Oleh pada 27 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Pencarian Dewi Remaja diteruskan ke edisi 2022 selepas dua tahun tidak diadakan. Kali ini kemunculan 16 finalis baharu yang berjaya melepasi pusingan uji bakat, dijangka memberi impak berbeza berikutan latar belakang peserta yang pelbagai.

16 peserta terpilih itu dianggap mampu memastikan saingan yang lebih sengit setiap minggu di samping menjanjikan pilihan yang lebih besar kepada juri tetap dan jemputan.

Dewi Remaja edisi ke-11 ditayangkan setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam di Astro Ria (saluran 104) mulai 16 Julai 2022.

Untuk butiran lanjut, baca artikel: Info Penuh Program Dewi Remaja 2022

   

Biodata 16 Peserta / Finalis Dewi Remaja 2022

dewi remaja 602

Biodata Alyssa Dewi Remaja

Nama: Noor Alyssa bt Ahmad Azmi

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 09 November 2002

Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 173cm

Pendidikan: Sarjana Muda Kejuruteraan Kewangan, Multimedia University

Facebook: Noor Alyssa

Instagram: @alyssaazmi

TikTok: @alyssa.azmi

Anak bongsu daripada tiga adik beradik yang menjadikan primadona Hollywood serba boleh, Audrey Hepburn sebagai inspirasinya. Jurusan pengurusan kewangan menjadi pilihan Alyssa kerana kepentingan bidang itu dalam dunia hari ini, tetapi itu tidak bermakna dia mengabaikan cabaran baru seperti Dewi Remaja.

Suka aktiviti amal dengan misi untuk memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat, Alysaa bukan sahaja mahu menjenamakan dirinya sebagai figura awam, malah mahu tampil sebagai pakar motivasi dalam menyebarkan kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada umum.

   

Biodata Auni Dewi Remaja

Nama penuh: Siti Auni Safiya Yusri

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 11 Jun 2000

Asal: Selangor

Ketinggian: 163cm

Pendidikan: Kelulusan Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Shah Alam

Facebook: Auni Yusri

Instagram: @auniyusrii

TikTok: @auniyusrii

    

Auni mempunyai keinginan untuk beraksi di pentas pengacaraan yang cukup diminati terutama program berskala mega seperti Gegar Vaganza. Auni mengakui banyak yang dia pelajari tentang taktik dan kaedah penyampaian yang ditunjukkan oleh pengacara senior apabila menonton rancangan berkonsepkan sebegitu di kaca TV.

Dia mengidolakan Ain Edruce, pengacara yang dianggap mempunyai kepandaian mengemudi tetamu dan suasana di set.

Tidak lupa minatnya dalam bidang lakonan, Auni yang pernah menjayakan siri Keluarga Instafamous meletakkan Izara Aishah sebagai personaliti kegemarannya kerana melihat sosok itu sentiasa tampil bijak, bersedia dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

    

finalis dewi remaja 2022 335

Biodata Janani Dewi Remaja

Nama: Janani Baskaran

Umur: 24 Tahun

Tarikh Lahir: 18 Ogos 1997

Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 163cm

Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Trent University Kanada

Facebook: Janny Baskaran

Instagram: @jannybaskaran

TikTok: @jannybaskaran

Satu-satunya peserta berketurunan India dalam edisi kali ini, merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang pernah menjadi finalis Miss Malaysia World 2016.

Menimba pengalaman selama lima tahun menetap di Kanada, Janani melanjutkan pelajaran di sana selepas menamatkan pengajian di sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota.

Di Kanada, Janani telah terlibat dalam produksi filem Secret Society Second Born Royals terbitan Disney, yang ditayangkan pada 2020.

Tumpuannya kini kepada peragaan, lakonan dan iklan komersil. Janani yang mengidolakan Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya sanggup mengharungi cabaran dunia seni tempatan yang majoriti figuranya berbangsa Melayu.

      

Biodata Zafira Dewi Remaja

Nama: Zafira Natasya Yong

Umur: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 17 Oktober 2001

Asal: Johor

Ketinggian: 168cm

Pendidikan: Sarjana Muda Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam

Facebook: Zafira Yong

Instagram: @zafirayong

TikTok: @zafirayong

    

Berkeyakinan tinggi, Zafira berpendapat dia mempunyai kelebihan berhadapan dengan orang ramai kerana kemahiran komunikasinya. Boleh berbahasa Mandarin, timbul minat wanita kacukan Cina ini untuk mengikuti jurusan bahasa.

