asal usul istilah komputer

Ramai di antara kita yang hanya menggunakan komputer dan internet tanpa mengambil tahu makna dan asal-usul istilah yang digunakan di dalamnya.

Salah satu sebabnya adalah ia tidak begitu penting, namun tak salah jika kita mengetahui serba sedikit tentangnya. Antara perkataan-perkataan yang paling biasa dijumpai di dalam dunia komputer termasuklah Spam, Virus, Ping dan banyak lagi.

iluminasi.com kongsikan 7 asal-usul istilah komputer yang paling popular.

7. Bug

bug

Ini mungkin perkataan yang paling terkenal kerana kisahnya yang menarik.

Ketika Grace Hopper, perintis pengaturcaraan komputer, sedang bekerja menghasilkan komputer Harvard Mark II, dia telah mengesan penyebab kerosakan di dalam komputer adalah kupu-kupu sebenar yang terperangkap dalam relay.

Kupu-kupu yang ditemuinya itu masih boleh dilihat di Muzium Smithsonian. Namun, ini bukanlah kali pertama perkataan "bug" digunakan untuk menggambarkan sistem yang tidak berfungsi.

Sebagai contoh, Thomas Edison menggunakan perkataan ini di dalam buku teksnya. Tetapi disebabkan Grace  Hopper membawa perkataan itu ke dalam dunia komputer seperti yang kita ketahui hari ini, kredit diberikan kepadanya.

6. Bit

bit

"Bit" adalah blok binaan asas dalam pengkomputeran. Apabila membangunkan bahasa komputer terawal, binari muncul sebagai bahasa yang paling mudah dan paling berkesan untuk mengendalikan komputer.

Bit adalah gabungan dan singkatan bagi "binary digit". Penjelasan ini juga telah diberikan kepada perkataan "byte," yang merujuk kepada pelbagai unit maklumat, yng biasanya sebanyak lapan byte.

5. Wiki

wiki

Sama ada anda tahu atau tidak, wiki di internet adalah sekumpulan laman web yang saling berkaitan yang dibina daripada interaksi pengguna.

Wikipedia, Ensiklopedia Dramatica dan Metapedia adalah semua contoh model "wiki" dan asal-usul nama ini sendiri agak mudah.

Dalam bahasa Hawaii, "wiki wiki" bermaksud "pantas." Pencipta Ward Cunningham memutuskan bahawa "wiki" dalam talian akan menjadi cara yang cepat dan mudah untuk mengakses dan memanipulasi pelbagai laman dan maklumat.

4. Ping 

ping

Terkenal kerana menjadi sebahagian daripada kaedah serangan kegemaran kumpulan penggodam seperti Anonymous, ping adalah kaedah umum serangan DDoS.

Walau bagaimanapun, ia mula-mula digunakan hanya untuk menguji kebolehcapaian host atau IP, dengan menghantar mesej dan mengukur masa perjalanannya.

Ini serupa dengan fungsi sonar dengan nama, "ping," meniru bunyi sistem sonar yang sedang berfungsi. Dan inilah yang menjadi inspirasi kepada Mike Muuss ketika penemuan ping.

3. Firewall

firewall

Firewall adalah peranti yang melindungi rangkaian daripada akses atau manipulasi tanpa kebenaran. Dalam kehidupan realiti, firewall adalah struktur yang dibina untuk mencegah penyebaran api.

Dalam dunia komputer, ia tidak begitu berbeza. Ia tidak mencegah penyebaran api tetapi melindungi komputer terhadap virus, penggodam dan cacing (worm).

Worm adalah sama dengan virus, tetapi ia tidak perlu melampirkan diri kepada maklumat sedia ada yang memudahkannya untuk tersebar ke seluruh rangkaian komputer, sama seperti penyebaran api.

2 . Virus

virus 366

Virus komputer sangat mirip dengan virus biologi. Kedua-duanya memasukkan kod sendiri ke dalam sistem yang berfungsi normal untuk mengganggu sistem dan membiak sendiri.

Secara akademik, perkataan virus digunakan sebagai istilah komputer pada tahun 1984 oleh Fred Cohen, dalam kertas penulisannya "Eksperimen dengan Virus Komputer."

Walau bagaimanapun, sebelum penerbitan kertas ini, perkataan itu telah digunakan oleh penulis sains fiksyen, David Gerrold pada tahun 1970-an di mana program komputer yang dipanggil "Virus" memasuki komputer dan akhirnya dikalahkan oleh program yang disebut sebagai "Antibody".

1. Spam

spam

Komputer spam sebenarnya mendapat namanya dari sketsa Monty Python dari United Kingdom yang dirakam di sebuah kafe.

Dalam fesyen Monty Python yang biasa, watak-watak sketsa ini tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu yang hampir keseluruh dan daripada liriknya adalah perkataan "spam".

Walaupun sketsa itu adalah ulasan tentang kemasukan produk daging dalam tin yang dikenali sebagai "Spam" yang boleh didapati secara komersial dari Amerika Syarikat semasa tempoh pemulihan pertanian yang terdesak, perkataan itu telah masuk ke dalam dunia komputer.

Ia digunakan sebagai kemasukan mel atau iklan yang tidak diingini secara melampau dan berlebihan.

Pada tahun 1980-an, syarikat pengiklanan dalam talian cuba pencipta akronim bagi spam sebagai “Sales Promotion And Marketing” ("Promosi Jualan Dan Pemasaran), namun ia tidak berhasil untuk membuatkan pengguna berasa okay dengannya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)