Setiap hari pasti ada waktunya akan memegang buku. Dalam zaman moden, buku bukan saja boleh datang dalam bentuk tradisional, malahan juga dalam bentuk digital ekoran kewujudan banyak format buku yang boleh dibaca melalui peranti elektronik.

Bagaimanapun, pernahkah anda terfikir mengapa kita menggelarkan 'buku' itu 'buku'?

Asal usul perkataan 'buku'

buku lama

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkataan 'buku' sebenarnya diambil daripada perkataan Inggeris 'book' yang di tukar ejaannya supaya sesuai dengan bahasa kita.

Wujud juga satu perkataan lain yang membawa maksud serupa iaitu 'kitab' yang diambil daripada bahasa Arab. Walaupun pada kebiasaannya 'kitab' digunakan untuk merujuk kepada tulisan-tulisan lama dan jilid penulisan hukum serta undang-undang, tidak salah sebenarnya bagi kita merujuk 'buku' sebagai 'kitab.'

Dalam takrifannya, 'buku' membawa maksud kertas berjilid yang ditulis atau dicetak. 'Buku' juga turut sama membawa pelbagai maksud yang berbeza dan boleh juga digunakan sebagai penjodoh bilangan, seperti contoh 'berbuku' yang membawa makna berbentuk bongkah atau 'terbuku' yang membawa maksud perasaan yang disimpan dalam hati.

Sekiranya 'buku' diambil daripada 'book', apa pula asal-usul perkataan 'book'?

Asal-usul awal perkataan 'book'

buku klasik

Perkataan 'book' sebenarnya datang daripada perkataan-perkataan yang digunakan Inggeris lama 'boc' yang turut sama dikongsi dengan beberapa bahasa lain di Eropah. Selain daripada perkataan 'boc', perkataan yang digunakan di dalam bahasa lain adalah 'bok', 'buok' dan 'buoh'.

Semua ini berpunca daripada kaedah yang masyarakat Germanic Lama terdahulu gunakan untuk menulis. Mereka gemar menulis di batu atau batang pokok, salah satu pokok yang menjadi mangsa adalah pokok 'beech.' Perkataan 'beech' itu akhirnya diambil menjadi satu kata kerja sebelum diubah kepada 'boc' oleh masyarakat Inggeris Lama. 'Boc' pada ketika itu membawa maksud satu dokumen bertulis namun tidak semestinya berjilid.

sejarah perkataan buku

Perkataan 'boc' kemudiannya ditambah baik untuk menamakan sebuah jilid atau volum tulisan pada kurun ke 8 sebelum mengalami perubahan ketara pada kurun ke 16.

Perkataan 'boc' kemudiannya mengalami evolusi, ditulis sebagai 'boke' pada tahun 1519, 'booke' pada tahun 1641 sebelum menggunakan ejaan yang masih kita guna pakai sehingga kini iaitu 'book' pada tahun 1674.

Trivia tentang buku, kitab, books dan codex

dan brown da vinci code buku terlaris

Selain daripada perkataan buku, kitab dan books, perkataan lain yang boleh kita gunakan untuk menggantikan perkataan itu adalah 'codex.' 'Codex' adalah perkataan latin yang merujuk kepada buku dalam bentuk moden.

Tahukah anda buku yang paling popular di dunia adalah kitab Bible, dengan anggaran lebih 5 billion buah telah dijual di seluruh dunia. Sementara novel paling laris di dunia pula adalah 'Da Vinci Code' hasil nukilan Dan Brown, yang diangarkan terjual lebih 5 juta unit diseluruh dunia. Sepuluh tempat teratas novel paling laris di dunia sehingga kini dikuasai oleh Dan Brown, J.K. Rowling dan juga E.L.James yang menulis siri 'Fifty Shades of Grey.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)