Cita-cita yang disimpannya cukup tinggi walaupun tidak pernah menceburi bidang seni, untuk menjadi pelakon, model dan wakil projek kemanusiaan seperti Tan Sri Michelle Yeoh yang dilihat mempunyai sisi dirinya. Pelakon terkenal itu amat dipuji kerana mampu kekal relevan sebagai primadona tanpa melupakan peranannya untuk berbakti kepada masyarakat.

      

peserta dewi remaja 2022 194

Biodata Keeran Dewi Remaja

Nama penuh: Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh

Umur: 25 Tahun

Tarikh Lahir: 13 November 1997

Asal: Pahang

Ketinggian: 160cm

Pendidikan: Kelulusan Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Facebook: Keeran Praval

Instagram: @keeranpraval

TikTok: @keeranpraval

   

Seorang gadis Punjabi yang boleh berbahasa Hindi, juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Mengagumi Noor Neelofa kerana keberanian wanita itu mencuba sesuatu yang baharu dan disegani berkat usaha sendiri, Keeran yang ingin menjadi usahawan berjaya yang menjana pendapatan melalui perniagaan sendiri, menyertai pencarian Dewi Remaja 2022 bagi mencabar dirinya dalam usaha keluar dari zon selesanya.

Biodata Malle Dewi Remaja

Nama: Malle Christian Anderson Barlus

Umur: 24 Tahun

Tarikh Lahir: 23 Disember 1998

Asal: Sabah

Ketinggian: 160cm

Pendidikan: Diploma Pembinaan Bangunan, Kolej Vokasional Kudat

Facebook: Milleh Christian

Instagram: @millehchristian

TikTok: @mallechristian_

     

Sejak usia muda, Malle mula aktif dalam pelbagai bidang. Pada mulanya, Malle ingin mengikut jejak ibunya sebagai kontraktor, tetapi laluannya berubah ke awan biru sebagai pramugari.

Impian wanita berbangsa Rungus ini bagaimanapun tergendala apabila wabak COVID-19 melanda negara kira-kira seminggu sebelum penerbangan pertamanya, selepas tiga bulan bekerja keras menjalani latihan.

Sekembalinya ke Sabah, dia yang merupakan bekas Miss Cultural Ambassador Kudat 2018 telah mencuri peluang menyertai pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau yang diadakan sempena Pesta Kaamatan.

     

juara dewi remaja 2022

Biodata Eiman Dewi Remaja

Nama: Wan Nurul Eiman bt Wan Zulkifli

Umur: 24 Tahun

Tarikh Lahir: 21 September 1998

Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 160cm

Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan TESL, Universiti Malaya

Facebook: Eiman WanZul

Instagram: @emnwnzl

TikTok: @emnwnzl

    

Model sambilan yang memakai hijab ini merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik, terkenal dengan kepetahan dan keyakinannya mengeluarkan pendapat.

Dia yang dilahirkan di Sarawak mula berhijrah ke Afrika Selatan sebaik selamat untuk menaiki pesawat, kemudian dibesarkan di sana sehingga berusia 14 tahun.

Kini menetap di Kuala Lumpur, dia yang menjadikan pencarian Dewi Remaja 2022 sebagai medium untuk bertapak dalam dunia pengacaraan, gemar mengajar dan menyedarkan tentang kepentingan menguasai kemahiran berbahasa Inggeris.

     

Biodata Rasyiqah Dewi Remaja

Nama: Nur Rasyiqah bt Johan

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 20 Ogos 2002

Asal: Pulau Pinang

Ketinggian: 168cm

Pendidikan: Asasi Pengurusan, UNITAR

Facebook: Rasyiqah Johan

Instagram: @raasyiqa

TikTok: @rasyiqahjohan

       

Anak sulung daripada tiga adik beradik, yang pernah menghiasi iklan komersil untuk jenama automotif, makanan dan pelbagai lagi ini mula mencipta nama sebagai model komersial.

Pemenang pertandingan pencarian model I Am Model Search pada 2020, yang fasih berbahasa Mandarin dan aktif dalam sukan Muay Thai ini menjadikan pelakon Maya Karin dan Priyanka Chopra sebagai idolanya.

