Oleh pada 21 Jan 2020 kategori

st 20190427 fdkim 4801601

Pada tahun 1945, Korea menjadi satu eksperimen saintifik yang hampir sempurna di mana satu populasi dengan geografi dan budaya yang sama, menjadi dua kumpulan ujian berasingan iaitu satu kapitalis dan satu lagi tidak.

Dan tak kiralah apa pun yang anda gunakan untuk membandingkan kedua-dua negara ini, termasuklah KDNK, penduduk, jangka hayat, pendidikan, teknologi, tentera serta semua perkara, pemenangnya adalah Korea Selatan.

Korea Utara tersangat mundur sehinggakan pandangan dari udara pada waktu malam boleh menipu mata anda dengan membuatkan anda menyangkakannya adalah Lautan Pasifik.

Semua ini menjadikan negara-negara lain gembira untuk melihat Korea Utara sebagai sebuah negara yang gagal.

article 2725415 208925a500000578 155 964x644

Malah, mudah untuk dunia luar mentertawakan negara ini apabila pasukan tenteranya cuba mengancam negara yang jauh lebih kuat seperti Amerika Syarikat.

Namun, bagaimana negara ini masih mampu bertahan sehingga ke hari ini? Bagaimana ia boleh berdiri dengan sendiri dengan hanya sedikit sahaja bantuan dari seluruh dunia?

Dengan KDNK yang boleh dibandingkan dengan negara Afrika yang anda sendiri tak pernah dengar dan 30% daripada populasinya kekurangan zat makanan, Korea Utara sepatutnya telah lama dilanda revolusi.

Negara ini bukan sahaja berhadapan dengan konflik dalaman, tetapi juga di peringkat dunia dengan mencabar kuasa dunia menggunakan senjata nuklear.

Dan jika Kim Jong-Un adalah seorang yang tidak waras dalam segala hal, dia boleh dikatakan sangat bernasib baik kerana masih hidup sehingga ke hari ini.

Malah, hidup keluarga Kim sangat "bertuah" kerana walaupun rakyatnya kelaparan dan dilanda permusuhan diplomasi, namun Kim Jong Un masih hidup dengan senang-lenang.

Dengan segala yang dinyatakan di atas, ini sekaligus menjadikan Kim Jong-un sebagai seorang pemimpin yang sangat hebat, bijak, pintar dan pakar politik yang kekal berkuasa meskipun ssemua pihak menentangnya.

Persoalannya, bagaimanakah pimimpin tertinggi Korea Utara melakukan semua ini?7

1. Populasi yang kelaparan adalah populasi yang lemah

rakyat yang lapar adalah rarkyat yang lemah

Jika difikirkan, diktator yang paling brutal di dunia pun akan mengutamakan keperluan rakyatnya.

Ini kerana mereka menyedari hakikat bahawa penduduk yang lapar atau tidak bahagia dilihatkan sebagai bom waktu yang sedang berdetik, menunggu masa untuk meletup dan menggulingkan kerajaannya.

Namun Korea Utara adalah satu pengecualian yang sangat jarang berlaku.

Tak kiralah betapa laparnya rakyat Korea Utara, mereka telah diajarkan bahawa perkara seperti ini tiada bezanya di tempat lain, dan pemberontakan tidak akan membawa apa-apa kebaikan tetapi hanya seperti "menggigit" tangan yang sekali-sekala memberi mereka makan.

masalah kelaparan di korea utara

Kualiti hidup yang rendah bukan sahaja merupakan akibat buruk dari keutamaan yang salah seperti membelanjakan sebahagian besar wang ke atas tentera, tetapi ia juga merupakan keputusan politik yang menguntungkan kerajaan Kim Jong-un.

Ini kerana tiada siapa yang akan menuntut kebebasan bersuara dalam situasi di mana mereka hampir tidak dapat menyediakan makanan kepada ahli keluarga.

Rakyat Korea Utara kini terlalu sibuk untuk mencari makan bagi meneruskan hidup, sehingga kebebasan bersuara tidak lagi diendahkan.

Anda mungkin terdengar bahawa akan berlaku perubahan di negara ini, namun ia tidak lebih daripada sekadar angan-angan. Kim Jong-un tahu bahawa kehidupan yang lebih baik akan mewujudkan populasi yang bercita-cita tinggi.

Dalam kes Korea Utara, apa yang dunia luar lihatkan sebagai ketidakcekapan dalam mentadbir sebenarnya adalah strategi politik.

2. Senjata nuklear lebih tajam daripada pedang

nuklear kim jong un

Negara-negara di seluruh dunia mungkin mendakwa bahawa mereka berperang hanya atas nama kebebasan dan demokrasi, tetapi biasanya ia lebih rumit daripada itu.

Peperangan yang melibatkan serangan ke atas sesebuah negara akan tercetus apabila kesulitan masalah yang dihadapi melampaui kos peperangan.

Korea Utara tahu bahawa ia boleh melakukan prokasi sebanyak yang ia mahu, selagi ia tidak melepasi tahap yang tersangat melampau.

Dan itulah apa yang mereka lakukan, termasuklah dengan menembak tentera-tentera Korea Selatan, memusnahkan kapal selam, melanggar perjanjian senjata nuklear dan melancarkan peluru berpandu ke lokasi yang mereka suka.

Perkara-perkara seperti ini menjadi berita utama dan menakutkan orang ramai dengan anggapan bahawa perang akan berlaku tidak lama lagi.

