Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

pdrm is the best 662

Unit pasukan polis dalam sesebuah negara diwujudkan adalah bertujuan untuk menjaga keamanan negara dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekacauan yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam. Pekerjaan sebagai seorang anggota polis adalah sangat berisiko dan kesanggupan mereka untuk menggadai nyawa demi kesejahteraan orang awam adalah sesuatu yang mulia dan terpuji.

Namun, terdapat segelintir anggota polis yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas telah menyebabkan nama anggota polis menjadi buruk. Lebih parah lagi, jika seluruh unit polis itu sendiri yang gagal menjadi pelindung, sebaliknya menjadi ancaman kepada rakyat jelata. 

Adakah Polis DiRaja Malaysia tersenarai dalam senarai ini?

iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara yang mempunyai pasukan polis yang paling ganas dan kejam di atas muka bumi.

5. Brazil

polis brazil

Polis di Brazil adalah sangat ganas dan ekstrem sehinggakan pembunuhan orang awam oleh polis adalah perkara biasa apabila mereka ingin mengawal rusuhan dan kerja-kerja haram. Serbuan terhadap kumpulan pengedar dadah dilakukan seperti operasi ketenteraan dengan penggunaan senjata berat. Pihak polis Brazil mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengawal sesuatu situasi mengikut kehendak mereka. Menurut United Nations, seramai 3 orang secara purata dibunuh setiap hari oleh penguatkuasa undang-undang di Rio de Janeiro.

polis brazil 2

Juga dikatakan adalah menjadi kelaziman jika pihak polis menanam bukti bagi memerangkap seseorang yang mereka rasakan tidak baik untuk masyarakat. Mereka juga bersikap perkauman terhadap orang kulit hitam dan membunuh golongan ini. Menurut laporan, hampir kesemua pembunuhan oleh pihak polis dilaporkan sebagai mempertahankan diri. Namun, dengan menggunakan keganasan untuk mengawal keganasan tidak dapat meredakan apa-apa, sebaliknya ramai juga pihak polis yang terkorban.

Pada tahun 2004, 52 orang pegawai polis telah terbunuh ketika bertugas, dan ramai lagi yang mati di luar tugas.

4. Rusia

polis rusia

Keganasan dan pembunuhan yang berlaku ketika berada dalam pengawasan polis Rusia sangat lazim sehinggakan ia sangat jarang dilaporkan. Pengetahuan mengenai keganasan polis Rusia oleh negara luar hanya berlaku tidak lama dahulu. Antara dakwaan terhadap polis Rusia termasuklah penyeksaan dan pembunuhan seorang wartawan di Tomsk, dan siri tembakan, memukul dan menyeksa orang awam.

polis rusia 2

Orang awam terdedah dengan keganasan polis yang menggunakan apa sahaja cara untuk mengembalikan kuasa mereka. Kes yang masih diingat sehingga kini adalah pemain drum sebuah kumpulan muzik, Sergei Pestov yang ditahan oleh polis kerana disyaki mempunyai dadah. Polis mendakwa Sergei telah dilepaskan malam sebelumnya namun aktivis hak asasi menafikannya. Keesokan harinya, isterinya terpaksa mengenalpasti mayatnya.

3. Mesir

polis egypt

Rejim semasa berpendapat bahawa kelonggaran Hosni Mubarak menyebaban kerajaan digulingkan oleh itu mereka ingin menjadi sebaliknya. Menurut Nadeem Centre, pada tahun 2015, sebanyak 600 penyeksaan tempatan berlaku, dan 40,000 penangkapan dibuat. 1,265 daripadanya hilang manakala 267 lagi dilaporkan dibunuh. Semua ini dilakukan untuk menyokong rampasan kuasa oleh Abdel Fattah el-Sisi.

polis mesir

NGO menganggarkan beratus-ratus penyeksaan berlaku setiap hari di Cairo sahaja yang kebanyakannya menggunakan renjatan elektrik bagi memaksa mangsa untuk mengaku menyalahkan diri sendiri. Sehinggakan peguam hak asasi dilaporkan diserang dan dipukul ketika melawat anak guam mereka sendiri. Sebab utama bermula lama dahulu sebelum berlakunya Arab Spring. Polis menjadi alat untuk menindas rejim terdahulu dan tabiat ini sukar untuk dibuang sehingga berjangkit ke hari ini.

Ditambah lagi dengan kurangnya latihan dan disiplin serta kekurangan anggota menyebabkan isu pihak polis mengendalikan saspek dan banduan dengan ganas tidak berakhir.

2. Afrika Selatan

polis afrika selatan

Jika diingatkan kembali dalam kejadian pada tahun 1998 di mana polis Afrika Selatan melepaskan anjing untuk menyerang pendatang tanpa izin adalah sangat ganas, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan keganasan yang berlaku tahun-tahun kemudian. Kematian yang disebabkan oleh polis Afrika Selatan meningkat setiap tahun. Dikatakan jika saman sivil dilakukan terhadap polis, wang kerajaan Afrika Selatan akan habis di mahkamah sahaja.

polis afrika selatan 2

Pada tahun 2010 hingga 2011 purata sebanyak 2 kematian dilaporkan setiap hari, atau sejumlah 797 nyawa terkorban di dalam kawalan polis atau disebabkan oleh tindakan polis. Satu insiden yang telah menyebabkan dunia mengetahui keganasan polis Afrika Selatan telah berlaku pada tahun 2011 di mana seorang lelaki, Andries Tatane, telah dipukul dan ditembak menggunakan peluru getah oleh 6 pegawai polis dengan cara  sehingga mati.

Jumlah kes penyeksaan dan rogol oleh polis beruniform meningkat setiap tahun dan pada tahun 2016 sahaja, sebanyak 244 kes kematian dan 124 kes rogol dilaporkan dilakukan oleh pihak polis. Sebanyak 145 kes penyeksaan oleh pihak polis dilaporkan pada tahun sama.

1. Amerika Syarikat

polis us

Kadar keganasan yang ditunjukkan oleh anggota polis Amerika Syarikat meningkat terutamanya selepas insiden pengeboman 9/11. Kesan daripada kejadian yang mengorbankan hampir 3,000 mangsa itu menjadi titik permulaan keganasan yang mana digunakan alasan sebagai memerangi keganasan. Pihak polis di negara ini diberikan imuniti dan menjadi kebal terhadap hak undang-undang dan sivil orang awam. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pembunuhan oleh pihak polis hanya kerana mereka "meragui" terdapat kegiatan jenayah.

polis us 2

Ramai nyawa yang tidak bersalah terbunuh akibat hukuman selepas perbicaraan yang berat sebelah kerana pihak polis menggunakan kekebalan berhubung hak-hak sivil dalam usaha mereka memerangi keganasan. Dan ramai di antara mangsa mereka adalah orang kulit hitam, dan juga orang Islam.

Orang yang tidak bersalah dibunuh atau dibunuh selepas perbicaraan berat sebelah kerana pihak polis menunjukkan kekebalan berhubung dengan hak-hak sivil ketika mereka berperang melawan keganasan. Pada 5 Julai 2016, seorang lelaki berkulit hitam, Alton Sterling, telah ditembak 7 kali dari jarak dekat sehingga mati kerana dikatakan menjual CD dan mengugut seseorang menggunakan pistol.


Terima kasih PDRM kerana menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita dengan baik. Semoga jasa kalian dibalas.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)