Setiap negara mempunyai pantang larang dan larangan yang tersendiri. Di negara jiran kita, Singapura misalnya, anda dilarang makan chewing gum. Di negara China pula, anda dilarang untuk mempunyai ramai anak. Baiklah, kita boleh rumuskan yang setiap tempat dalam dunia ini mempunyai undang-undang tidak rasmi dan peraturan tersendiri yang wajib dipatuhi oleh setiap rakyat dan warga asing. Tetapi, bagaimana pula dengan di angkasa?

angkasawan lepak di bulan

Di angkasa juga ada pantang larang tersendiri yang wajib dipatuhi oleh mereka yang tinggal di angkasa (Penulis maksudkan International Space Station, ISS, bukan makhluk asing) Mahu tahu lebih lanjut mengenai larangan tersebut tersebut? Cuba baca point dibawah.

1. Dilarang berhubungan intim

Tujuan larangan ini bukanlah untuk menidakkan nafsu atau fitrah seorang manusia. Sebaliknya, disebabkan keadaan ISS yang sempit dan didiami oleh sekurang-kurangnya 6 angkasawan membuatkan hubungan itu menjadi rumit dan menyebabkan rakan sekerja mereka yang lain tidak selesa.

Tambahan pula, setiap angkasawan yang tinggal di ISS merupakan rakan sejawat yang yang bekerja bersama, dan ISS merupakan ‘pejabat’ mereka. Jadi, walau apapun yang terjadi, hubungan professional sesama rakan sekerja perlu dijaga.

Para saintis juga tidak tahu risiko sekiranya hubungan seks di angkasa ataupun angkasawanita yang hamil diangkasa. Tempoh untuk bekerja di ISS ialah selama 6 bulan dan sekiranya sebarang komplikasi terjadi, hal ini akan merumitkan keadaan.

2. Dilarang minum minuman berakohol (arak)

berpesta liar

Sudah menjadi budaya di Barat untuk minum arak setiap kali makan atau musim perayaan. Malangnya bagi angkasawan di ISS, mereka dilarang sama-sekali untuk minum alkohol, meskipun dalam kuantiti yang sedikit.

Antara sebab utamanya ialah mereka perlu kekal waras sepanjang masa untuk menyelenggara ISS dan untuk bekerja. Selain itu, keadaan dalam station yang penuh dengan wayar, butang dan eksperimen juga boleh mengancam nyawa angkasawan yang mabuk.

3. Dilarang makan roti.

Setiap angkasawan dilarang sama sekali untuk makan roti, atau apa-apa sahaja makanan yang boleh menghasilkan habuk dan debu. 

Pada tahun 1969, seorang angkasawan telah menyeludup sandwhich cornbeef ke angkasa. Tetapi, setelah beliau makan secubit, roti itu hancur menjadi serbuk-serbuk roti yang kemudiannya terapung memenuhi seluruh ruang ISS. Dalam keadaan ISS yang dipenuhi mesin-mesin yang rumit dan ruang udara yang tertutup, sebutir debu yang melekat boleh membunuh para angkasawan. Namun, tiada kemalangan yang buruk berlaku pada waktu tersebut.

Untuk mengelakkan situasi sebegini daripada berlaku, semua makanan para angkasawan dibungkus dalam tiub dan dehydrated food.

makanan di angkasa tak sedap

Tetapi, bagaimana pula jika angkasawan benar-benar kempunan mahu makan sandwich dengan jem strawberi?

Mereka boleh menikmati sandwich jem tersebut, cuma roti akan digantikan dengan tortilla, sebab tortilla lebih stabil dan tidak akan menghasilkan serpihan debu.

4. Dilarang basuh baju

basuh baju jangan lupa

Kebiasaannya, para angkasawan akan memakai pakaian dalam yang sama untuk beberapa hari dan ada juga segelintir yang pakai pakaian uniform kerja yang sama selama beberapa bulan!

Hal ini disebabkan, keadaan ISS yang mempunyai bekalan air yang sedikit dan ruang yang sangat sempit menyukarkan mereka untuk membasuh baju. Lagipun, mereka perlu berjimat-cermat kerana bekalan air yang sangat terhad dan lebih diperlukan untuk minum.

Tambahan pula, keadaan di ISS sangat bersih dan selesa, jadi pakaian angkasawan tidak mudah comot, badan tidak mudah berpeluh dan makanan tidak akan tumpah (sebaliknya, semua benda akan terapung). Deria bau di angkasa juga menjadi kurang sensitif, justeru soal bau tidak menjadi masalah.

Sekiranya baju para angkasawan telah kotor, baju-baju tersebut akan dimampatkan dan dilepaskan ke angkasa menuju ke bumi untuk dibiarkan terbakar. (Seperti komet yang terbakar)

baju angkasawan atau komet

Baju angkasawan ataupun komet?

Berkemungkinan di masa hadapan, baju kotor yang telah dipakai akan di decompose oleh bakteria yang menghasilkan gas methane yang boleh membantu menjana kuasa kapal angkasa tersebut.

Kesimpulannya, undang-undang danlarangan wujud di mana-mana sahaja. Ia wujud bukan untuk menyusahkan orang, sebaliknya untuk kesejahteraan dan keselamatan semua. Jadi selepas ini, jangan lupa untuk patuhi undang-undang ya!

Sumber:

SciSchow Space.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)