upinipinkejutkanabangsalleh 1

Ramai orang yang mempersoalkan kenapa watak Abang Salleh dalam Upin-Ipin dibenarkan, sedangkan watak gay dalam filem tidak dibenarkan.

Hujah ini sebenarnya dapat dijawab dengan mudah; apa yang membuatkan watak Abang Saleh dikatakan gay?

Soalan 1

Adakah Abang Salleh ini L,G,B,T,Q atau apa saja huruf yang diperkenalkan sebagai jantina?

Soalan 2

Adakah tidak wujud lelaki sebenar seperti Abang Salleh dalam dunia nyata yang jantinanya lelaki tetapi dia lembut?

Untuk menjawab persoalan itu, kita kena kembali kepada asal. Jika ingin melakukan sesuatu tanggapan, kita ambil apa yang zahir. Maksud itu jelas, terang dan nyata. Apa yang membuatkan Abang Saleh itu gay? Setakat ini, berdasarkan pemerhatian aku, tidak ada lagi apa-apa perbuatan pun yang membuktikan watak Abang Saleh itu gay.

Lelaki lembut seperti Abang Salleh tu ada dan ada ramai saja yang tidak gay serta tahu mereka lelaki tulen, cuma lembut.

Walaupun mengelirukan, sehingga anak aku sendiri tanya "Abang Salleh tu kenapa tak pakai tudung?" tapi jika kita fikir dengan jelas, apa yang menyebabkan kita kata Abang Salleh gay?

Gay bukan ciptaan Allah.Lelaki lembut bukanlah sesuatu yang disengajakan berlaku. Bukan semua lelaki lembut itu gay dan setakat ni, aku tak nampak kelakuan pada Abang Salleh yang membolehkan kita kata dia gay. Lembut, ya aku akui ada.

Tapi watak Abang Saleh dalam siri animasi Upin dan Ipin tidak gay.

Gay dan Lembut adalah dua perkara berbeza.Janganlah disamakan lelaki lembut yang dengan golongan-golongan pendosa selagi mereka tidak jelas dan terang, bangga melakukan dosa


tags : , , , , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)