Oleh pada 11 Jan 2020 kategori

apa berlaku jika pemimpin diserang depan depan tumbuk

Ketika ini, banyak negara yang saling bermusuhan dan mempunyai hubungan yang tegang. Dan ketegangan ini boleh menyebabkan apa-apa sahaja berlaku, termasuklah peperangan.

Namun, apa yang akan berlaku jika seorang pemimpin dunia menumbuk pemimpin yang lain?

Sehingga kini masih belum ada kes seperti ini yang berlaku dalam dunia moden, jadi kita tidak mempunyai rujukan untuk menjawab persoalan ini.

Namun, kita boleh melihat mengapa serangan seperti ini akan berakhir dengan perkara yang tidak diingini melalui insiden yang berlaku ketika dalam satu lawatan oleh presiden Donald Trump ke China.

Ketika lawatan ini, Trump dijemput oleh presiden China Xi Jinping untuk berjalan dan bersiar-siar secara peribadi.

xi jinping dan donald trump

Trump yang tergesa-gesa kemudiannya membuka pintu untuk menyertai Jinping, namun ketika pengiring tenteranya yang membawa "nuclear football" untuk menyertai Trump, dia dinafikan oleh pengawal presiden China (sama dengan ejen perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat).

Untuk pengetahuan anda, nuclear football adalah beg bimbit yang diperlukan oleh presiden Amerika Syarikat untuk memberikan kebenaran rasmi bagi melancarkan serangan nuklear ketika beraada jauh dari pusat arahan tetap.

Ia berfungsi sebagai hab mudah alih dalam sistem pertahanan strategik Amerika Syarikat. Begi bimbit ini perlu kekal berada dalam jarak dekat dengan presiden bila-bila masa sahaja presiden berada di luar White House.

seorang ejen perkhidmatan rahsia membawa nuclear football ketika mengiringi donald trump 842

(Seorang ejen perkhidmatan rahsia membawa nuclear football ketika mengiringi Donald Trump)

Ini kerana jika berlaku kecemasan sekiranya presiden perlu memberikan tindak balas kepada serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat.

Berbalik kepada cerita tadi, rupa-rupanya pengawal presiden China tersebut tidak tahu tentang hal ini, dan apabila pengawal Trump tidak dibenarkan masuk, Ketua Staf dan bekas Ketua Kor Marin John F. Kelly menolak pengawal China tersebut lalu membenarkan pegawai AS tersebut masuk melalui pintu bersamanya.

Pada saat itu, seorang pengawal China melakukan tindakan fizikal terhadap John Kelly, namun dijatuhkan oleh seorang ejen perkhidmatan rahsia AS.

Keseluruhan kejadian itu merupakan salah faham protokol dan ketua perkhidmatan rahsia China memohon maaf.

john kelly

(John Kelly)

Walaupun tidak serupa, namun ini serba sedikit dapat menunjukkan apa yang akan berlaku jika seorang pemimpin dunia cuba untuk menumbuk pemimpin lain.

Tugas ejen perkhidmatan rahsia bukan sahaja bagi AS tetapi mana-mana negara adalah untuk melindungi pemimpin mereka dengan apa cara sekalipun. 

Dan dalam insiden di atas ia menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tersebut sanggup melakukan apa saja untuk berkhidmat walaupun ia mempunyai risiko mencetuskan insiden antarabangsa.

Jadi, bagaimana jika contoh di atas bukan di antara John Kelly dan ejen perkhidmatan rahsia China? 

Bayangkan presiden Trump dan Jinping sedang berjalan bersama di sebuah taman dan membincangkan tentang kebimbangan geopolitik yang dihadapi negara mereka.

Bagi Trump, sokongan China yang berterusan terhadap Korea Utara tidak dapat diterima, dan Jinping pula mahu Tentera laut AS menjauhi Laut China Selatan. 

donald trump vs xi jinping

Situasi ini boleh menjadi tegang dan kemungkinan ia berakhir dengan adegan tumbuk-menumbuk.

Namun, mana-mana pertarungan antara pemimpin dunia akan berlangsung dengan sangat singkat bukan disebabkan oleh kedua-duanya tidak cukup cergas untuk berbuat demikian.

