Sepanjang sejarah dunia, wanita sering diketepikan dalam bidang politik dan kurang diberi kuasa memerintah. Sehingga tahun 2016, hanya terdapat 44 daripada 196 buah negara yang menjadikan wanita sebagai ketua negara.

Daripada mula mendapatkan hak untuk mengundi sehinggalah untuk memegang jawatan dan menjadi pemimpin tertinggi, wanita telah berjuang bersungguh-sungguh ke tahap bidang politik global yang didominasi oleh lelaki.

iluminasi.com kongsikan 5 pemimpin wanita terkemuka yang melakukan revolusi dalam kepimpinan negara masing-masing.

1. Vigdís Finnbogadóttir

BESARKAN TEKS     A-  A+

Vigdís Finnbogadóttir telah dipilih sebagai presiden Iceland pada tahun 1980 yang memecahkan rekod sebagai ketua wanita Iceland pertama dan wanita pertama di dunia dipilih sebagai presiden sebuah negara.

Dengan berkhidmat selama 16 tahun, Vigdis juga menjadi ketua wanita yang paling lama berkhidmat di mana-mana negara dalam sejarah. Peningkatan kuasa Vigdís bermula ketika beliau bertugas sebagai pengarah Syarikat Teater Reykjavík.

Dengan ijazah sarjana muda dalam bahasa Perancis dari University of Iceland dan ijazah pengajaran, Vigdís  memperolehi menjadi popular di Iceland sebagai bintang dan mempunyai rancangannya sendiri untuk Televisyen Negeri Iceland.

vigd s finnbogad ttir pemimpin wanita negara pertama 2

Beliau memenangi pilihan raya pertamanya pada tahun 1980 mengalahkan tiga calon lelaki. Vigdís kemudiannya berkhidmat tiga lagi terma sebagai presiden, dan menang tanpa bertanding pada tahun 1984 dan 1992, serta memenangi pilihan raya pada tahun 1988 dengan 92% undian.

Sebagai presiden, Vigdís menekankan kepentingan mengekalkan dan merayakan identiti dan warisan budaya Iceland melalui adat dan budaya. Selepas berkhidmat sebagai presiden, beliau mengasaskan Majlis Pemimpin Dunia Wanita pada tahun 1996 dan telah menerima banyak anugerah di atas kerja kemanusiaan dan menggalakkan nilai budaya.

2. Isabel Perón

isabel per n pemimpin wanita negara pertama 2

Isabel Perón berkhidmat sebagai naib presiden Argentina dari 1973 hingga 1974 dan kemudian menggantikan suaminya, Juan Perón, sebagai presiden selepat kematiannya. Beliau berkhidmat sebagai presiden Argentina dari 1974 hingga 1976.

Isabel merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai ketua negara di Argentina dan juga Amerika Selatan. Malah, Isabel juga merupakan wanita pertama di dunia yang memegang jawatan presiden negara, walaupun beliau tidak dipilih secara demokrasi kerana menggantikan suaminya.

Ketika Isabel bertemu suaminya pada tahun 1955, beliau meninggalkan kerjayanya untuk membantu suaminya sebagai setiausaha dan keputusan itu membuatkan beliau menjadi berkuasa. Kedua-dua mereka berkahwin pada tahun 1961 dan dilantik sebagai presiden dan naib presiden Argentina pada tahun 1973.

isabel per n pemimpin wanita negara pertama

Selepas kematian suaminya dan beliau menjadi pengganti, Argentina berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi dan pergolakan politik. Isabel digalakkan untuk meletak jawatan selepas dituduh melakukan rasuah yang dikaitkan dengan Perikatan Antikomunis Argentina, sebuah organisasi haram yang dikatakan dipimpin oleh Jose Rega, penasihat Isabel.

Oleh sebab beliau enggan meletak jawatan, rampasan kuasa tentera dilancarkan menyebabkan Isabel menerima hukuman 5 tahun penjara sehingga beliau diasingkan ke Sepanyol. Pada tahun 2007, Isabel didakwa kerana membenarkan kekejaman ke atas hak asasi manusia yang dilakukan oleh Perikatan Antikomunis Argentina semasa beliau bergelar sebagai presiden namun Sepanyol enggan mengekstradisi Isabel ke Argentina untuk dibicarakan.