Keluarganya yang mempunyai perniagaan sendiri menarik minat Rasyiqah untuk menyambung pelajaran dalam asasi Pengurusan. Walaupun membawa pakej menarik, Rasyiqah juga tidak terkecuali menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan, seterusnya mendorongnya untuk meningkatkan kesedaran tentang cara mempertahankan diri daripada dibuli.

    

dewi remaja 2022 episod 516

Biodata Bee Aishah Dewi Remaja

Nama: Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 11 Januari 2000

Asal: Johor

Ketinggian: 166cm

Pendidikan: Diploma Perfileman, UiTM Puncak Perdana

Facebook: Bee Aishah

Instagram: @beeaishah_

TikTok: @beeaishah_

    

Menjadi satu-satunya peserta yang terpilih dalam sesi uji bakat di Johor, Bee menonjolkan personaliti ceria dengan perwatakan yang sentiasa tersenyum.

Bee sebelum ini merupakan seorang guru tadika dalam subjek bahasa Inggeris di sebuah sekolah tadika jenis Cina, tetapi minatnya terhadap kerjaya itu menghadapi kesukaran kerana halangan bahasa.

Penampilan gadis berkulit hitam manis ini dalam pertandingan kali ini bagi menggilap bakat lakonan sedia ada.

    

Biodata Dina Dewi Remaja

Nama penuh: Dina Allysha bt Aminudin

Umur: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 23 Januari 2001

Asal: Selangor

Ketinggian: 159cm

Pendidikan: Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM Rembau

Facebook: –

Instagram: @dinaallysha_

TikTok: @dinaallyshaa

    

Dina yang bercita-cita menjadi pelakon dan pengarah filem merupakan anak kelahiran Johor yang juga anak pertama daripada empat beradik.

Memilih Neelofa dan Angelina Jolie sebagai sumber inspirasi atas dasar pakej mereka sebagai wanita perkasa, dia yang berpendidikan dalam bidang asasi perundangan dan sarjana muda komunikasi massa mahu menyebarkan kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai melalui peranan sebagai ahli motivasi.

    

biodata finalis dewi remaja 2022

Biodata Melissa Dewi Remaja

Nama penuh: Melissa Quek Ai Ying

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 3 Januari 2002

Asal: Pulau Pinang

Ketinggian: 166cm

Pendidikan: SAT Level, Penang Ace Homeschool

Facebook: Mel Aurellia

Instagram: @xcmelaurell_

TikTok: @xcmelaurell_

    

Aktif dalam dunia peragaan dan lakonan, Melissa atau nama manjanya, Mel, gadis berasal dari Pulau Pinang yang menetap di Kuala Lumpur mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik berikutan penglibatannya dalam Miss Grand KL 2020 yang menobatkannya sebagai juara.

Seiring dengan pakej yang menarik, Melissa juga mampu bertutur dalam sembilan bahasa dan dialek iaitu Melayu, Inggeris, Thai, Indonesia, Sunda, Jawa, Kantonis, Mandarin dan Hokkien kerana susur galur keluarganya yang mana ibu Melissa berasal dari Indonesia manakala bapanya adalah kacukan Thai dan Cina.

    

Biodata Kimberly Dewi Remaja

Nama: Kimberly Chuah Ching Li

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 12 Jun 2000

Asal: Kuala Lumpur

Ketinggian: 160cm

Pendidikan: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Facebook: Kimberly Chuah

Instagram: @kimberly.chuah

TikTok: @kimberly.chuah

      

Berbangsa Cina, penguasaan bahasa Melayunya yang baik membawa nama Kimberly viral di aplikasi Tiktok. Berlakon sejak akhir 2020, namanya terus mekar berdasarkan pakej, personaliti dan bakatnya sehinggalah baru-baru ini tersenarai sebagai salah seorang pelakon siri adaptasi She Was Pretty yang ditayangkan di platform online.

Ingin menyara keluarganya sambil mempelajari kemahiran baharu di set penggambaran, Kimberly terpaksa menangguhkan impiannya ke menara gading.

pemenang dewi remaja 2022

Biodata Fifi Dewi Remaja

Nama penuh: Fifi Filan Tisya bt Mohd Zain

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 23 Jun 2002

Asal: Pulau Pinang

Ketinggian: 170cm

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Facebook: Fifi Filan Tisya

Instagram: @miss_fififilan

TikTok: @missfifi3

    

Lima tahun mengabdikan diri dalam dunia hiburan, Fifi mengejar impiannya untuk menyertai pencarian Dewi Remaja 2022, yang merupakan pertandingan pertamanya, lantas dianggap sebagai kejayaan peribadi.

