buat pertama kali aliff aziz dedah wajah anak mohamad ayden adrean 1

Kredit foto: Beautifulnara

Dua hari lalu, buat pertama kalinya netizen berpeluang untuk menatap foto anak penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Mohamad Ayden Adrean.

Dalam kemelut kontroversi yang melanda aktor itu, ternyata muat naik foto Ayden di laman Instagramnya sedikit sebanyak menceriakan hati para pengikut. 

buat pertama kali aliff aziz dedah wajah anak mohamad ayden adrean 2

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Ia kurang daripada satu jam sebelum tarikh itu berubah menjadi 8 Ogos. Tepat pada tarikh ini bulan lalu bayi kami telah dilahirkan ke dunia. Dan selama satu bulan kami tidak menayangkan wajah anak kami kepada umum. Bismillahirrahmanirrahim, ini merupakan anak kepada saya dan isteri tercinta, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg semasa dilahirkan. Sekarang dia telah berusia sebulan serta membesar dengan baik dan sihat. Alhamdulillah. Semua keletihan dan tekanan akan hilang apabila meilhat wajahnya. Papa dan mama sayangkan awak.

Netizen melepaskan geram terhadap wajah comel Ayden menerusi ruangan komen.

riashahab : Mashaallah mashaallah, semoga menjadi anak yang soleh, yang berjaya dunia dan akhirat. Amiin ya rabb.

swaylin1923 : Kenapa terlampau comel baby ayden?!!

najirul_81 : Comel sangat, campuran Aliff Aziz dan Bella.

tikahmatzin : Alahai comelnya. Lepas ini janganlah buat perangai lagi ya, tengok tu Allah bagi isteri cantik, anak comel. Jadi nikmat Tuhan yang manakah yang kamu ingin dustakan lagi?? Hargailah wahai Aliff Aziz.

Pasangan tersebut tidak ketinggalan membuka akaun Instagram khas buat Ayden seperti anak-anak selebriti lain.

Sehingga kini, akaun Instagram yang baru memuatkan dua keping foto itu telahpun mengumpul lebih 34 ribu pengikut. 


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)