Kredit foto: Instagram Faezah Elai
Bagai menjadi trend bagi golongan selebriti untuk mewujudkan akaun Instagram anak mereka meskipun masih kecil dan baru dilahirkan. Anak-anak selebriti ini sudah mula didedahkan dengan publisiti dan glamor dunia hiburan.
Bagaimanapun, senario itu tidak sedikitpun mempengaruhi aktres yang juga ibu kepada dua orang anak, Faezah Elai.
Ketika diajukan persoalan mengapa dia memilih untuk menentang arus ikutan itu, Faezah tampil dengan alasannya yang tersendiri.
Kredit foto: Instagram Faezah Elai
Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak. Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka. Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi ‘poyo’ pula. Biarlah mereka membesar secara normal.
Sumber: Mstar
Malah Faezah juga mempunyai pendirian untuk tidak membenarkan anaknya menerima sebarang tawaran lakonan ataupun menjadi duta produk.
Untuk rekod, Faezah adalah ibu kepada dua orang anak perempuan iaitu Dealova Heyrinna berusia 4 tahun dan Aurora Heyrinna yang baru sahaja menjengah usia setahun lima bulan.
Kredit foto: Instagram Faezah Elai