Oleh pada 12 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

      

Program Pencarian Hero Remaja yang diperkenalkan sejak tahun 1990 kini kembali dengan musim terbaharu iaitu edisi yang kesepuluh.

Hasil daripada ujibakat yang berlangsung pada 21, 22, 28 dan 29 Disember lalu, hanya 12 peserta yang diserap masuk sebagai finalis daripada keseluruhan 600 calon yang hadir.

Program yang akan menjalani penggambaran selama dua bulan ini bakal meletakkan kesemua finalis ini di bawah satu bumbung serta dikuarantin daripada dunia luar.

Pelbagai cabaran telah diaturkan untuk mengasah kebolehan 12 anak muda itu.

Antara ujian yang bakal diharungi termasuk cabaran berlakon, mengacara, menjadi model dan duta produk, sekaligus menjadi ruang penilaian bagi menentukan siapakah yang layak diangkat sebagai juara baharu.

Keputusan bakal ditentukan oleh pelakon Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac yang memegang mandat sebagai juri, manakala Ain Edruce pula memainkan peranan sebagai hos.

Petang tadi, identiti kesemua 12 finalis buat pertama kalinya didedahkan kepada umum.

Berikut 12 peserta Hero Remaja edisi kesepuluh.

   

peserta hero remaja 2020

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

    

Senarai 12 Peserta Pencarian Hero Remaja 2020

      

1. Ahmad Nadhir Ahmad Nasar / Nadhir Nasar, 24 tahun, Selangor

nadhir nasar

Baca: Biodata Nadhir Nasar (Nadhir), Peserta Hero Remaja 2020

    

2. Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh / Aniq Suhair, 20 tahun, Selangor

aniq suhair

Baca: Biodata Aniq Suhair (Aniq), Peserta Hero Remaja 2020

    

3. Muhd Umar Badrol Hisham / Umar Badrol Hisham, 22 tahun, Johor

umar badrol hisham

Baca: Biodata Umar Badrol Hisham (Umar), Peserta Hero Remaja 2020

    

4. Mohamad Haziq Nazimuddin / Haziq Nazimuddin, 23 tahun, Kuala Lumpur

haziq nazimuddin

Baca: Biodata Haziq Nazimuddin (Haziq), Peserta Hero Remaja 2020

    

5. Mohamad Azri Abd Khair / Azri Khair, 24 tahun, Selangor

azri khair

Baca: Biodata Azri Khair (Azri), Peserta Hero Remaja 2020

    

6. Muhammad Hariz Muhammad Hamdan / Hariz Hamdan, 18 tahun, Selangor

hariz hamdan

Baca: Biodata Hariz Hamdan (Hariz), Peserta Hero Remaja 2020

    

7. Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam / Syameer Shauqeen, 19 tahun, Selangor

syameer shauqeen

Baca: Biodata Syameer Shauqeen (Meerqeen), Peserta Hero Remaja 2020

    

8. Jazmy Khan bin Juma Khan / Jazmy Khan, 22 tahun, Selangor

jazmy khan

Baca: Biodata Jazmy Khan (Jazmy), Peserta Hero Remaja 2020

     

9. Abdul Azim Mohd Yusof / Azim Yusof, 23 tahun, Selangor

azim yusof

Baca: Biodata Azim Yusof (Azim), Peserta Hero Remaja 2020

    

10. Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin / Imran Aqil, 21 tahun, Kuala Lumpur

imran aqil 869

Baca: Biodata Imran Aqil (Imran), Peserta Hero Remaja 2020

     

11. Thompson Goh / Tom, 23 tahun, Sarawak

thompson goh

Baca: Biodata Thompson Goh (Tom), Peserta Hero Remaja 2020

     

12. Jabir bin Jilani Meftah / Jabir Meftah, 20 tahun, Selangir

jabir meftah

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

     

Baca: Biodata Jabir Meftah (Jabir), Peserta Hero Remaja 2020

    

Tujuh episod Hero Remaja 2020 bakal memulakan siaran pada 27 Februari 2020, setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Info Penuh Program Hero Remaja 2020

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

       

Fakta Menarik Hero Remaja 2020

  • Nivea Men bertindak sebagai penaja utama.
  • Sidang media pengumuman peserta diadakan di Hard Rock Café, Bukit Bintang pada 11 Februari 2020.
  • Posisi juri jemputan dan mentor finalis bakal diisi dengan nama-nama popular terdiri daripada personaliti tanah air.
  • Meskipun ramai Instafamous yang hadir di sesi ujibakat, hanya Jabir Meftah, Imran Aqil dan Azim Yusof yang terpilih, sekaligus membuktikan wajah kacak dan jumlah pengikut Instagram yang ramai bukan kayu pengukur utama untuk tersenarai.
  • Antara faktor yang cukup dititikberatkan sebagai kriteria pemilihan finalis adalah daripada aspek ilmu pengetahuan (IQ) dan personaliti.
  • Penganjur akan mengelakkan unsur kontroversi daripada berlaku sebagaimana yang pernah tercetus dalam musim-musim Hero Remaja dan Dewi Remaja yang terdahulu .
  • Imbas kembali, antara nama-nama besar yang dilahirkan daripada program Hero Remaja termasuk Fattah Amin, Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fizo Omar, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.

    

Sumber:

1. Rai Tiga Dekad Penganjuran, Ini Barisan Finalis Pencarian Hero Remaja 2020

2. Sempena Edisi Kesepuluh, Ini Dia 12 Orang Finalis Hero Remaja 2020

3. Ramai ‘Peserta Target’ Tak Terpilih, Bukan Rupa & Populariti Jadi Faktor Utama

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)