Dan pihak media pula dengan gembira mencadangkan bahawa kali ini Kim Jong-un benar-benar serius. Dan apabila dunia berada dalam keadaan cukup takut, pemimpin tertinggi Korea Utara ini akan cuba untuk berunding.

Sebagai contoh, mereka berjanji akan bertenang jika bantuan makanan dihantar.

Para ahli politik di seluruh dunia yang bijak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Kim Jong-un hanyalah ancaman kosong, namun mereka sendiri juga sedang bermain permainan politik.

kim jong un dan donald trump 830

Mana-mana ahli politik yang mahu diri mereka dilantik semula untuk penggal seterusnya pastinya tidak akan mengabaikan apa yang pengundi mereka anggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan cuba untuk melakukan sesuatu bagi menjaga kedudukan mereka.

Namun, daripada menuruti permintaan Kim Jong-un, kini ada alternatif yang popular untuk dilakukan iaitu bertindak dengan lebih tegas dengan sekatan-sekatan ke atas Korea Utara.

Jika sesebuah negara itu tidak bekerja sama, harga barangan akan dinaikkan atau dikenakan sekatan untuk membuatkan populasinya marah.

Ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan yang mana harus melakukan sesuatu dengan segera atau berhadapan dengan risiko pemberontakan.

Walaubagaimanapun, rakyat Korea Utara kemungkinan besar tidak akan memberontak melawan pemimpin mereka dan apa-apa sekatan yang dikenakan ke atas negara ini yang boleh memberikan kesan kepada Korea Utara akan disekat oleh China.

Ini kerana China tidak mahu 25 juta populasi Korea Utara melarikan diri dengan memasuki sempadan mereka.

Mood politik ini berubah dari tegas kepada lembut dan kepada tegas kembali, selepas setiap dasar gagal.

Cara lembut digunakan Amerika Syarikat hanya akan membantu pemerintahan Kim Jong-un manakala cara tegas tidak memberikan kesan.

Amerika Syarikat kemudiannya "berehat" daripada konflik ini dalam apa yang yang mereka panggil "Kesabaran Strategik". Apa yang dimaksudkan dengan kesabaran strategik ini adalah "tidak berbuat apa-apa". 

hubungan korea utara dan china

Walau bagaimanapun, Kim Jong-un tahu bahawa situasi ini tidak boleh berterusan selama-lamanya.

Akhirnya akan ada mana-mana pihak yang hilang sabar dan apabila ini berlaku, ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Korea Utara.

Dan disebabkan ini, Kim yang tidak mahu mengalah menggunakan kesempatan mengancam dengan bom yang mereka miliki.

Apa yang difikirkan oleh Jong-un adalah senjata nuklear mereka membuatkan kapitalis AS tidak berani untuk mencetuskan perang, kerana jika terlibat dalam perang nuklear, AS akan berhadapan dengan kerugian yang lebih besar berbanding Korea Utara.

Ini bukanlah tanda-tanda bahawa Jong-un ingin menakluk dunia tetapi merupakan keperluan strategik.

3. Tindakan di luar jangkaan

pakar catur garry kasparov

Seorang pemain catur digelar hebat apabila dia boleh menjangkakan langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh pihak lawan.

Anda tidak akan boleh menewaskan pemain yang hebat kerana dia sentiasa mengetahui langkah terbaik yang dia dan anda akan lakukan.

Tetapi jika anda tahu bahawa anda seorang pemain yang lebih lemah, anda boleh berhenti mencuba untuk menewaskannya menggunakan kemahiran, dan menukar strategi.

Dengan melakukan langkah yang "gila" dan tidak rasional, pihak lawan akan kehilangan kelebihan untuk meneka apa yang anda akan lakukan.

Dan inilah apa yang dilakukan oleh Kim Jong-un dan Korea Utara.

Tak kiralah betapa kuatnya pasukan tentera AS, Jong-un tahu musuhnya itu tidak akan mengambil risiko berhadapan dengan tentera Korea Utara yang sukar untuk diramalkan.

kim jong un sukar diramalkan

Cuba bayangkan apa yang akan anda fikirkan tentang kisah ini: Kim Jong-un memaksa bapa saudaranya Jang Song-thaek menonton pembunuhan rakan-rakan sekerjanya menggunakan senapang anti-pesawat, dan kemudiannya mencurahkan darah mereka ke atas bapa saudaranya sehingga dia pengsan.

Dan pada tahun yang sama, Jang Song-thaek dikatakan dibunuh dengan cara yang sama atas arahan anak saudaranya itu.

Tiada apa yang boleh dikatakan kepada Kim Jong-un, melainkan dia seorang yang gila dan tak boleh diramalkan.

Sebab mengapa dia melakukan perkara ini adalah kerana Jong-un tahu bahawa pasukannya tidak mampu mengalahkan AS dengan cara ketenteraan, tetapi dia boleh melemahkan kuasa Trump dengan menjadi terlalu sukar diramalkan.

Dan selagi mana anda terus mendengar berita-berita seperti ujian peluru berpandu baru, perang yang bakal berlaku dan kelaparan, anda tahu bahawa Kim Jong-un sedang menang.

Korea Utara mungkin satu kegagalan, tetapi pemerintahan Kim Jong-un semakin berkembang.

Walaupun tidak menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat mereka, keluarga Kim khususnya Kim Jong-Un adalah pemimpin yang hebat dari segi tidak kehilangan kuasanya, walaupun berada dalam situasi ekonomi dan geopolitik yang sangat rumit.

Rujukan:

1. Daily Mail

2. Polly Matter

3. Washington Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)