Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

Memilih nama Muhammad Riyadh Zafri untuk putera sulungnya, penyanyi Hafiz Suip mendedahkan ia membawa maksud 'taman yang makmur' dan 'tanda kemenangan'.

Penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, dia berharap nama baik yang diletakkan dapat diterjemah dalam episod kehidupan si kecil mahupun keluarga mereka.

"Semoga kehidupan mendatang anak kami juga akan makmur dan diberi segala kemenangan dalam apa yang dilakukannya.

"Setakat ini, kami hanya boleh berkongsi namanya dulu. Gambarnya belum lagi kerana orang tua kami tidak mengizinkannya," katanya menurut portal BH Online.

Hafiz Suip bergelar bapa selepas isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah, 24, selamat melahirkan Muhammad Riyadh dalam lingkungan jam 8 pagi di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), sehari sebelum tahun baharu 2018.

Hafiz berkata, dia mula merasakan perubahan dalam dirinya menerusi beberapa tanggungjawab baru yang dipukul.

"Rasa lebih fokus. Sikap bertanggungjawab itu menjadi lebih banyak.

"Saya percaya ini fasa baharu dengan semua lelaki bergelar bapa sedang membiasakannya. Saya harap tanggungjawab sebagai bapa ini akan disempurnakan sebaik mungkin," katanya yang ingin membahagiakan anak sulung itu.

Pelantun Bahagiamu Deritaku ini mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dalam majlis yang berlangsung di kediaman isterinya di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)