amar baharin dan amyra rosli dapat anak 1

Kredit foto: Instagram Amar Baharin

Aktres Amyra Rosli selamat melahirkan anak lelaki kira-kira 12.07 tengah hari semalam (Ahad) di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media.

"Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

"Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

"Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Beritahu Noor Zaridah, aktor Amar Baharin yang juga merupakan suami Amyra begitu teruja dengan berita itu dan sibuk menyediakan kelengkapan isteri serta anak mereka.

Begitupun Zaridah enggan mendedahkan nama cucu sulungnya dan menyerahkan kepada pasangan itu untuk mengumumkannya nanti.

Dalam pada itu, Amyra menerusi kiriman terbaru Instagram berkongsi perasaan gembira, di samping mengirimkan ucapan buat para peminat yang tak jemu mendoakan kesejahteraan keluarganya.

amar baharin dan amyra rosli dapat anak 2

Kredit foto: Instagram Amyra Rosli

"Alhamdulillah... 'Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan' Amin.

"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulisnya.

Pasangan Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)