Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Semakin hampir ke hari kelahiran anak sulungnya, pelakon Shaheizy Sam bercadang membuka akaun Instagram khas untuk anak lelakinya itu.

Menurut Sam, niatnya adalah untuk mengabadikan foto-foto kenangan sepanjang anaknya membesar nanti.

Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar. Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula. Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata.

Sumber: Mstar

Sam dan isteri, Syatilla Melvin dijadualkan menerima cahaya mata sulung sekitar Mei ini.

shaheizy sam bakal buka instagram anak 2

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam




Hakcipta iluminasi.com (2017)