punca sebenar stacy wujudkan akaun instagram anak

Kredit foto: rotimayonis.blogspot.my

Lambakan akaun Instagram palsu yang menggunakan nama anaknya menjadi punca mengapa penyanyi Stacy mengambil tindakan untuk mewujudkan sendiri akaun rasmi yang dikendalikan oleh pihaknya. 

Stacy dalam kenyataannya melahirkan rasa bimbang sekiranya ada di kalangan peminat yang akan tertipu dengan akaun-akaun tersebut yang dicipta semata-mata untuk mengaut keuntungan. 

punca sebenar stacy wujudkan akaun instagram anak 2

Kredit foto: Myartis

Hasil perbincangan bersama Akim, saya mewujudkan akaun 'beyshal' yang menggabungkan aktiviti harian Bella dan Eshaal. Penularan akaun palsu membuatkan kami terpanggil untuk membuka akaun untuk anak kami. Kami tidak mahu ada peminat atau orang ramai di luar sana yang tertipu dengan akaun palsu menggunakan nama anak kami. Jadi, tidak salah rasanya untuk menghasilkan akaun rasmi yang disahkan oleh kami sendiri. Sebagai ibu bapa, semestinya kami memantau akaun Instagram itu supaya tidak membahayakan keselamatan dua anak kami. Malah, saya sendiri mengikut pesan orang tua untuk berkongsi gambar Eshaal setelah dia berusia 44 hari.
Sumber: BH Online
Akaun Instagram rasmi anak Stacy dan Akim, @beyshal kini telah diikuti oleh lebih daripada 26,000 pengguna. 
Dalam perkembangan lain, Stacy memberitahu beliau baru sahaja selesai tempoh berpantang selama 44 hari. Bagaimanapun dia masih ingin meneruskan rutin itu selagi tidak dipanggil bekerja. 
Alhamdulillah, proses berpantang berjalan dengan lancar. Saya dijaga oleh ibu mentua dan ibu saya sendiri. Sekiranya tiada tuntutan kerja, saya tidak keberatan untuk meneruskan proses berpantang kerana ia bagus untuk tubuh badan wanita. Saya sendiri belum mendapat berat badan ideal lagi dan berhasrat untuk berbuat demikian secepat mungkin. Kalau diikutkan, saya sebenarnya belum pun dapat memakai cincin kahwin lagi.
Sumber: BH Online
Terdahulu pada Ahad lalu menerusi laman Instagram, Stacy dan suami buat pertama kali berkongsi gambar anak sulung mereka, Eshaal selepas 44 hari dilahirkan. 

tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)