeris zaman dulu mula melabelkan tangan kanan sebagai 'right hand', bukan kerana kedudukannya tetapi kerana hujah moral yang ada dalam kepercayaan mereka, kerana mereka percaya ada sesuatu yang tak betul dengan individu kidal.

Bagaimana pula dengan perkataan 'left'?

kanan dan kiri asal usul

Perkataan 'left' pula datang daripada pelbagai sumber. Salah satunya adalah perkataan 'lyft', yang membawa makna 'lemah' atau 'tidak dominan' kebiasaannya dilabelkan pada tangan kiri kita yang kurang digunakan berbanding tangan kanan; ini menjadi lawan kepada 'right hand.'

Bagaimanapun, 'left' turut sama membawa makna meninggalkan atau tertinggal sesuatu, bukan? Asal-usul makna tersebut pula berbeza sumbernya. 'Left' yang merujuk kepada perbuatan meninggalkan ini datang daripada perkataan 'laefan' - yang membawa maksud meninggalkan.

Selepas penggunaan istilah 'right hand' dan 'left hand' semakin meluas diamalkan, orang ramai mula merujuk perbuatan membelok atau berpusing ke satu arah tertentu berdasarkan kedudukan tangan mereka.

Sekiranya seseorang bertanyakan arah, dia akan diberitahu untuk berpusing mengikut kedudukan tangannya sama ada 'right hand' atau 'left hand' bagi memudahkan navigasi individu tersebut. Lama-kelamaan, orang ramai mula biasa hanya menyebut 'right' and 'left' sebagai penunjuk arah dan perkataan itu juga turut mengekalkan makna-makna asalnya sehingga kini - dan masih digunakan di seluruh dunia sebagai panduan kita semua.

Rujukan

Etymology Online

The Philipendium




Hakcipta iluminasi.com (2017)