Mempunyai minat dalam dunia nyanyian, Fifi menerima kesukaran untuk menembusi persada muzik tempatan, namun ia tidak menyekat semangat positifnya yang mahu menjadikan platform lakonan sebagai titik permulaan sebelum mengembangkan bakatnya dalam kerjaya seni lain.

    

Biodata Hyeley Dewi Remaja

Nama: Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim

Umur: 23 Tahun

Tarikh Lahir: 30 Ogos 1999

Asal: Perak

Ketinggian: 158cm

Pendidikan: Sarjana Muda Psikologi, University of Cyberjaya

Facebook: Hyeley Zzty

Instagram: @hyeley

TikTok: @hyeley

    

Walaupun berhijab, ia bukan alasan untuk Hyeley melupakan minatnya terhadap aktiviti lasak pada masa lapang seperti mendaki bukit bersama rakan-rakan.

Minat berlakon sejak berusia enam tahun, pencarian Dewi Remaja 2022 merupakan tapak pertandingan impian buatnya. Antara lakonan yang memperkenalkan namanya dalam industri hiburan ketika ini seperti Derita Untuk Bahagia dan Bukan Syurga Pilihan.

Mampu bertutur dalam bahasa Urdu, peminat pelakon Bollywood, Deepika Padukone yang berdarah campuran Pakistan ini menyifatkan Deepika sebagai bintang berpakej lengkap sebagai penghibur yang juga berwajah menawan.

    

dewi remaja 2022 vote

Biodata Tracie Dewi Remaja

Nama: Tracie Sinidol

Umur: 21 Tahun

Tarikh Lahir: 24 September 2001

Asal: Sabah

Ketinggian: 159cm

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Facebook: Tracie Sinidol

Instagram: @traciesinidol_official

TikTok: @traciesinidol

    

Selepas menjadi viral kerana wajahnya disamakan dengan selebriti Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy, gadis peranakan Murut dan Dusun yang juga juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan ini mahu menjadikan pencarian Dewi Remaja 2022 sebagai ruang mengetengahkan identiti sebenar beliau tanpa dipengaruhi oleh selebriti lain.

Ingin mencipta kejayaan seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang dipandang kerana bakat dan keperibadiannya, Tracie pernah mempersembahkan bakat lakonannya dalam projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.

    

Biodata Reezlyn Dewi Remaja

Nama penuh: Nurshafeera Reezlyn bt Shamsul Azhar

Umur: 18 Tahun

Tarikh Lahir: 30 Disember 2004

Asal: Pulau Pinang

Ketinggian: 165cm

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Facebook: reezlynshafeera

Instagram: @reezlynshafeera

TikTok: @reezlynshafeeraa

    

Reezlyn selaku finalis termuda musim ini yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jun lalu meletakkan Raysha Rizrose sebagai rujukannya.

Mempunyai darah campuran India dan Cina di sebelah bapanya, Reezlyn yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin menganggap 'Dewi Remaja' sebagai pentas terbaiknya untuk membuktikan keupayaan bakat, personaliti, berani berhadapan dengan khalayak dan mempelajari skil baharu dalam kehidupan sebenar memandangkan dia baru melangkah keluar dari alam persekolahan seperti Raysha yang sebelum ini memenangi pencarian Dewi Remaja 2014/15 pada usia 18 tahun.

    

Senarai Juara Pemenang Dewi Remaja

Dewi Remaja 1985/1986 : Tengku Anis Tengku Ismail

Dewi Remaja 1987/1988 : Aleeza Kasim

Dewi Remaja 1990/1991 : Jasmeen Dhillon

Dewi Remaja 1994/1995 : Wan Khadijah Wan Othman

Dewi Remaja 1997/1998 : Juliana Banos

Dewi Remaja 2002/2003 : Annahita Bakavoli

Dewi Remaja 2005/2006 : Scha Al-Yahya

Dewi Remaja 2009/2010 : Neelofa

Dewi Remaja 2014/2015 : Raysha Rizrose

Dewi Remaja 2018/2019 : Tiada Pemenang

Dewi Remaja 2019/2020 : Shaza Bae

Kredit video: Full Episod 1 Dewi Remaja 2022 : Fashion Challenge

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Sumber:

1. Dewi Remaja

2. Instagram Majalah Remaja




Hakcipta iluminasi.com (2017)