Ia disebabkan sebaik sahaja Xi Jinping menumbuk muka Donald Trump, ejen perkhidmatan rahsia AS akan bertindak. Dan apa yang akan berlaku seterusnya?

Seperti yang dinyatakan di atas, tugas para pegawai perkhidmatan rahsia ini adalah untuk melindungi keselamatan pemimpin mereka dengan apa cara sekalipun, dan ketika ini terdapat dua ancaman kepada presiden AS.

Pertama, Trump telah ditumbuk oleh Xi Jinping dan ancaman kedua ialah ejen perkhidmatan rahsia Xi Jinping.

ejen perkhidmatan rahsia as

(Ejen perkhidmatan rahsia AS)

Ketika ini berlaku, seorang ejen akan bertindak untuk melindungi Trump daripada penyerangnya, manakala yang lain dengan serta-merta akan melucutkan senjata atau meneutralkan ejen perkhidmatan rahsia China.

Disebabkan pegawai AS tidak mahu mengambil risiko ke atas nyawa Trump, maka tiada perbincangan akan dibuat, atau cuba untuk menahan pengawal China secara fizikal.

Ini bermakna apa yang akan berlaku adalah situasi menembak-untuk-membunuh.

Satu-satunya masalah adalah, ejen perkhidmatan rahsia China juga akan memikirkan perkara yang sama.

Dan tak kiralah siapa yang menghayunkan tumbukan terlebih dahulu, para pengawal kedua-dua pemimpin dunia ini akan bertindak dengan pantas dengan cara yang sama.

Dan menjawab persoalan tadi iaitu apa yang berlaku jika pemimpin dunia terlibat dalam pergaduhan tumbuk-menumbuk, secara teorinya kita boleh menjawab bahawa ramai ejen perkhidmatan rahsia di kedua-dua belah pihak akan terbunuh.

mungkinkah amerika syarikat akan berperang dengan china

Di penghujung cerita, Donald Trump dan Xi Jinping akan bersalaman memohon maaf atas apa yang berlaku.

Lagipun, adalah tidak munasabah bagi kedua-dua pemimpin negara nuklear ini untuk mengisytiharkan perang disebabkan perkara yang remeh. Sekurang-kurangnya tidak akan berlaku jika anda merupakan seorang pemimpin negara moden.

Dan jika selepas pergaduhan itu Trump memutuskan untuk pulang ke Washington dan melancarkan perang ke atas China, beliau terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada kongres.

Di bawah garis panduan semasa dalam kerajaan Amerika, presiden dibenarkan untuk melancarkan tentera tempur sehingga 60 sebelum mendapat kelulusan kongres, namun ini hanya untuk tujuan tindakan kecil seperti bertindak balas terhadap serangan pengganas atau mungkin meneutralkan kuasa yang jauh lebih lemah yang hanya memerlukan sebahagian kecil daripada tentera AS.

Secara teknikalnya, Trump tidak dibenarkan untuk untuk menggunakan kekuatan penuh tentera AS dalam tempoh 60 hari tersebut.

Jika Trump melanggarnya, ia dilihatkan sebagai bunuh diri secara politik kerana kongres terpaksa mempersoalkan integriti untuk seorang presiden yang melancarkan perang besar tanpa sokongan mereka.

perang antara amerika syarikat dan china 995

Jadi, kemungkinan besar peperangan tidak akan berlaku. 

Malah, Xi Jinping yang mana yang memimpin kerajaan autoritarian China pun akan menghadapi masalah untuk mengisytiharkan perang ke atas AS sesuka hatinya.  mengetuai sesuatu kerajaan China autoritarian,

Ini kerana walaupun Xi Jinping sangat berkuasa, namun Kongres Rakyat Kebangsaan tidak akan bertolak ansur dengan perang yang diisytiharkan disebabkan perkara kecil.

Sejujurnya, tindakan balas adalah tidak perlu kerana permainan diplomasi global adalah sesuatu yang sensitif di mana apa-apa tindakan diplomatik yang salah seperti menumbuk seseorang di muka adalah perkara pertama yang diajarkan untuk tidak dilakukan di "sekolah diplomatik", kerana ia boleh membawa kesan buruk .

Jadi, kemungkinan besar perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Rujukan:

1. Quora

2. Straight Dope

3. Graphics Info

4. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)