hh

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali melihat video-video tular di sosial media yang kemudiannya diakhiri dengan meme sekumpulan pengusung keranda menari. Meme sebegini biasanya disertakan pada video-video yang memaparkan kegagalan seorang individu melakukan sesuatu perkara dan berakhiri dengan kecelakaan seperti terjatuh, tersembam ke atas tanah dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi yang tidak tahu, kumpulan penari dan pengusung keranda tersebut berasal dari Ghana dan budaya menari sambil mengangkat mayat ke tempat persemadiannya ini memang benar-benar wujud di sana.

Di peringkat global, meme kumpulan penari pengusung keranda ini juga dikenali sebagai Dancing Pallbearers atau Dancing Coffin. Walaupun meme ini tiba-tiba popular sekitar hujung Februari, video kumpulan tarian pengangkat keranda dari Ghana ini sebenarnya sudah wujud sejak 2015 namun tida dijadikan meme.

Cerita di sebalik video tarian pengusung keranda

Video pertama dari tiga video yang paling popular berkaitan dengan trend ini telah dimuat naik ke YouTube oleh pemilik akaun bernama Travelin Sister pada 22 Januari 2015. Video tersebut menggambarkan fenomena tarian pengusung keranda di Ghana.

Video tersebut menerima lebih daripada 2.9 juta tontonan dalam tempoh lima tahun. Sebuah lagi video oleh BBC News Africa telah dimuat naik ke YouTube pada 27 Julai 2017. Video tersebut rmenerima lebih 681,000 tontonan dalam tempoh tiga tahun.

Video ketiga, yang menggambarkan kumpulan pengusung keranda ini tanpa sengaja menjatuhkan keranda semasa tarian mereka. Ia mula dikongsi di Facebook oleh pemilik akaun bernama Bigscout Nana Prempeth pada 2 Mei 2019 dan memperoleh lebih daripada 2,900 reaksi, 4,600 perkongsian dan 350,000 penonton dalam satu tahun.

Pada 3 Mei 2019, video itu dimuat naik ke YouTube di mana ia menerima lebih daripada 725,000 tontonan dalam satu tahun. Namun, hanya pada tahun 2020 sahaja ia dijadikan meme.

Budaya Tarian Pengusung Keranda di Ghana

tarian pengusung keranda

Di Ghana, terdapat peningkatan budaya ahli-ahli keluarga si mati akan mengupah sekumpulan pengusung keranda professional  sambil mengusung mayat si mati ke tempat persemadian mereka. Sekali lihat, majlis pemberian kehormatan terakhir ini sangat meriah umpama satu perayaan.

Apabila disebut tarian, maka ia benar-benar adalah sebuah tarian yang menghiburkan. Kumpulan penari ini akan bertepuk tangan, memusingkan badan, mengangkat dan menurunkan keranda dan sebagainya.

Benjamin Aidoo, individu yang mengetuai kumpulan ini dipercayai merupakan pencetus kepada fenomena ini. Beliau telah bertanggungjawab menambahkan koreografi dalam upacara mengusung keranda ini agar ianya lebih meriah. Kebiasaannya, beliau akan bertanya kepada kliennya sama ada hendak menambah tarian dalam upacara mengusung keranda atau tidak.

Video-video popular yang memaparkan tarian kumpulan pengusung keranda ini merupakan video yang memaparkan majlis pengebumian ibu kepada seorang individu bernama Elizabeth Annan.

Elizabet Annan bersetuju dengan tawaran kumpulan pengusung keranda ini melakukan tarian kerana mahukan ibunya mendapat sesuatu yang istimewa sebelum menghadap penciptanya. Ianya seolah-oleh ibunya pergi buat selama-lamanya dengan penuh kegembiraan.

    

Sehingga kini, syarikat pengusung keranda milik Benjamin Aidoo sudah mendapat lebih 100 tawaran untuk melakukan tarian sambil mengusung keranda ini. Malah, permintaan terhadap servis mereka juga semakin meningkat saban tahun. Di negara yang tinggi kadar pengangguran seperti Ghana, perkhidmatan seperti ini secara tidak langsung merupakan satu tawaran pekerjaan yang tidak boleh ditolak.

Walau bagaimanapun, hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu mendapatkan servis ini. Di Ghana, kebiasaannya majlis pengebumian dan memberi kehormatan terakhir kepada mayat mengambil masa selaman 3 hari dan adakalanya perbelanjaannya cukup mahal, umpama perbelanjaan untuk sebuah majlis perkahwinan.

Asal-usul lagu yang digunakan

     

Setelah anda menonton video-video di atas, maka ketahuilah anda bahawa muzik latarbelakang asal pada video tarian pengusung keranda bukanlah seperti muzik yang didengari dalam versi meme.

Video tarian pengusung keranda telah dijadikan meme setelah muzik latarbelakangnya disunting dan dimasukkan dengan lagu electronic dance music (EDM) berrtajuk "Astronomia" hasil karya Tony Igy.

Asal-usul meme tarian pengusung keranda

Video keranda terbalik

Video pertama yang memaparkan video tarian pengusung keranda yang disunting dengan lagu "Astronomia" tidak dikenalpasti. Pada 26n Februari 2020, seorang pengguna TIktok @lawyer_ggmu (sebelum itu menggunakan nama @khvichagogava) memaparkan sebuah video meme tarian pengusung keranda ini.

Ianya dipercayai merupakan video terawal yang memaparkan video meme ini. Video tersebut telah mendapat 4.5 juta tontonan dan 474,700 "like" dalam tempoh 1 bulan. Daripada situ, idea tersebut telah diambil dan dijadikan meme untuk video-video lain di TikTok.

Kredit:

  1. Metro UK
  2. Know Your Meme



Hakcipta iluminasi.com (2017)