Oleh pada 07 Sep 2023 kategori

Bagi penyelidik bahasa, salah satu kajian bahasa paling luas berkait pinjaman istilah atau perkataan berlaku daripada istilah dalam bahasa Perancis ke dalam bahasa Inggeris.

Ini kerana memang banyak sebenarnya istilah Perancis yang dipinjam ke dalam bahasa Inggeris, mengalami perubahan kaedah ejaan dan sebutan tanpa kita sedari.

Dalam masa yang sama wujud satu kumpulan istilah pinjaman ke Inggeris juga dari bahasa Perancis, tetapi masih mengekalkan sebutan, ejaan dan maknanya. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini aadalah8 istilah bahasa Perancis yang kita kerap guna, tanpa kita sedar pun kita menggunakannya.

1. Expose

expose asal bahasa perancis

Di kalangan penutur bahasa Inggeris, kita akan menyebutnya sebagai 'eks-post' tetapi ada masanya, kita akan mengucapkannya sebagai 'eks-po-sei' kan?

Istilah ini dalam Inggeris dan Perancis, mempunyai makna sama - mendedahkan sesuatu secara terbuka sehingga terdedah semuanya. Sebutan 'ex-po-sei' berasal daripada kaedah sebutan bahasa Perancis lama, yang membawa makna menerangkan atau menjelaskan sesuatu secara jelas.

Era tabloid dan berita sensasi menjadikan perkataan ini terkait dengan pendedahan jenis hangat yang mampu meningkatkan publisiti.

2. Facade

facade bahasa perancis

Kini diguna untuk merujuk kepada rekaan hadapan sesebuah bangunan atau riak wajah seseorang yang diguna, bagi menyembunyikan perasaan sebenar seorang individu - facade merupakan pinjaman terus bahasa Inggeris daripada bahasa Perancis, lengkap dengan sebutan dan ejaannya.

Pada awalnya istilah ini terbentuk daripada istilah Latin facia yang membawa makna muka, tetapi orang Itali yang menjadikannya turut merujuk kepada bangunan dengan penggunaan istilah facciata. 

3. Mirage

miraj mirage bahasa perancis

Ramai pemandu pasti pernah terlihat fenomena mirage atau dalam bahasa Melayu, fatamorgana yang terjadi akibat haba yang menyentuh sesuatu permukaan.

Mirage merupakan pinjaman dari istilah bahasa Perancis ejaan serupa yang membawa maksud membalik atau membiaskan sesuatu. Istilah ini pula dibentuk daripada istilah Latin mirare yang membawa maksud cermin.

Fatamorgana pula adalah pinjaman istilah Itali yang membawa makna 'Fairy Morgana' atau 'Bidadari Morgana', merujuk kepada watak dalam kisah legenda Raja Arthur bernama 'Morgan le Fay.' 

Kenapa kita meminjam istilah ini ke dalam bahasa Melayu, belum dapat ditemui sebabnya.

4. Cliche

cliche asal bahasa istilah perancis

Istilah ini cukup popular, sehinggakan wujud terjemahan tidak rasmi yang dibuat penutur bahasa Melayu - menukarkannya menjadi klise. 'Klise' tidak wujud ya!

Sering dirujuk untuk menerangkan sesuatu yang menjadi ikutan atau stereotaip secara tegar. cliche sebenarnya adalah istilah yang diguna bagi mewakili teknik percetakan di kalangan orang Perancis, disebut sebagai clicher atau 'menekan sesuatu'.

5. A la carte

a la carte menu nasi

Pernah sekali penulis terdengar seorang individu memesan makanan dan memintanya sebagai 'a la kartey'. Wah, dia dah terlebih Perancis berbanding orang Perancis sendiri nampaknya. 

Oleh kerana carte dalam sebutan ini sebenarnya merujuk kepada menu makanan yang diperbuat daripada kad, sebutannya juga kekal ringkas 'aa-laa-kart' tanpa perlu dibunyikan huruf e di hujungnya.

Ejaannya dalam bahasa Inggeris berbeza di mana Perancis menggunakan ejaan huruf à la carte, yang digelarkan sebagai a-grave. Sementara Inggeris pula sekadar menggunakan ejaan biasa a la carte.

6. Potpourri

perkataan perancis yang kerap kita guna

Potpourri dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Melayu potpuri, merupakan istilah pinjaman dari bahasa Perancis pot purri. Apa maknanya? 

Kita tahu potpuri merujuk kepada balang berisi tumbuhan yang mempunyai bauan yang segar. Tetapi tahukah anda pot pourri juga merujuk kepada sejenis resipi masyarakat Perancis, di mana daging dan sayuran disatukan di dalam periuk dan dimasak sehingga benar-benar masak.

Bau yang terhasil daripada masakan ini dikatakan meloyakan dan berbau busuk, menyebabkan orang Perancis menggelarkan kaedah masakan ini sebagai pot pourri atau periuk yang reput.

7. Fiancee

fiancee bahasa perancis

Mungkin anda sudah bertunang dan anda menggelarkan tunangan anda 'fiancee aku.' Tahu tak fiancee juga adalah istilah Perancis? 

Fiancee merupakan istilah yang digunakan oleh masyarakat Perancis terdahulu, bagi melambangkan ikatan di antara seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berjanji untuk berkahwin.

Walau demikian, penggunaan awalnya hanya merujuk kepada wanita yang bakal dinikahkan, jadi wanita Perancis zaman dahulu tidaklah menggelarkan bakal suami mereka my fiancee.

8. R.S.V.P

rsvp undangan kenduri perkahwinan asal usul perkataan

Ramai orang tahu sebut RSVP, tapi rasanya hanya segelintir tahu apa maknanya. Apa maknanya? RSVP merupakan singkatan kepada répondez s'il vous plaît atau 'mohon maklum balas anda' atau 'mohon pengesahan pihak anda.

RSVP jelas adalah singkatan kepada ayat Perancis tersebut.

Lucunya, orang Inggeris mungkin menyedari kompleksnya ayat tersebut jika dipinjam ke dalam bahasa mereka, memilih hanya untuk menggunakan terma singkatan R.S.V.P sebagai istilah rasmi Inggeris membawa makna sama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)