Tahniah diucapkan kepada pengacara Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI kerana dikurniakan cahaya mata kelima pada 8 Ogos lalu.

Bayi berjantina perempuan tersebut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Faizal dalam kenyataannya memberitahu isterinya bersalin secara pembedahan buat kali kelima.

tahniah faizal ismail selamat timang anak kelima 2

Syukur Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak perempuan kami. Walaupun secara pembedahan, semuanya berjalan lancar. Saya anggap ini kuasa Allah SWT. Mungkin ada yang beranggapan bersalin secara pembedahan tidak boleh lebih daripada tiga. Tetapi jika Dia berkehendakkan begitu siapalah kita untuk menolaknya.

Sumber: Harian Metro  

Tambah Faizal, dia mula mendapatkan nasihat pakar pada kehamilan ketiga isterinya kerana enggan peristiwa kematian anak keduanya (selepas 12 hari dilahirkan) berulang.

tahniah faizal ismail selamat timang anak kelima 3

Setiap kali hamil isteri sering mengalami alahan teruk sehingga anak kedua meninggal dunia kerana mengalami komplikasi. Justeru, apabila mendapat tahu isteri hamil anak ketiga kami terus merujuk pakar bagi memastikan isteri tidak mengalami keadaan serupa.

Sumber: Harian Metro

Faizal mengakui proses kehamilan isterinya bertambah baik selepas merujuk kepada pakar. Malah kelahiran anak keempat dan kelima mereka juga turut mendapat pantauan.

Alhamdulillah, selama di pantau pakar, isteri sudah tidak mengalami alahan yang teruk semasa hamil anak ketiga. Malah pakar memberitahu kami masih ada peluang untuk menimang cahaya mata lagi. Pada saya dalam soal ini apa yang penting ialah merujuk mereka yang pakar. Jika betul caranya tidak mustahil isteri kita boleh bersalin lebih daripada tiga seperti yang saya alami sekarang.

Sumber: Harian Metro  

Kredit foto: Instagram Faizal Ismail 




Hakcipta iluminasi.com (2017)