Oleh pada 07 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

 

Pencarian Hero Remaja 2021 kembali dengan musim baru!

Pertandingan popular itu kini memasuki edisi yang kesebelas yang mana penganjuran terawalnya pada 1990/1991.

Tahun lalu, kita menyaksikan kemenangan Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (Nadhir Nasar) yang telah diangkat sebagai juara untuk edisi 2020.

peserta hero remaja 2021 607

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Memberikan kelainan, kali ini keputusan ujibakat tidak lagi diumumkan dalam sidang media, sebaliknya melalui episod prelude yang dihoskan pengacara Shaza Bae (juara Dewi Remaja) - bersiaran setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Dengan ini, bermulalah pencarian figura terbaik dalam kalangan remaja lelaki. Mereka bakal berentap melalui cabaran mingguan yang akan menilai sejauh mana kemampuan dan kebolehan mereka meliputi pelbagai kriteria.

Antara yang dinilai termasuk skil melaksanakan tugas sebagai model, pelakon, pengacara dan duta produk, di samping pencapaian dalam aspek "semangat persahabatan" - ketika masing-masing sedang berentap sesama sendiri.

Persaingan ini akan dipancarkan dalam bentuk program televisyen mingguan di saluran Astro Ria.

Apapun tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya melayakkan diri. Di sini kami kongsikan senarai 12 remaja yang telah disenarai pendek untuk membarisi persaingan musim ini.

Senarai 12 Peserta Pencarian Hero Remaja 2021

1. Aryan Naim

Muhammad Naim Zamri / Aryan Naim, 24 tahun, Negeri Sembilan

aryan naim

Baca: Biodata Aryan Naim (Aryan), Peserta Hero Remaja 2021

2. Alif Haiqal

Muhammad Alif Haiqal Razulan / Alif Haiqal, 21 tahun, Kuala Lumpur

alif haiqal

Baca: Biodata Alif Haiqal (Haiqal), Peserta Hero Remaja 2021

3. Syazani Zainal

Muhammad Syazani Zainal / Syazani Zainal, 19 tahun, Selangor

syazani zainal

Baca: Biodata Syazani Zainal (Syazani), Peserta Hero Remaja 2021

4. Ideen Azman

Ahmad Nuruddeen Azman / Ideen Azman, 21 tahun, Melaka

ideen azman 724

Baca: Biodata Ideen Azman (Ideen), Peserta Hero Remaja 2021

5. Fazziq Muqris

Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff / Fazziq Muqris, 21 tahun, Selangor

fazziq muqris 322

Baca: Biodata Fazziq Muqris (Fazziq), Peserta Hero Remaja 2021

6. Mierul Aiman

Muhammad Amirul Aiman Norazman / Mierul Aiman, 23 tahun, Putrajaya

mierul aiman 739

Baca: Biodata Mierul Aiman (Mierul), Peserta Hero Remaja 2021

   

7. Amir Ahnaf

Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin / Amir Ahnaf, 21 tahun, Terengganu

amir ahnaf  

Baca: Biodata Amir Ahnaf (Amir), Peserta Hero Remaja 2021

8. Zaid Erakad

Muhammad Zaid Erakad Hasbullah / Zaid Erakad, 23 tahun, Selangor

zaid erakad

Baca: Biodata Zaid Erakad (Akad), Peserta Hero Remaja 2021

9. Aqil Taqee

Aqil Taqeeuddin Tuhit / Aqil Taqee, 22 tahun, Kuala Lumpur

aqil taqee

Baca: Biodata Aqil Taqee (Aqil), Peserta Hero Remaja 2021

10. Afiq Hamidon

Afiq Hilman Hamidon / Afiq Hamidon, 20 tahun, Selangor

afiq hamidon 348  

Baca: Biodata Afiq Hamidon (Afiq), Peserta Hero Remaja 2021

   

11. Farhan Nordin

Noor Farhan Nordin / Farhan Nordin, 23 tahun, Johor

farhan nordin

Baca: Biodata Farhan Nordin (Farhan), Peserta Hero Remaja 2021

12. Zaim Yazid

Muhammad Zaim Yazid / Zaim Yazid, 22 tahun, Selangor

zaim yazid

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   

Baca: Biodata Zaim Yazid (Zaim), Peserta Hero Remaja 2021

Untuk rekod, antara bintang-bintang ternama kelahiran program realiti terkenal ini termasuk pelakon Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fattah Amin, Fizo Omar, Ashraf Sinclair, Meerqeen dan ramai lagi.

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2020

Cara Undi / Vote Hero Favourite

Layari laman sesawang www.remaja.my/hero, pergi ke profil peserta dan klik pada mana-mana profil peserta pilihan anda. Akhir sekali, tekan butang ‘VOTE’.

Undian dibuka sekarang sehinggalah malam finale pada 6 November 2021. Hanya satu undian untuk setiap hero pada setiap hari.

Juri Tetap Hero Remaja 2021

Menampilkan juara Dewi Remaja 2005 / 2006, aktres Scha Alyahya digandingkan bersama pelakon lagenda negara, Datuk Rosyam Nor bagi mengisi dua kerusi juri tetap dalam menyempurnakan tugas penjurian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)