Oleh pada 22 Aug 2018 kategori

Gambar sekadar hiasan

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mengeluarkan kenyataan bahawa objek bercahaya di ruang udara yang disusuli dentuman kuat di Sabah malam kelmarin berkemungkinan merupakan batuan dari angkasa lepas yang memasuki atmosfera disebabkan tarikan graviti bumi.

Menurut kenyataan tersebut semalam, objek hasil daripada meteor itu lazimnya berasal daripada serpihan asteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kurang dari 0.5 meter persegi.

Tambah kenyataan itu lagi, bunyi letupan kuat yang didengar kerana batuan panas itu meletup di ruang atmosfera iaitu beberapa saat selepas cahaya meteor berkenaan hilang.

Hasil daripada letupan itu, batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecil yang akan jatuh ke bumi.

Namun, penduduk di Sabah dinasihati supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut kerana ia merupakan fenomena biasa dimana 95% meteor akan musnah terbakar di atmosfera bumi. 

Terdahulu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud mengesahkan terdapat gegaran di sekitar beberapa daerah di Sabah seperti Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli lewat malam kelmarin, tetapi tiada gempa bumi dilaporkan berlaku.

Sumber:

1. Facebook Bernama Radio

2. Facebook Malaysiakini (BM Version)

3. Facebook Sinar Harian

4. Facebook Bernama News Channel

5. Facebook BNBBC

6. Facebook Channel W

7. Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)