3. Corazon Aquino

corazon aquino pemimpin wanita negara pertama 2

Corazon Aquino merupakan presiden wanita pertama Filipina, dan juga yang pertama di Asia. Beliau berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1986 hingga 1992. Corazon terkenal dengan peranannya sebagai penggerak revolusi dalam mengembalikan pemerintahan demokratik di Filipina dan memipin negara ini daripada rejim autoritarian pimpinan Ferdinand E. Marcos.

Corazon merupakan isteri kepada seorang ahli politik, Benigno Simeon Aquino Jr, yang merupakan aspirasi politiknya. Selepas suaminya mati dibunuh pada tahun 1983, Corazon bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun 1986 sebagai ketua pembangkang menentang Ferdinand Marcos.

corazon aquino pemimpin wanita negara pertama

Walaupun pada mulanya Ferdinand memenangi pilihan raya tersebut, namun Corazon dan partinya mencabar keputusan itu dan kemudiannya dinamakan sebagai presiden yang sah oleh tentera Filipina. Sejurus selepas memegang jawatan, Corazon memulakan kerja menubuhkan perlembagaan baru negara dan memulihkan Kongres.

Sebagai presiden, Corazon memberi tumpuan kepada usaha menstabilkan ekonomi dan menguatkuasakan kebebasan sivil serta hak asasi manusia.

4. Pratibha Patil

pratibha patil pemimpin wanita negara pertama 2

Berkhidmat sebagai Presiden India dari tahun 2007 hingga 2012, Pratibha Patil merupakan ketua wanita pertama di India. Selain menjadi ketua wanita pertama, beliau juga merupakan wanita pertama yang dipilih sebagai gabenor negeri di India ketika dilantik memegang jawatan itu di negeri Rajasthan.

Patibha memulakan karier politiknya pada tahun 1962 ketika beliau dilantik sebagai ahli dewan undangan Maharashtra di usia 27 tahun. Walaupun telah lama berkhidmat, Pratiba merupakan seorang yang low-profile dalam karier politiknya membautkan kempen jawatan presidennya mendapat tentangan yang rendah.

pratibha patil pemimpin wanita negara pertama

Namun, banyak kontroversi berlaku ketika beliau memegang jawatan presiden. Patibha dilaporkan membelanjakan lebih banyak wang dan bercuti bersama keluarganya di luar negara, melebihi mana-mana presiden India sebelumnya. Jumlah wang yang dibelanjakan kira-kira RM116 juta.

Cubannya dalam menggunakan dana kerajaan dan mengambil tanah tentera India bagi membina rumah persaraannya juga satu keputusan kontroversi yang mendapat tentangan kuat daripada pembangkang.

5. Ellen Johnson Sirleaf

ellen johnson sirleaf pemimpin wanita negara pertama 3

Ellen Johnson Sirleaf merupakan presiden Liberiaa dari tahun 2006 hingga 2018, menjadikannya wanita pertama yang dipilih sebagai ketua negara dan ketua wanita pertama di benua Afrika. Ellen sangat terkenal dengan perananya dalam memperkuatkan ekonomi, politik dan sosial Liberia selepas bertahun-tahun bergelut dengan perang saudara. 

Beliau juga dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2011 untuk kerja hak wanita. Ellen merupakan lulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Colorado Boulder, ijazah sarjana muda perakaunan dari Madison Business College dan ijazah sarjana pentadbiran awam dari Universiti Harvard.

ellen johnson sirleaf pemimpin wanita negara pertama

Beliau berkhidmat sebagai pembantu menteri kewangan Liberia di bawah pimpinan presiden William Tolbert sebelum digulingkan pada tahun 1980 dan perang saudara bermula. Ketika diasingkan ke Kenya dan Amerika Syarikat semasa perang meletus, Ellen mengasah bakatnya sebagai seorang ahli ekonomi dan bekerja untuk institusi seperti Bank Dunia dan Citibank.

ellen johnson sirleaf pemimpin wanita negara pertama 2

Sekembalinya Ellen ke Liberia selepas perang tamat, beliau menggunakan pengalaman dan pengetahuannya sebagai ahli ekonomi dan ahli politik untuk bertanding sebagai presiden. Ketika dilantik pada tahun 2006, beliau melakukan langkah-langkah membebaskan Liberia dari segala hutag dan mendapat bantuan antarabangsa untuk membina semula negara ini.

Ellen juga menubuhkan Jawatankuasa Kebenaran dan Perdamaian bagi menggalakkan keamanan berikutan kekacauan awam yang berlaku.




Hakcipta iluminasi.com (2017)