perbandingan harga rumah ppr penang

Isu harga rumah memang tidak dapat dinafikan sering menjadi perhatian banyak pihak, ekoran kesannya pada kuasa membeli masyarakat kita.

Majoriti di antara kita berpandangan harga perumahan, walaupun daripada jenis kos rendah sekalipun masih lagi tinggi. Bank Negara Malaysia (BNM) pun bersetuju dengan pandangan ini secara rasmi, melalui kenyataan yang telah mereka keluarkan pada Februari 2018 berkenaan isu harga rumah.

Dalam kenyataan itu, BNM menyifatkan harga rumah-rumah di Malaysia berada di tahap 'sangat tidak mampu milik.' Dengan menggunakan median pendapatan isi rumah sebagai ukuran, harga rumah di negara kita disifatkan berada pada tahap lima kali ganda pendapatan berbanding 3 kali ganda median pendapatan yang menjadi ukuran kadar rumah mampu milik yang baik.

Purata median harga rumah di Malaysia berada pada tahap RM313,000 sementara harga sepatutnya berada pada tahap RM282,000. Dengan mengambil kira purata pendapatan penduduk per kapita dan purata harga rumah pangsapuri di negara-negara Asia Tenggara, mari kita lakukan perbandingan ringkas berkenaan isu ini.

1. Malaysia

perbandingan harga rumah malaysia

Di negara kita, secara puratanya harga purata pangsapuri di kawasan membangun, berada pada kadar RM798.59 untuk setiap satu kaki persegi. Harga jualan untuk satu kaki persegi di kawasan pinggir bandar pula berada pada tahap RM459.24.

Untuk pendapatan purata pula, purata pendapatan isi rumah rakyat negara per kapita adalah adalah RM3,431 sebulan atau RM41,177.27 setahun. Untuk semua jadual perbandingan yang kami sertakan di bawah, nilai yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar798.59718,731
Pinggir bandar459.24413,316

2. Thailand

perbandingan harga rumah thailand

Berdasarkan maklumat yang ada, purata harga untuk seluruh negara Thailand bagi membeli sebuah pangsapuri yang berada di dalam kawasan bandar adalah RM1,426.09 untuk satu kaki persegi. Manakala bagi pangsapuri yang berada di kawasan pinggir bandar, harga satu kaki persegi pangsapuri mencecah kepada RM739.37.

Purata pendapatan penduduk Thailand setahun adalah RM24,261.70 atau RM2,038.47 sebulan.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar1,426.09 1,283,481
Pinggir bandar739.37665,443

3. Filipina

perbandingan harga rumah filipina

Harga pangsapuri di Filipina jauh lebih rendah berbanding negara kita. Sekiranya rakyat Filipina ingin membeli pangsapuri di kawasan bandar, harganya berada pada tahap RM586.04 bagi satu kaki persegi sementara RM311.48 bagi pangsapuri di pinggir bandar.

Purata pendapatan mereka pula bagaimanapun agak rendah, dengan angka pendapatan mereka berada pada tahap RM12,218.91 setahun atau RM1,018.25 sebulan.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar586.04527,436
Pinggir bandar311.48280,332

4. Indonesia

perbandingan harga rumah asia tenggara

Indonesia mempunyai pasaran hartanah dengan harga antara yang paling murah di kalangan tujuh negara yang menjadi perbandingan kami. Harga satu kaki persegi pangsapuri di kawasan bandar berada pada kadar RM443.26 sementara di kawasan pinggir bandar pula RM248.83.

Walau demikian, purata pendapatan bulanan rakyat Indonesia hanya berada pada tahap RM1,231.14 sebulan atau RM14,782.00 setahun.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar443.26398,934
Pinggir bandar248.83223,947

5. Vietnam

perbandingan harga rumah

Bagi Vietnam, harga satu kaki persegi sebuah pangsapuri di kawasan bandar adalah RM776.51. Bagi mereka yang memilih untuk tinggal di kawasan pinggir bandar, pangsapuri sama berkemungkinan besar berharga RM375.35 untuk setiap satu kaki persegi.

Purata pendapatan rakyat Vietnam pula adalah RM754.08 sebulan atau RM9049.85 setahun. Agak rendah serta sukar untuk mereka memiliki kediaman sendiri kan?

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar776.51698,859
Pinggir bandar375.35337,815

6. Singapura

perbandingan harga rumah singapura

Satu-satunya negara yang diiktiraf negara maju di antara semua negeri Asia Tenggara, harga rumah di Singapura bolehlah dikatakan paling tinggi antara semua. Purata harga rumah pangsapuri di Singapura dalam kawasan bandar untuk satu kaki per segi mencecah RM6,312.53 dan harga di kawasan pinggir bandar pula berada pada tahap RM3,109.85.

Walaupun begitu, purata pendapatan rakyat Singapura juga tinggi jauh meninggalkan negara-negara lain termasuklah kita. Purata pendapatan tahunan mereka berada pada kadar RM219,283.82 setahun atau RM18,273 sebulan.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar6,312.535,681,277
Pinggir bandar3,109.852,798,865

7. Brunei

perbandingan harga rumah brunei asia tenggara

Jika dibandingkan di antara kesemua negara, jelaslah juara rumah murah di kalangan tujuh negara yang disenaraikan adalah Brunei Darussalam. Rumah pangsapuri di kawasan bandar Brunei harganya hanyalah RM341.17 satu kaki per segi, secara purata. Angka ini turun kepada RM267.51 sekiranya anda ingin memiliki kediaman pangsapuri di pinggir bandar.

Purata pendapatannya pula berbanding harga kediaman memang sukar untuk dicabar, kerana Brunei mempunyai kadar pendapatan per kapita yang agak tinggi iaitu Rm111,538.86 setahun atau RM9,294.05 sebulan.

Bagaimanapun, kadar sewaan kediamannya mencatatkan nilai yang sangat tinggi, mungkin disebabkan jumlah kediaman yang terhad atau kemasukan pekerja luar ke sana yang tinggi.

NILAI DALAM RMHarga satu kaki persegiHarga unit keluasan 900 kaki persegi
Dalam bandar341.17307,053
Pinggir bandar267.51240,759

tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)