Topik LGBT memang sesuatu yang kerap menjadi kontroversi apabila isu ini timbul di negara kita. Bermacam jenis pandangan boleh dilihat daripada pihak yang menyokong gerakan LGBT, pihak yang menentang ataupun pihak yang nampak cuba berada di kedudukan neutral.

Kami sudah menjelaskan secara ringkas pandangan kami berkenaan isu LGBT ini dalam artikel ini, kerana jelas berlawanan dengan pandangan Islam yang mewakili majoriti penduduk negara kita. Walaupun demikian, agak menarik juga untuk kami cuba membawa satu perkara yang jarang dibincangkan berkenaan terma LGBT itu sendiri - dari mana datangnya terma itu?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Asal-usul perkataan lesbian

ilustrasi sappho greece

Perkataan 'lesbian' sebenarnya berpunca daripada nama sebuah pulau yang wujud ketika ini, bernama Pulau Lesbos. Pulau Lesbos terletak di Greece, turut sama dikenali dengan nama Pulau Midili oleh orang Turki merupakan sebuah pulau berkeluasan 1,633 km persegi. Pulau itu dinamakan pulau 'Lesbos' psempena nama Tuhan orang Greece yang dipercayai menjaga pulau tersebut dan nama itu diambil, bagi menamakan pulau tersebut.

Kisahnya, sewaktu zaman 630BC, wujud seorang wanita yang berpendidikan bernama Sappho yang tinggal di pulau tersebut. Menurut catatan sejarah, ibu bapa zaman tersebut gemar menghantar anak perempuan mereka supaya tinggal dengan Sappho bagi mendapatkan pendidikan serta belajar adat resam.

Sappho dikenali sebagai seorang yang pandai menulis sajak, gemar menjadikan rutin hariannya sebagai subjek. Dalam banyak hasil tulisannya, beliau suka menulis tentang kecantikan anak gadis yang dijagainya serta rasa cintanya kepada kaum sejenis.

sejarah gay seal

Banyak pandangan berbeza berkenaan kesahihan perasaan songsang Sappho. Tidak ada bukti jelas adakah dia benar seorang yang mencintai kaum sejenisnya melainkan hujah yang dibuat berdasarkan sajak-sajak tulisannya. Walaupun demikian, sehingga abad ke 19 terma 'lesbian' masih lagi merujuk sama ada kepada penduduk pulau Lesbos atau wanita-wanita yang mengamalkan tabiat tidak bermoral.

Pada tahun 1890, terma 'lesbian mula digunakan dalam kamus Merriam-Webster bagi mendefinisikan wanita yang menyukai kaum sejenis beserta dengan satu lagi terma iaitu 'sapphism' yang merujuk pada nama Sappho sebelum terma itu mula dipopularkan masyarakat dunia ketika itu.

Ketika ini Sappho diangkat sebagai simbol homoseksualiti melibatkan wanita yang mencintai kaum sejenis dan namanya disebut-sebut sebagai contoh yang perlu diikuti oleh mereka yang percaya cinta sejenis di antara dua wanita, merupakan satu perkara yang patut menjadi norma semua.

Asal-usul perkataan gay

perarakan tuntut hak gay

Perkataan 'gay' pula sebenarnya pada mulanya langsung tidak berkait dengan sebarang bentuk hubungan di antara lelaki dengan lelaki. Perkataan 'gay' dibuktikan berpunca daripada perkataan Perancis Lama iaitu 'gai'. Perkataan itu membawa maksud seseorang individu yang sentiasa gembira, tidak ada kerisauan dan suka memakai pakaian berwarna-warni.

Pada abad ke 17, perkataan gay mula membawa maksud yang berbeza apabila termanya mula digunakan bagi melabelkan individu yang tidak mempedulikan sebarang bentuk etika dan moral, dalam mencari keseronokan atau kesenangan - berlawanan dengan amalan masyarakat ketika itu.

'Gay' mula digunakan bagi merujuk individu yang melacurkan diri, seperti 'gay prostitute' membawa maksud 'pelacur', 'gay man' membawa maksud lelaki yang gemar bertukar-tukar pasangan dan 'gay house' pula membawa makna rumah pelacuran.

Terma 'gay' berevolusi selepas itu, dengan label 'gay boy' merujuk kepada pemuda atau kanak-kanak yang menyediakan perkhidmatan seks dan 'gay cat' untuk pemuda yang menawarkan khidmat seks sebagai bayaran kepada individu yang boleh melindunginya.

golongan homoseksual pada era 1970 an

Perkataan 'gay' mula digunakan bagi menggambarkan homoseksualiti dalam sajak yang ditulis oleh Gertrude Stein, yang bertajuk Miss Furr & Miss Skeene pada tahun 1922. Dalam sajak itu, Stein menggunakan perkataan 'gay' bagi menggambarkan rasa berahi yang ada di antara dua orang lelaki buat pertama kali dalam sejarah penerbitan.

Pada tahun 1938, sebuah filem bertajuk Bringing Up Baby menjadi filem pertama menggunakan secara terbuka perkataan 'gay' sebagai satu bentuk kecenderungan seksual berbentuk songsang, selepas watak utamanya terpaksa berpakaian wanita dan memberitahu kepada rakannya - dia sudah menjadi seorang gay yang membuatkan dia berpakaian sedemikian rupa.

Era 1960-an mengubah perkataan 'gay' untuk merujuk hanya kepada golongan homoseksual sepenuhnya dan tidak lagi merujuk kepada makna asalnya. Industri hiburan barat mula menggunakan terma 'gay' secara luas untuk homoseksual mempopularkan penggunaannya dalam filem, muzik dan media lain.

Kesimpulannya

tshirt i am lesbian

Sejarah membuktikan satu perkara, terma atau label yang popular seperti terma LGBT yang kerap kali disebutkan sekarang ini, sebenarnya adalah terma-terma baru yang diwujudkan sekitar era 1970-an.

Perkataan 'homoseksual' sendiri sebenarnya adalah perkataan yang tidak mempunyai sejarah panjang dan hanya pertama kali digunakan pada tahun 1869 bagi menggambarkan hubungan di antara dua individu sama jantina.

Tidak boleh dinafikan populariti terma atau label seperti gay dan lesbian ini dipacu agenda pihak-pihak tertentu yang mahu menormalisasikan cara hidup mereka di mata orang ramai.

Sekiranya disemak semula, amat jelas terma-terma ini masih boleh dianggap muda serta baru saja diperkenalkan, terutamanya perkataan 'gay' yang mengalami perubahan sangat ketara dari segi makna dan penggunaan sebenarnya.

Rujukan

NewStatesman




Hakcipta iluminasi.com (2017)